Ril melihat ke arah meja. Pisau belatinya masih lagi dalam keadaan baik.
"Hei.... lama aku tak guna kau." Kata Ril sambil memutar-mutarkan pisaunya sebelah tangan.
ZAP!
Pisau itu dicampak tepat ke arah tingkap.
"Oh... gagak rupanya."
Haiwan yang malang itu menemui ajal di tempat kejadian akibat pisau tertusuk tepat pada badannya.
Ril pergi ke arah tingkap. Pisau ditarik. Darah gagak mengeluarkan bau yang meloyakan, namun Ril seperti sudah biasa.
"Hmmm... kasihan.. " akhirnya Ril menanam sendiri bangkai gagak di halaman rumahnya.
Ril merebahkan badan di atas meja makan. Dia melihat kearah kipas yang berputar.
Senyuman sinis dibuat.
"Wah.... nampaknya ada yang mengundang maut." Kata Ril.
Ril kembali ke biliknya.
"Erm..tuan muda?" Sapa satu suara.
"Oh. Ada ape Amil."balas Ril kepada pembantu atau pengawal peribadinya.
"Tuan muda... kerap sangat keluar rumah. Di luar sana bahaya. Kenapa tak panggil saya untuk jaga keselamatan tuan?"
"Tak perlu..jangan risau. Kamu berehat dulu. Saya nak tidur"
"Tapi..mmm baiklah tuan muda."
Lampu bilik Ril ditutup. Amil berlalu pergi.
Ril membuka matanya. Senyuman jahat terbit di hatinya.
""Ada hari...aku balas.""
....... ........ ....... ....... .......
"Tuan besar.. saya tak pasti keadaan Ril macam mana. Dia kerap keluar rumah akhir-akhir ini."
Amil melaporkan hal Ril kepada Encik Mar yang merupakan bapa kepada Ril.
"Kamu perhatikan dia. Saya risau keselamatannya apabila dia berada di luar."
"Baik tuan. Saya faham."
..... ....... ....... ...... ....... .......
Ril mendengar perbualan Amil dan ayahnya, Encik Mar melalui telefon.
Tok tok tok!
Bilik Amil diketuk."Ya, siapa tu?"
"Ril ni"
"Oh..tuan muda. Tunggu saya bukakan pintu."
Krak.. Ril dengan pantas membuka pintu tersebut sebelum Amil sempat ke arahnya.
"Erm...tuan muda. Tuan ada apa-apa masalah ke? Boleh saya bantu."
Ril memandang Amil dengan senyuman penuh makna.
"Amil... boleh saya ke sekolah semula?"
"Tapi...tuan muda..tuan muda pun tahu kan... banyak kes buli di sekolah lama tuan. Apa kata pindah sekolah."
"Hmm.... tak boleh ke pergi sekolah lama?"
"Untuk kebaikan tuan.. jawapannya tidak."
"Baiklah.. kamu uruskan hal pindah sekolah. Saya pergi tidur."
"Er..bila tuan muda nak ke sekolah?"
"Lusa."
"Baik.. oh tuan muda! Erm..saya akan ke sekolah tuan sekali"
""Apa!"" Bisik hati Ril.
"Demi keselamatan tuan."
"Oh... baiklah. Terima kasih." Ril berlalu pergi. Mukanya masam apabila berada di bilik. Bukannya dia tidak kenal pembantunya itu terlalu menjaganya secara berlebihan. Sampai tahap dia ingin mengambil garfu pun Amil menghalangnya.
"Sudu dan garfu bahaya untuk tuan muda. Tuan makan la dengan tangan."
"Tapi ini sup?"
"Hmm...biar saya ambilkan sudu dan garfu yang diperbuat daripada plastik yang berkualiti.
""Apakah?"" Hati Ril hanya bersabar. Ingin sahaja dihapuskan riwayat Amil tetapi apabila terkenang peristiwa lalu, dia tak berani melakukannya.
. . . . . . . . . .
Akhirnya Ril tidur mati. Sekurang - kurangnya niat ke sekolah tercapai. Nampaknya niat jahatnya untuk ke sekolah tidak dikesan.
Tidur lenanya selama 3 jam terganggu apabila dikejutkan oleh Amil pada pukul
5 pagi."Tuan muda... bangun. Solat. Pastu kita jogging."
""Aaaaaaaaa!!! Berikanlah aku kekuatan!!!!"" Jerit hati Ril. Walaupun di laurannya tersenyum kepada pengawal peribadinya.
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Teen Fiction[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...