10

97 20 14
                                    

"Ril... tempat apa ni..." Soal Amil.

"Dah.. jom pergi dari sini. Jangan banyak tanya. "Balas Ril.

"Tapi... tuan belum sembuh sepenuhnya. Dan...Kita nak ke mana? " Tanya Amil.

"Nak ikut?... Atau aku tinggal...." Mendatar suara Ril.

Akhirnya, Amil hanya mengikuti pergerakan Ril dan meluru masuk ke sebuah bilik.

Klak!
Lampu bercahaya oren menyala.
Kelihatan sebuah ruangan kayu dipenuhi rak buku-buku lama. Rak tersebut kelihatan menunggu masa untuk roboh. Sempat juga Amil membelek beberapa buah buku namun hampa apabila di dalamnya hanya perkataan 'TWO' di setiap muka surat. Tanpa membuang masa, Ril mula mengetuk-ngetuk dinding biru yang dilekat kertas dinding bercorak mozek.

Tuk tuk tuk Kluk!
Zrakkkkk!
Ril berdiri di salah satu sudut dinding lalu dia mengoyakkan cebisan kertas dinding.

"Apa yang...." Amil kehilangan kata.

Ril mula memandang ke arah Amil dingin.

"Diam..." sepatah suara Ril.

Amil memerhati susuk tubuh atau lebih tepat lagi susuk rangka seseorang yang terduduk di atas kerusi. Dari gayanya, sudah bertahun rangka itu disimpan.

""Ril ke yang buat semua ni...""bisik hati Amil.

Ril memegang tengkorak rangka tersebut lalu dia memasukkan ke dalam plastik hitam.

"Amil... masukkan semua rangka ni... aku ade benda nak buat." Arah Ril lalu segera dia melangkah pergi.

Amil yang buntu terus mengikut kata Ril.

"Baik buat . .... kang nanti aku pulak jadi rangka..." nasihat Amil kepada diri sendiri.

PLANG!
Secara tiba-tiba sebatang cangkul terhempas di atas lantai kayu berdekatan Amil.

"huh!" Amil yang terkejut segera menoleh ke arah pintu.

BUKKK!
Perut Amil ditumbuk kuat sehingga senak. Amil melihat kelibat seseorang bertubuh besar yang berbaju serba ungu gelap tersenyum sinis ke arahnya. Pandangan Amil mulai kabur....

ZAP!

"Urghhhkk.." Badan lelaki itu mulai terkebelakang...

BUM!
Tubuh besar itu jatuh ke lantai. Amil melihat pacakan pisau yang tepat pada dada mangsa. Darah hanyir mula membanjiri lantai namun lelaki tersebut masih bertahan.

"Ox... lain kali nak belasah orang tengok dulu.." Ujar Ril selamba.

"Urghh.... kau dengan pisau kau ni... " tanpa menyambung kata, Ox terus mencabut pisau yang tertacak di belakangnya.

"AAARGHHH!!!" Jeritan Ox bergema di seluruh ruang bilik.

""Fleksibel betul tangan dia..""bicara hati Amil.

"Amil... rawat dia." Arah Ril dan seperti biasa Amil hanya mengikut kata tuan mudanya.

Selesai membalut, Amil mula menyoal Ox mengenai buku yang terdapat di dalam rak.

"Er... Encik Ox... kenapa semua buku kat sini hanya bertulis 'TWO'? "Soal Amil ingin tahu.

"Itu... cuma Ril saja yang tahu." Balas Ox dingin lalu bangkit berlalu pergi dari bilik.

Amil terpinga-pinga dengan kelakuan Ox.

"Bukan nak berterima kasih.. tak bersyukur..." desis Amil perlahan.

Nampak gayanya, Ril dan Ox telah meninggalkannya seorang diri di dalam bilik kayu. Amil menggunakan masa yang ada untuk meneliti buku yang berada di situ.

"Mungkin ada sesuatu yang aku akan jumpa..." fikir Amil.

Setiap helaian,
Setiap perkataan,
Setiap muka surat,

Walau tajuknya berbeza,
Namun apa isinya tetap sama,
'TWO'.

Amil hampa melihat pencariannya sia-sia. Sudah banyak buku yang dibelek namun masih tidak membuahkan hasil.

"Ril... apa kau buat ni...." sebak hati Amil memikirkan tuannya sudah menyimpang jauh.

Dengan perlahan-lahan, Amil menyimpan semula buku yang diambil ke tempat asal.
Susunan buku tersebut akan dipastikannya tersusun cantik walau ia hanyalah buku yang tiada apa-apa manfaat.

"Eh! Kejap!" Minda Amil mulai aktif.

Amil melihat susunan buku yang disusun itu.

"Nasib baik aku susun ikut kedudukan asal" perlahan suara Amil namun dia tetap bersyukur.

Dia membaca huruf-huruf yang tertera mengikut alur ular iaitu bermula dari rak tertinggi sebelah kanan ke kiri, dari kiri ke kanan, dan seterusnya.

Berpandukan tajuk buku.

A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z

Amil terhenti seketika.

"Apa aku mengarut ni... bukan susunan huruf... hmmm..." fikir Amil.

Amil melilau ke arah buku di hadapannya.

"Atau buku ni tidak berguna pun... aku cuma buang masa...." bisik hati Amil.

"Eh!" Amil terlihat sesuatu.

Di celah rak kayu, terdapat sebuah buku Emas hitam. Kedudukan buku itu agak tersorok akibat dihimpit buku-buku tebal yang besar.

Amil perlahan-lahan mencapai buku itu.

"Memori.... Abang...." Amil membaca tajuk buku tersebut.

Muka surat pertama dibuka.

PENCURI MALAM ✔Where stories live. Discover now