Bella duduk di ruang tamu sambil tangannya bermain dengan iPhone.
Tiba-tiba Aryyan yang baru bangun dari tidur duduk di sebelahnya.
"Morning" ucap Aryyan sambil mencium pipi Bella.
"You too" balas Bella pendek.
"Hey what's wrong honey"
Tangan Aryyan mula melingkari pinggang Bella.
"You tak kerja ke harini?" Soal Bella.
"Tak. Kenapa tak suka i ada dekat rumah ke?" Soal Aryyan dengan nada yang sedikit kecewa.
"Eh mana ada. Ye la kot harini ada meeting ke apa ke" balas Bella.
"Keluar jom"
"Pergi mana?"
"PD"
Mata Bella membulat. Iphone miliknya diletakkan di atas meja.
"What? PD. Are you kidding me?" Soal Bella."Im serious Bella"balas Aryyan.
"Bila?"
"Now" jawab Aryyan selamba lalu berdiri.
"Siapa nak kemas baju?" Soal Bella serentak itu Aryyan ingin naik ke atas.
"Of course you la sayang" jerit Aryyan di tangga.
"What..go and pack yourself la" laung Bella lalu naik ke biliknya.
Manakala Aryyan hanya memekakkan telinganya. Suka dia melihat Bella memarahinya.
Bella mengeluarkan luggage dari dalam almari bajunya.
Beberapa pasang baju disumbat ke dalam. Alat soleknya disumbat ke dalam beg make up.
"Hrmm. Apa lagi?" Soalnya sendiri. Baju Aryyan masih belum dimasukkan.
"Dah siap pack baju ke belum?" Soal Aryyan sewaktu memasukki bilik pakaian itu sambil memakai jam tangannya.
"Entah you tengok la. I nak mandi sekejap" jawab Bella lalu mencapai tualanya.
Aryyan menggeleng kepalanya.
Bajunya dimasukkan ke dalam luggage selepas Bella selesai mengemas barangnya.
Sedang dia menyusun bajunya, dia terpandang ke arah sebuah kotak yang berada di dalam almari baju Bella.
Kotak itu kelihatan berlainan berbanding dengan kotak-kotak yang lain.
Aryyan mengambil kotak tersebut memandangkan pemilik tersebut masih di dalam bilik air kerana bunyi air masih kedengaran.
Tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak tersebut.
Kelihatan banyak gambar polaroid dan beberapa pucuk surat serta kotak kecil.
Salah satu gambar polaroid itu diambil.
Gambar Bella bersama Qhasful ketika menyambut ulang tahun mereka mungkin kerana Qhasful memegang sebiji kek.
Gambar itu diterbalikkan.
Happy birthday sayang. Hoping our relationship will long lasting.
-Qhas-
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka. Kelam kabut dibuatnya. Dia terus menutup kotak tersebut dan menyimpannya kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dark Past ✔
RomansaHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...