Candle Light Studio
Bella melemparkan kunci keretanya di atas meja solek.
Sandra di sebelahnya terkejut.
"Kau kenapa beb? Datang-datang lempar kunci kereta bagai" soal Sandra yang sedang melakukan sentuhan terakhir pada mukanya.
"Eiiii..mulut aku ni. Aduh aku tak tahu la kenapa dengan mulut aku ni main cakap lepas je" kata Bella.
"Hah? Apa dia?" Soal Sandra.
"Hrmm...aku rasa aku dah buat Yan kecil hati la" tutur Bella lalu menyembamkan mukanya di atas meja.
"Kau cakap apa? Wait let me guess..mesti kau ungkit pasal perangai playboy dia tu kan" teka Sandra.
Bella terus mengangguk.
"Haih kau pun satu. Dia tu dah elok nak berubah kau pergi ungkit. Memang down la"kata Sandra.
PAP
"Kau ni tak membantu la" tak pasal-pasal tangan berbisa Bella memukul lengannya.
"Dah tu. Tunggu la kejap aku ada shooting ni"
"Hrmm...k" kata Bella.
iPhone dihidupkan.
'Hrmm...apa aku nak buat ni?'
Jarinya menyentuh nama Aryyan pada contact.
Tetapi otaknya masih blank.
Tiba-tiba matanya terlihat jam pada skrin fonnya.
"Alamak nak pukul satu aduhh..kena balik ni. Mummy nak datang" Bella mula cemas. Dengan kadar segera dia masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Pada masa yang sama dia cuba menghubungi Aryyan bagi mengingatkan jejaka itu.
Kereta mula keluar dari kawasan yang sesak itu dan berhenti di lampu isyarat.
Saat lampu isyarat bertukar hijau dia meneruskan pemanduannya tiba-tiba
Ada seorang kanak-kanak kecil ingin mengambil bola melintas di hadapannya keretanya.
Bella cepat-cepat menekan brek kecemasan tetapi sayangnya dia sudah melanggar kanak-kanak itu.
Dia segera keluar dari kereta.
"Dik..oo dik"
Dia melihat darah mengalir dari kepala kanak-kanak itu.
"Aduh Bella apa kau dah buat ni"
Pada masa yang sama Aryyan menjawab panggilannya. Bella mula cemas."Yannnnn"
"Why? What's wrong with you Bell?"
"I terlanggar budak. And..bleeding..Yan i takut niii"
"What..you dekat mana sekarang ni. Ok now you bawak budak tu pergi hospital now. Nanti i datang"
Bella terus mematikan panggilannya. Kanak-kanak itu diangkat masuk ke dalam keretanya. Lalu memecut ke hospital berdekatan.
"Maafkan akak, adik"
Tidak henti-henti Bella berkata begitu. Dia sangat takut ketika ini. Dia mula trauma.
Sampai sahaja di wad kecemasan dia terus memanggil beberapa orang jururawat.
10 minutes later
Bella mundar-mandir di hadapan bilik rawatan itu. Aryyan mula masih belum memunculkan dirinya.
"Bell" Aryyan berlari ke arahnya.
Bella terus memeluk Aryyan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dark Past ✔
RomanceHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...