Malaysia
"Teruk betul demam kamu ni Yan" tegur Mummy yang sedang membantu Bella memapah Aryyan.
Aryyan hanya membisu.
Bella membawa masuk bagasi mereka ke dalam rumah.
"Ke pembawakan budak"
PAK
Serentak itu, Aryyan dan mummy memandang ke arah Bella.
Kenyataan yang dikeluarkan daripada ibu mentuanya itu membuatkan dia terkejut.
"Kamu okay Bella? Mummy tanya je" kata wanita itu.
"Oh- ok- okay" balas Bella.
'Haish mummy ni jangan macam-macam'
Kemudian, Aryyan bangun lalu berlari ke arah singki dapur.
Bella menepuk dahinya.
'Memang teruk betul demam dia ni'
Bella menghulurkan segelas air masak sementara mummy menyediakan bubur buat Aryyan.
Bella mendekatkan dirinya dengan Aryyan.
"Lain kali minum banyak-banyak. Dah tahu dah lama quit still nak minum" bisiknya seperti perlian.
"Dah you benci i. Terseksa tahu tak" protes Aryyan.
Bella menghulurkan tisu kepada Aryyan.
"Tak elok juga pergi hospital la Yan" cadang Mummy yang datang bersama semangkuk bubur.
"Tak nak" bangkang Aryyan.
"Macam-macam la kamu ni. Hah Bell, Mummy kena balik dulu ni ada meeting dengan persatuan" katanya.
"Hah mummy tu tak habis-habis dengan persatuan. Habis tu Yan?"
"Aik kamu ni kenapa Yan? Bella tu kan ada" balas mummy sambil menggeleng kepalanya.
"Mummy pergi dulu" kata wanita itu lalu hilang dari pandangan mereka.
Bella menepuk peha Aryyan.
"Mengada sangat dah kenapa?" Soal Bella.
"Bukannya selalu i demam" balas Aryyan lalu mencebik.
Bella memutarkan bola matanya.
"You maafkan I tak?" Soal Aryyan tiba-tiba.
"What do you mean?" Soal Bella kembali.
"About perkara yang I rahsiakan daripada you? I tak ada niat pun" balas Aryyan.
Bella yang sedang menyejukkan bubur Aryyan, meletakkan kembali mangkuk itu di atas dulang.
"If I don't forgive you I won't be here today and yesterday" tutur Bella.
"Love you sayang" ucap Aryyan.
"Wait. You demam" jerit Bella.
"Alang-alang sayang" Aryyan tersenyum nakal.
"NO WAY" jerit Bella lalu membuka seribu langkah. Tidak sanggup dia berkongsi virus dengan Aryyan.
10:30 P.M
Aryyan menilik segenap sudut pada muka Bella.
Rambut isterinya yang terjuntai itu diselitkan kembali pada belakang telinga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dark Past ✔
RomanceHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...