DP 31

10.8K 522 9
                                        

Aryyan masuk ke dalam rumah.

"Dah kenapa gelap semacam je?" Bebelnya sendiri sambil mencari suis lampu.

Sebaik sahaja lampu dinyalakan, matanya membulat.

Keadaan di ruang tamu sangat berselerak. Dengan kusyen berterabur di atas lantai. Pasu bunga pecah.

Fikirannya mula memutarkan kejadian-kejadian yang kurang enak.

"Bella" nama itu terlintas di fikirannya.

Dia terus naik ke atas untuk mencari Bella.

Sampai sahaja di dalam biliknya, namun figura Bella masih tidak kelihatan.

Hati Aryyan mula berasa tidak enak.

Perlahan-lahan dia melangkah ke walk-in-closet lalu ke bilik mandi.

"BELLA"

Matanya membulat. Dengan serta merta darah yang dipam ke jantungnya menjadi laju.

Aryyan terkejut melihat susuk tubuh Bella terapung di atas air yang diisi penuh di dalam bath tab.

Aryyan dengan segera mengangkat Bella keluar dari tab mandi.

Tuala diambil lalu membaluti tubuh Bella.

"Bella...Bella...sayang please open your eyes" rayu Aryyan.

Tapi hampa. Aryyan terus mengambil keputusan untuk membawa Bella ke hospital.

Keretanya mula meluncur laju di atas jalan raya yang agak lenggang pada tengah malam itu.
Emergency Room

Aryyan duduk bersandar di atas kerusi yang disediakan di ruang menunggu.

Beberapa minit kemudian, kesemua ahli keluarganya tiba.

"Macam mana Bella, Yan?" Soal Tengku Kamal.

Aryyan hanya menggeleng.

Mummy Aryyan mula mengusap-usap belakangnya.

"Kita tunggu doktor keluar kejap lagi" tutur Tengku Kamil.

Selang beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Bella keluar dari bilik kecemasan itu.

"Keluarga Tengku Bella?" Soalnya.

"Ya kami" jawab Tengku Kamal.

Doktor yang merawat Bella mula memandang Aryyan.

"Tengku yang hantar dia ke sini kan? Boleh saya berbincang dengan Tengku?" Soalnya kepada Aryyan.

"Saya?" Soal Aryyan terkejut.

"Ya dan untuk maklumat semua, Bella sudah melepasi tahap kritikal dan mungkin memerlukan pengawasan dari kami untuk beberapa hari" tutur doktor itu.

"Terima kasih doktor" tutur papa Bella.

Kemudian, Aryyan mengekori doktor yang merawat Bella itu sehingga ke biliknya.

"Dia sepupu Tengku right?" Soal Doktor itu.

Aryyan membaca nametag pada kot doktor itu.

'Sarah'

"Yea" balas Aryyan.

"Adakah Tengku Bella sudah berkahwin?" Soal Dr.Sarah.

"Maaf kenapa ya doktor tanya macam tu?" Soal Aryyan.

"Tengku Bella disahkan mengandung dua minggu"

Aryyan terkejut.

"What? Are sure serius?"

"Yes...so i need to know if she was married or what" tutur Dr.Sarah.

Aryyan sudah meraup mukanya.

"Saya harap doktor boleh simpan rahsia ni mengenai keadaan Bella dan status sebenarnya. Actually she's my wife"tutur Aryyan.

"Jangan risau saya akan simpan rahsia ni. No wonder sebab Tengku yang bawa dia ke sini. Tapi keadaan dia masih lemah dan buat masa ni jangan bagi dia terlampau tertekan" terang Dr.Sarah.

"Thank you Doc" balas Aryyan lalu beredar dari bilik itu.

"Doktor kata apa Yan pasal Bella?" Soal Tengku Kamal.

Aryyan berfikir sejenak.

"Ouh tak ada apa-apa just pasal Bella je la dia tanya apa yang terjadi" nafi Aryyan.

Mungkin dia patut membincangkan hal ini dengan Bella dahulu walaupun mereka tidak expecting.

Meanwhile

D'ana Hotel

"Im pregnant Qhas...what you wanna do right now?" Jerit Hani.

"You bertenang boleh tak Hani? Kita nak kahwin dah pun. Apa masalahnya?" Soal Qhasful.

"Tu kalau jadi. Sekarang ni Bella takkan duduk diam je tau. Lagi-lagi bila you dah keluarkan statement dekat media" balas Hani.

"Tu je kelemahan dia. You cuba jadi bijak sikit. Dia tu sekarang terkenal dekat serata dunia tau. Dia nak ke rahsia dia terbongkar bila dah jadi macam ni. And cuba you fikir kenapa Bella dengan Aryyan tu kena kahwin?"jelas Qhasful.

'Betul juga eh. Sebab apa eh tiba-tiba je Aryyan dengan Bella tu kena kahwin. Mesti ada sebab dia. Ye la diaorang selama ni musuh kot. Takkan la tiba-tiba boleh kahwin'

Qhasful mendekati Hani.

"Jaga rahsia ni. I akan fikirkan jalan lain untuk halang Bella dari masuk campur tentang perkahwinan kita" bisik Qhasful.

TBC

Dark Past  ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang