DP 8

16.6K 699 5
                                        

Bella memakai anting-antingnya. Malam ini dia ada sesi photography.

Kelihatan Aryyan keluar dari walk in closet dengan memakai t-shirt fit dan jeans mengikut bentuk kakinya yang fit itu.

Bella mengeluh. Teringat dia bahawa lelaki ini akan mengikutinya bersama ke studio. Dan perkara yang mahu dielak ialah bertembung dengan wartawan hiburan. Itu sahaja.

Pandora Studio

Aryyan memakirkan kereta Bugatti sport miliknya di tempat letak khas.

Mereka berdua keluar lalu masuk ke dalam studio itu.

Beberapa orang staff sedang menyediakan kelengkapan. Bella dan Aryyan masuk ke bilik persalinan Bella.

"Thanks Bella sebab sudi datang" kata Kak Ju.

Bella hanya mengangguk.

Kak Ju melihat sekilas tetamu yang berada di belakang model tersebut.

Matanya membulat.

"Gosh Bell! That's Tengku Aryyan right?" Soal Kak Ju separuh menjerit.

"Yea" jawab Bella.

"Omg macam mana you kenal dia Bell?" Soal Kak Ju lagi.

'Aduh takkan aku nak bagitahu dia yg Yan ni husband aku kot'

"Bella stand by" kata Mike.

"Nanti la ya. I nak kena siap ni. Can you leave me first?" Tutur Bella.

"Ouh ok" kata Kak Ju lalu menutup pintu. Aryyan duduk di sofa yang menghadap cermin meja solek itu.

Actually hanya satu je yang membuatkan dia risau. Risau mengenai jawapan yang bakal dijawab apabila dia tanya bagaimana dia mengenali jejaka idaman malaya ini.

Tapi baginya, jika Aryyan dilibat dengan mana-mana model itu perkara biasa. Ya model seperti Kate dan Betty juga pernah keluar bersama Aryyan. Kalau mereka boleh mengapa dia tidak boleh.

"Bell"

Bella tersentak. Aryyan memusingkan badannya.

"W—Why?" Soal Bella. Aryyan merapatkan muka dengan leher Bella.

"Cover your neck. Someone will knew if we did something" rambut Bella yang dibiarkan lepas ke belakang, diambil bagi menutupi kesan kemerahan pada lehernya.

"Hah?" Soal Bella tidak mengerti terus dia memalingkan badannya ke arah cermin.

Baru dia teringat semalam, selepas pulang dari club dalam keadaan mabuk dia dan Aryyan ke hotel.

Tuk tuk tuk

"Bell dah siap belum?" Aryyan terus memberi laluan kepada Bella.

Bella terus keluar dari bilik itu. Aryyan pula kembali duduk di sofa dan bermain dengan telefonnya.

Seketika pintu itu dikuak kembali, kedengaran seperti perbualan.

"Duduk la dulu. Bella tak habis lagi"

Suara itu singgah di telinga Aryyan.

Bunyi derapan kasut yang mendekatinya itu dipandang.

"Aryyan"

"Qhas" kata mereka serentak.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Aryyan acuh tak acuh.

"Sepatutnya aku yang tanya kau buat apa dekat sini" kata Qhasful tidak berpuas hati.

Dark Past  ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang