"Okay... aku okay" Amil memejamkan matanya. Dia dapat melihat wajah Ril yang mulai dingin.
"Amil...kau buat salah besar ganggu kerja aku.." mendatar suara Ril.
Lelaki dewasa yang terselamat mula merangkak-rangkak ke arah belakang. Dirinya rasa terancam melihat kecederaan budak yang menyelamatkannya.
"HOII!! Bukak mata kau!!" Marah Ril sambil merentap kolar baju Amil.
"Tu...tuan muda.. ma..maaf. tapi ape yang tuan buat..sa..salah..."Amil masih tidak membuka matanya.
"CEHH!!!!" Marah Ril sambil menolak Amil sehingga terjatuh terlentang ke belakang.
"Arghhhh!!!" Amil melolong kesakitan.
BANG! BANG!
SAPPP!
Ril merenung lelaki dewasa yang menggeletar memegang pistol.
"Ahaaaa...heh... alaaa..setakat dua das tembakan...bukannya susah nak halang guna pisau aku ni" sinis Ril selepas berjaya melibas peluru tersebut dengan sekali libasan.
Ril menghalakan pistolnya ke arah lelaki tersebut. Dia bersedia untuk menarik picu. Bila-bila masa sahaja kematian lelaki itu akan menjemput.
"Erkh...Ril....tolong...ja.. jangan....." rayu Amil sambil menahan sakit. Darah mula membuak deras setiap kali dia menggerakkan anggota tubuh walau sedikit.
"Heh... baik kau duduk diam-diam kat situ." Acuh tak acuh suara Ril.
Lelaki dewasa itu memejamkan mata.
""Tuhan...ku tau ku banyak dosa ampun kan hambamu ini. Selama ni aku banyak buat silap. Ampun.. sekurang-kurangnya.. terimala taubatku sebelum meninggal""sanubari lelaki dewasa itu mulai terkenang salah lakunya selama ini. Walau jahat macam mana pun seseorang, keinsafan pasti akan hadir tak kira waktu.
"Ril... ja..jangan..."Amil masih berusaha memujuk.
BANG!!
"AAARRGHHHHHH!!!!!!!!!!!" Jerit Ril sambil menundukkan badannya.
"Aku dah mati ke?" Soal perlahan lelaki dewasa. Sebaik sahaja dia membuka mata, alangkah terkejutnya tembakan Ril mengena pada siling. Lebih mengejutkan dia melihat remaja lelaki yang dingin tadi melutut menggeletar ketakutan.
Tanpa berlengah, dengan pantas lelaki dewasa itu melarikan diri.
""Ohh Tuhan. Aku selamat😭😭""kata hati lelaki dewasa itu.
Amil mula mengensot mendekati Ril yang menggeletar.
Dengan kudrat yang ada, dia memeluk tubuh Ril supaya bertenang.
"Dah..dah...tuan muda... patung tak ada di sini... dah dah...." pujuk Amil sambil mengusap perlahan belakang Ril.
"Erkk..hhhhh...hhh....erkk...hhhhh..." nafas Ril semakin lemah.
Mata Ril berpinar-pinar."Maaf tuan muda... saya terpaksa.. saya tau tuan muda takut kalau saya sebut patung.... maaf tuan muda..maaf" kata-kata Amil bergema dalam minda Ril.
Ril pengsan.
__________________________________
(Imbas kembali)"Ril... ja..jangan..."Amil masih berusaha memujuk.
Amil melihat riak muka sinis Ril yang tidak mengendahkan rayuannya. Amil nekad. Dia terpaksa menyebutnya.
"Tuan muda.. patung ada di belakang tuan muda..."bisikan halus Amil cukup didengari Ril.
BANG!!
Ril terlepas sasaran kerana takut."AAARRGHHHHHH!!!!!!!!!!!" Jerit Ril sambil menundukkan badannya. Dia terimbau kenangan lama. Kenangan yang dia tidak mahu ingati. Kenangan yang meragut jiwanya.
___________________________________Ril dapat merasakan satu sentuhan halus yang menyentuh pipinya.
"huh....." mata Ril dibuka perlahan. Dia melihat ke arah sekeliling.
"Kat mana pulak ni..." bisik hati Ril.
"Tuan muda... er... maksud saya.. Ril..." kata Amil perlahan.
Ril memandang tubuh Amil yang hanya berseluar. Badannya yang luka telah siap dibalut.
Ril menyeka rambut yang menghalang telinganya.
"Ril..." Amil ingin mengatakan sesuatu.
"Kau rasa bersalah ke?" Mendatar suara Ril.
"Y...ya.." Amil mengeluh perlahan.
"Kalau rasa bersalah... lain kali jangan ganggu kerja aku." Ujar Ril serius.
"Tapi.. tuan muda.."
"Aku Ril. Bukan tuan muda kau!"
"baiklah... tapi apa yang kau buat tu salah.." Amil menyuarakan apa yang tersimpan di dalam lubuk hatinya tenang.
"Heh" sinis Ril.
"Aku... aku pergi dulu" Amil mula berdiri.
"Kejap." Kata Ril perlahan.
"Er...Ya.."
"Dalam stor depan tu... ada patung manusia kan... buangkan." Arah Ril.
"Baik.." tanpa berlengah Amil terus menuju masuk ke dalam bilik tersebut manakala Ril telah kembali melenakan diri.
"Hiah!" Amil menggagahkan diri mengangkat patung manusia yang kebiasaannya digunakan untuk pihak hospital.
"Tempat apa ni... macam mana Ril tahu ade patung dalam stor ni...?" persoalan bermain di fikiran Amil.
Mana tidaknya, setelah Ril pengsan, Amil juga turut pengsan akibat kekurangan darah.
Sebaik sahaja dia membuka mata, tubuhnya telah dibalut. Yang anehnya keadaan sekeliling ruang tempat tersebut tidak seperti hospital malah hanya sebuah rumah lama yang usang.
![](https://img.wattpad.com/cover/96586930-288-k235656.jpg)
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Teen Fiction[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...