Qhasful POV
Aku menghentak meja kerjaku.
"Tak guna kau Aryyan semua yang aku nak kau dapat even Bella. No way. Aku tetap akan dapatkan Bella tak kira dengan cara apa sekali pun termasuk cara kotor"
Aku sakit hati apabila melihat Aryyan dengan sesuka hati menyentuh Bella tetapi aku dahulu. Semuanya dihalang oleh Bella. Kalau betul dia dah berubah. Aku akan dapatkan dia.
Hyde Holdings
Adam dan Zack masuk ke ruangan Aryyan. Melihat jejaka itu menyemak fail di atas meja mereka tersenyum.
"Ada orang kata kan orang tu pergi Restro Club. Betul ke?" Soal Adam.
"Haah la kan dengan cousin lagi. Wah untungnya. Cousin dah la cantik model lagi" puji Zack.
"Dah jadi wife le bongok" kata Adam.
"Haah lupa pulak" Zack tersengih.
"Korang nak apa ni?" Soal Aryyan.
"Malam ni ok?" Soal Adam.
"Hrmm tengok la dulu" jawab Aryyan.
"Weyh. Aku ada story ni. Kau kenalkan Hady?" Soal Adam.
Zack dan Aryyan mengangguk.
"Dia cari Bella dekat club dua hari lepas" ujar Adam.
"Seriuosly? Dia kan yang tegur Bell dekat bar tu kan" ujar Zack.
"Aku rasa dia betul-betul nakkan Bella duh" ujar Adam. Aryyan memandang Adam.
"Bukan nakkan Bella but— her body. Macam korang tak kenal dia, semua model dia nak sapu" tutur Aryyan.
"Ni pun sama je. Cakap tak serupa bikin" kata Zack.
"Elelele. Kau pun sama je" Adam menepuk bahu Zack kuat.
Zack memandang tajam Adam.
Tiba-tiba iPhone milik Aryyan berdering.
OnlyOne is calling...
"Wuuu only one. Siapakahh?" Sakat Adam.
Aryyan terus mengangkat panggilan itu.
"Hello"
"Yan—"
Tut tut tut
"Hello hello Bella"
Aryyan terus bangkit.
"Cover aku harini. Ada yang tak kena. Aku kena balik" arah Aryyan dalam keadaan cemas. Kunci keretanya dicapai.
Zack dan Adam hanya mengangguk.
Bella POV
Aku terus mematikan panggilan.
Bilik air dituju bersama serpihan kaca digenggaman tanganku.
Qhasful. Dia muncul kembali. Aku takut tapi aku benci dia. Kenapa dia buat aku macam tu.
Semuanya bermain difikiranku.
Badanku basah akibat pancuran air yang dibiarkan terbuka.
Aku duduk di bawah pancuran air itu.
Selama 5 tahun aku cuba nak lupakan dan aku berjaya ubah diri aku. Tapi— tapi malam tu tetap menghantui aku.
"Dir I want you"
"Arghhhhh" jeritku sambil menutup telingaku.
"Aku benci kau!"
Kaca itu diletakkan pada bahagian pergelangkan tanganku.
Adakah ini pengakhirannya?
Aku memejamkan mata dan darah mula mengalir.
Bam
Kedengaran pintu bilik air ditolak kuat.
"Bella" panggilnya.
Aku tahu tu Aryyan. Dia menutup pancuran air itu.
Darah mengalir tidak berhenti.
"Apa kau buat ni Bell?" Soal Aryyan.
Aku memandangnya. Dia membuka blazernya dan disarungkan ke tubuhku.
Tuala kecil diambil lalu dililitkan ke pergelangan tanganku.
Aryyan POV
Bibir Bella pucat. Aku terus mencempung badannya lalu masuk ke dalam kereta.
Tuala kecil itu mula basah kerana darah yang terus mengalir.
Aku terus menekan pedal minyak.
Bella tidak bersuara.
"Bella answer me" tuturku sambil menggenggam tangannya.
"Let me die" ujarnya perlahan.
"Jangan buat benda bodoh la Bell. Buat apa nak ingat dia"
Amarah Aryyan mula membara.Disebabkan lelaki tak guna itu, sepupu merangkap isterinya ini hampir kehilangan nyawanya.
Health Hospital
Emergency Room
Aryyan mundar mandir di hadapan bilik kecemasan itu. Lampu masih bernyala warna merah.
"Aryyan"
Kelihatan Sandra dan Tyna sudah sampai bersama kawannya.
"Apa dah jadi ni?" Soal Sandra.
Aryyan terduduk. Dia menggeleng kepala.
"Qhasful kan?" Teka Tyna. Dia mendapat tahu bahawa client Bella semalam adalah Qhasful. Itu sahaja.
"Mamat tu tak habis-habis betul la" tutur Sandra.
"Wait? Qhasful? Syed Qhasful Fareez?" Soal Adam.
"Ye la. Siapa lagi" jawab Tyna.
Geram dia dengan bekas kekasih kawannya itu.
"Korang tahu kan lelaki tu liar" tanya Zack.
"Semua tu 5 tahun lepas. Sebelum dia jadi Bella dan masa tu dia Dirna. You know what kind of person is Dirna. An innocent girl. That b*stard really a sh*t" ujar Sandra.
Tiba-tiba pintu di hadapannya terbuka.
"Keluarga Bella?' Soal doktor itu.
"Saya" ujar Aryyan.
"Dia tak apa-apa cuma mungkin mengalami trauma. Dan berdasarkan luka pada pergelangan tangannya nampaknya mempunya kesan parut yang mungkin cubaan sebelumnya hampir mengenai nadinya. Itu sahaja. Saya pergi dulu" jelas doktor itu.
Aryyan memandang Sandra dan Tyna.
"Yea. Doktor was right. Bell pernah cuba bunuh diri dia dulu selepas kejadian malam tu. Nasib Tyna datang rumah dia" cerita Sandra.
"Zack sekat hal ni sebelum media tahu" arah Aryyan dan berlalu ke wad yang menempatkan Bella.
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
Dark Past ✔
RomanceHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...