8

121 29 28
                                    

"Erkh.....erkh...aku kat mana ni" Amil tersedar. Dia bersandar pada dinding bersebelahan pintu.

Dia melihat darah yang berada bajunya. Kaki kirinya berbalut manakala kaki kanan  kelihatan calar-calar akibat dihiris pisau.

"Heii Amil~~~ " Ril memegang kepala Amil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.

"Huh! Tuan muda! Apa yang..."

"Ohh.... ingat kau dah mati eh? Belum Amil, belum. Aku perlukan bantuan kau. Heh "sinis Ril. Dia sebenarnya tidak suka bekerja secara berkumpulan. Bersendirian lebih baik baginya.

"Apa...apa maksud?"

"Huh! Macam ni lah... ayah aku akan pulang dari luar negara lagi tiga bulan. Sempat lagi dia hantar mesej nak tanya pasal kau. Kalau aku bunuh kau, masalah besar." Terang Ril dengan kemarahan yang ditahan.

"Aku takkan tolong penjahat macam kau!!" Amil menengking Ril.

"Uuuu~ Hahahahaha" perli Ril sambil ketawa.

ZAP!
"hei... nyawa kau atau kau nak aku..." Ril mencacakkan pisau sipi di atas kepala Amil.

"Ok ok. Aku tolong."

"Haaa... macam ni baru betul." Ril memberikan senyuman manis sambil mengusap dagu Amil.

""Seram..."" bisik hati Amil.

"Ok... baiklah. Kau pergi berehat seminggu dulu. Aku akan bagitau Encik Har kau akan 'join' kerja ni." Ril berlalu pergi.

Amil hanya memerhati pergerakan Ril.

"Betul ke.. apa aku buat ni" kata Amil perlahan.

Sepanjang dua minggu Amil terlantar di rumah Encik Har, Kondisinya semakin baik. Dalam masa yang sama kelibat Encik Har menghilang. Tambahan pula,  kelakuan Ril semakin menghairankan.

"Ha Amil, nak aku tolong apa-apa lagi tak?" Soal Ril tenang

"Er..tak tak.. terima kasih.."kata Amil takut-takut.

""Dah kenapa Ril ni tiba-tiba baik.... "" bisik hati Amil.

Setelah badan Amil sudah hampir sembuh. Ril menyuruh Amil mengikutinya keluar dari rumah.

Baju t-shirt dan seluar hitam dipakai Amil manakala Ril bersiap dengan pakaian bertopeng.

"Heh! masa memburu"sinis Ril.

__________________________________

Amil terdiam.
Amil terkaku.
Amil bingung.
Hati Amil meronta untuk pergi dari tempat ini secepat mungkin.

""Bagus Amil...bagus..kau dah menyusahkan diri sendiri."" bisik hati Amil.

"woff woff!!!!" seekor anjing yang manja berguling-guling di hadapan Amil.

"Hello doggie~~ duduk dalam sangkar besar tu diam-diam." Kata Amil.

"Ha.... kau jenguk anjing pemburu ni sekejap. Aku ade hal lain." Ujar Ril.

"Baik..." balas Amil sambil memandang pagar palang besi yang memisahkan mereka berdua dengan anjing tersebut.

"Hmmm....apa dia buat selinap dalam tu." Amil hairan akan tindak tanduk Ril yang masuk melalui tingkap sebuah bangunan lama empat tingkat.

BANG BANG BANG!!
Tiga das peluru dilepaskan kedengaran.

"wofff wuuu" anjing pemburu yang ketakutan mula menyorokkan diri dalam rumah kecilnya manakala Amil berlari menyelamatkan diri duduk di tepi tong sampah.

BANG!!
Prakkk!!!
Satu das peluru dilepaskan lagi sehingga memecahkan tingkap tingkat tiga.

"AAARRRGHHHHHH!!!!"
Satu suara nyaring memecah kesunyian.

Amil yang terkejut hanya mendiamkan diri. Apa yang dia khuatir adalah keselamatan tuan mudanya.

"Arghhh Ril. Kau okay ke dalam tu. " gundah hati Amil.

Selepas jeritan tersebut, suasana bangunan menjadi sunyi.

Amil yang mulai risau mula bangkit.

""Baik aku periksa.""ujar hati Amil.

Tap... tap... tap...
Dengan berhati-hati Amil mengelak batu-batu besar yang menghalang laluan tangga.

Kreakkk....
Pintu bangunan tingkat tiga dibuka.

"RIL!!!" Amil terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Ohh.. hai Amil. Bukan aku suruh tunggu dekat bawah ke?" Dengan senyuman manis Ril menegur Amil. Tangan kanannya memegang pisau belati berlumuran darah manakala tangan kirinya memegang sepucuk pistol.

Amil melihat ke arah ruang bangunan tingkat tiga.

Terdapat tiga mayat lelaki dewasa yang ditembak tepat pada jantung manakala seorang lelaki yang mayatnya di sebelah kiri Ril cedera di bahagian kaki ditetak dan dilibas Ril.

"Aarghhh... tolong... tolong aku..."Rintih lelaki itu manakala Ril sudah mula tersenyum sinis.

Tangan Ril yang memegang pisau belati kesayangannya diangkat tinggi.

"Takkk Ril nanti!!!!!" Jerit Amil sambil segera berlari ke arah Ril. Amil membantah perlakuan Ril. Apa yang Ril lakukan telah menyalahi undang-undang negara.

ZASSSSSSSSSSSS!!!!

"AAARRRGGHHHHH!!!"
Darah membuak keluar dari belakang Amil akibat dilibas Ril. Amil yang memeluk tubuh lelaki
Terketar-ketar melutut menahan sakit.

Lelaki dewasa tersebut kelihatan takut melihat mata Ril yang bagai tiada perasaan.

"Hmmmm..... Amil...kau ok? " tegur Ril tanpa perasaan bersalah. Senyuman manis terukir di wajah Ril.

PENCURI MALAM ✔Where stories live. Discover now