"Yan"
Bella terus memeluk Aryyan sebaik sahaja tiba di hadapan bilik pembedahan.
Baru sahaja sebentar tadi dia menerima panggilan mengatakan ahli keluarganya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang sangat tragis.
Kereta yang dipandu Qhasful sudah sepenuhnya hancur.
Mereka sekeluarga terus dikejarkan ke bilik pembedahan untuk menerima rawatan segera.
"Sabar okay sayang" pujuk Aryyan.
"Why so sudden?" Tangisan Bella semakin menjadi-jadi.
Sandra juga berada di situ.
Tiba-tiba beberapa orang doktor keluar dari pintu kaca automatik di hadapan mereka.
"Keluarga Tengku Kamal?" Soalnya.
"Kami doktor" balas Aryyan.
Doktot itu menanggalkan kaca matanya lalu menunduk.
"Maafkan kami. Kami sudah cuba yang terbaik. Tetapi Allah lebih sayangkan mereka. Stay strong Tengku. We're sorry for your lost"
Bella terduduk.
"You mean kesemuanya?" Soal Aryyan tidak percaya.
"Yes"
"Please sign the paper at the counter"
4 buah katil keluar dari bilik yang sama dengan keadaan tertutup.
Bella hanya memandang sepi katil-katil itu ditolak pergi ke bilik mayat.
"I tunggu dekat rumah. I mean rumah papa" tutur Bella.
Dengan langkah yang longlai dia meninggalkan kawasan itu.
"Tolong tengokkan Bella. And i will tell others about this" pinta Aryyan kepada Sandra.
"Okay see you at home" kata Sandra dan terus mengejar Bella yang sudah jauh di hadapan.
Aryyan meraup mukanya.
Mansion
Saudara yang sudah menerima berita duka ini terus tiba di rumah arwah Tengku Kamal untuk mengemas rumah dan menolong menguruskan jenazah keempat-empat ahli keluarga mereka.
Sandra yang lengkap berbaju kurung bersama dengan bawal crepe berwarna hitam, membuka pintu bilik Bella.
"Bell jom la turun semua orang cari kau ni" pujuk Sandra.
Wajahnya pucat dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
Tok tok
Sandra berpaling.
Aryyan mengisyaratkan agar meninggalkan mereka berdua.
Aryyan yang memakai baju melayu berwarna biru gelap itu melangkah menghampiri Bella yang duduk menghadap balkoni bilik mereka.
"Bell jom turun. Semua tunggu you dekat bawah" pujuk Aryyan pula.
Bella memandang wajah Aryyan sekilas.
"Jom"
Bella dipimpin turun ke ruang tamu.
Mummy terus memeluk Bella sebaik sahaja anak saudaranya merangkap menantunya turun ke bawah.
"Sabar ya sayang. Stay strong. Semua yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya" nasihat Mummy.
Keempat-empat jenazah yang sudah siap dikafankan itu akan dibawa ke masjid untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Heritage.
5:00 P.M
Setelah semuanya selesai, saudara mara yang lain mula bergotong-royong untuk menyediakan makanan yang akan dihidangkan buat tetamu pada sebelah malamnya nanti.
"Yan, mana Bella?" Soal Tengku Kamil.
"Haah mummy tak nampak pun dia. Dia dah makan belum?" Soal Mummy.
"Dekat bilik kot. Sekejap Yan pergi tengok" kata Aryyan lalu terus naik ke biliknya.
Pintu bilik dikuak dari luar. Bella sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya.
Aryyan mengeluh. Pasti selepas ini hari yang bakal dilalui oleh isterinya akan menjadi sukar.
Dengan keadaan Bella yang sebegini rupa pasti akan mengambil masa untuk isterinya pulih sepenuhnya.
"Bell jangan la macam ni. Semua orang risau. You seharian tak makan.
Let's eat" pujuk Aryyan.
Serentak itu air mata Bella mengalir turun dengan perlahan.
"Tadi till now baru i sedar betapa banyaknya dosa yang i dah buat dekat papa i sendiri. After mama passed away i never call him papa anymore just because i hate him married that woman. And now i realized disebabkan dendam i sanggup hukum papa i sendiri. Sekarang i dah tak ada siapa-siapa. Papa dah tak ada. Berdosanya I dekat Hani and Qhasful. Semuanya disebabkan dendam yang i simpan, now i hilang semuanya dalam sekelip mata. I tak sangka secepat ini" tutur Bella.
Aryyan terus memeluk Bella lalu mengusap belakang badannya.
"Shush. Remember you still ada I, daddy and mummy. Semua orang sayang you Bella. You tak boleh macam ni. Lupakan dendam you. Sekarang dah tak apa yang perlu buat. Cuma redha atas pemergian mereka. Kalau papa and mama you hidup lagi, diaorang pun sedih tengok you macam ni. Jangan macam ni okay. I pun sedih" Aryyan cuba menenangkan Bella.
Kini hanya tangisan yang memenuhi segenap ruang bilik itu. Terlalu lambat untuk menyesali perkara yang sudah berlaku.
'Jika masa boleh diundur kembali aku pasti akan lupakan segala dendam yang aku tanam di dalam hati. Dendam yang aku cuba untuk membalasnya tetapi penghujungnya yang membunuh aku sendiri. Aku tenggelam dalam dendam yang aku cipta sendiri. Disebabkan dendam aku kehilangan orang yang aku bergantung hidup. Disebabkan dendam aku tidak mampu memaafkan mereka. Aku terlalu mengikut dendam aku. Aku terlalu mendahulukan dendam aku sehingga sanggup mengetepikan kasih sayang seorang ayah. Maaf yang diucap juga hanya berlalu seperti angin di cuping telingaku. Aku terlalu ego sehingga Allah menarik satu-satunya yang aku ada dan aku pernah sayang. Kadang-kadang aku terlampau leka dengan dendam aku sehingga membelakanginya. Sekali lagi jika diberikan peluang untuk aku menumpang kasih seorang ayah aku pasti tidak akan sia-siakan peluang itu. Tetapi apakan daya aku juga hanya manusia biasa yang lemah dan kerdil menumpang di bumi Allah Yang Maha Berkuasa ini'
-Bella-
END
End on 13th May 2018 with complete 46 chapters after one year and half.
Thank you for supporting my story Dark Past.
Thanks for all the votes and comments. I love you Readerz.
Thanks a lot to the all casts line up.
Tengku Aryyan Ammarsyah
Tengku Bella Natasya Irdirna
Syed Qhasful
Hani
Adam
Zack
Qasandra(Sandra)
Athyna Najuwa(Tyna)
Tengku Kamal
Tengku Kamil© QUEENZ CREATION
ALL RIGHTS RESERVED
YOU ARE READING
Dark Past ✔
RomansHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...