"Bell...I already make your breakfast" ujar Aryyan dengan bangganya sambil menatang dulang masuk ke dalam bilik tidur mereka.
Bella terus keluar dari dressing room.
"You masak?" Soal Bella terkejut.
"Kenapa tak percaya ke?" Soal Aryyan kembali sambil meletakan dulang itu di atas meja yang berada di penjuru bilik itu.
"Tak la....ye la I kenal la you macam mana. Pergi dapur untuk makan je. Mana nak pegang periuk kuali bagai ni" perli Bella. Aryyan terus mencubit pipi Bella.
"Sakit la" marah Bella.
"Makan la penat I masak. Air tangan pertama Tengku Aryyan Ammarsyah" tuturnya bangga.
"Hrmm...visual boleh la. Ada la juga rupa bubur" Bella memulakan sesi kritiknya.
Aryyan meniup bubur itu lalu disuap ke dalam mulut Bella.
Dahi Bella berkerut lalu terus ke bilik air.
Mulutnya dicuci. Aryyan sudah cemas.
"Kenapa kenapa?" Soalnya cemaa sambil menghulurkan tisu.
"Ouh Yan please don't ever cook again. It's totally fail" kata Bella lalu duduk kembali di sofa.
"Why?"
"You ikut resipi chef mana ni?" Soal Bella.
"I call mummy...tu je"
"Then?" Dia benar-benar tidak percaya. Pasti Aryyan mencipta resipinya sendiri.
Akhirnya Aryyan mengalah.
"Fine tadi I rasa it's completely tasteless. I letak la secubit garam" jawab Aryyan takut-takut.
"Are you sure?" Soal Bella.
"Ermm...a spoon..." Jawab Aryyan. Mata Bella membulat.
Bella mengeluh.
"Memang tak ada apa pun yang you reti buat melainkan layan perempuan and puaskan nafsu you" kata Bella direct.
"Yes there are nothing I can do.... I rasa you tak perlu kot nak ungkit semua benda tu" balas Aryyan nada suaranya sedikit meninggi.
"Ungkit for what. I cakap je yang you nak marah I kenapa" Bella juga turut sama naik.
"Dah la I malas nak cakap dengan you. Kalau dua-dua naik sama je. Sampai esok tak habis" kata Aryyan lalu keluar. Mungkin ke bilik lain.
Bella mengeluh.
Pada mulanya dia tidak berniat langsung mahu mengungkit perkara yang pernah dilakukan Aryyan. Entah dia juga tidak sedar.
Beberapa minit selepas itu, kereta GTR milik Aryyan meninggalkan perkarangan rumah. Bella hanya memerhati dari balkoni bilik.
Salah dia juga sedangkan jejaka itu cuba berubah kepada yang lebih baik.
Dia melihat semuanya. Kini Aryyan jarang pergi ke club. Kalau ingin ke club pun mereka akan pergi bersama dan hanya salah seorang yang akan mabuk.
Aryyan yang dahulunya mempunyai perempuan keliling pinggang semua dilepaskan demi dia. Hanya demi Bella Natasyah.
Bella terus mencapai kunci keretanya.
Kenny's House
"Asal bro muram je? Nak kata kerja, harini kau ambil cuti. Asal ni?" Tegur Adam.
"Tak ada apa la" jawab Aryyan acuh tak acuh.
"Kenapa? Bella la ni" teka Zack.
"Entah la aku tak pasti dia sengaja or tak sengaja ungkit pasal aku yang dulu. Aku tak tahu dia nak apa lagi. Aku dah jaga dia semua tapi dia..i don't know what to say" terang Aryyan.
"Kitaorang tak tahu nak nasihat macam mana. Kahwin pun belum" kata Adam. Zack mengangguk.
"Ni kau keluar tiba-tiba Bella call tak?" Soal Zack.
"Ada lepas tu terus aku off" jawab Aryyan selamba.
"Apa la kau ni Yan. Kau tak takut ke kalau ada benda buruk berlaku dekat dia" kata Zack.
"Siang tak ada apa la" kata Aryyan.
Tetapi jauh di sudut hatinya dia masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Zack sebentar tadi.
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
Dark Past ✔
RomanceHubungan mereka mereka terjalin atas satu permintaan. Kedua-duanya terpaksa apabila mereka diperangkap. Kebencian Bella kepada sepupunya Aryyan sejak sekolah menengah lagi tidak terkata. Selepas berpisah 10 tahun lalu, Bella berjumpa kembali dengan...