4

237 46 23
                                        

Bip...bip..bip

"Hello Amil?" Suara Encik Mar kedengaran.

"Amil takde la. Ni Ril..abah..."

"Oh..Ril. Amil pergi mana?"

"Amil...ke dapur. Masak. Abah lama lagi kan...baru balik sini."

"Ya..jaga diri. Belajar rajin-rajin dengan Amil."

"Baik ayah" Ril mengetap bibir selepas telefon dimatikan.

Ril memandang ke belakang.
Amil masih menggeletar. Matanya bungkam melihat tindakan Ril terhadapnya. Pisau yang dipegang Ril tadi nyaris memotong telinganya. Telinga kirinya dipenuhi darah.

"Oh... takpelah.. haa.... Amil. Sakit eh terluka kat telinga?" Ril merapatkan dirinya ke arah Amil .

"Tunggu eh...aku ambil kain... " Kata Ril sambil melekatkan pisau pada dagu Amil.

"Yyy...yyaa...aaa"

"Bagus...pandai Amil." Puji Ril lalu menuju ke biliknya untuk mendapatkan plaster.

Dia kembali ke arah meja belajar di mana tempat pertumpahan darah di telinga Amil berlaku.

"Eh...dah takde? Hmmmm.. hahahahahaha"  galak Ril.

Ril melihat beberapa titisan darah menuju ke luar rumah.

"Oh.... nak lari eh Amil. Silakan... kita tunggu malam nanti ya." Ril membasuh dan mengelap pisau belatinya. Sinar cahaya terpantul pada pisau tersebut.
Darah Amil di lantai juga siap  dimop.

"Bersih... bagus." Lalu disimpan pisau itu pada sarung.

Waktu siang hingga petang dihabiskan dengan membaca. Sesekali Ril bermain pedang curian seorang diri.

Malam menjelma. Sambil menunggu jarum jam berdetik pada pukul 12:OO malam, Ril menonton televisyen.

Pada Jam 11:59 malam.

Topeng tiga perempat dipakai. Bahagian mulut kiri topeng terbuka. Bahagian lain tertutup dengan warna hitam.

Hanya bahagian kiri yang menunjukkan senyuman jahatnya.

""Pasukan PRAKNSTER dahulu... lepastu Amil.""bisik hati Ril.

Kot hitam dipakai. Segala pakaiannya berwarna gelap. Pisau belatinya disisip di bahagian kanan.

"Masa memburu..."

.   .   .    .    .   .    .    .    .   .    .    .   .

" hello!!!!ada orang call!!!!!!" Bunyi deringan telefon abang Mail kedengaran. Dia sekarang berada di pejabat seorang diri. Lampu ditutup kerana dia suka buat kerja dalam keadaan begitu.

Pernah juga dia dimarahi rakan sekerja kerana deringan seperti itu. Teringat kisahnya tertinggal fon di kerusi pejabatnya.

Apabila pulang ke rumah, dia fikir telefonnya mungkin tersorok di celah-celah sofa atau katil. Untuk memudahkan pencarian, dia mendail telefonnya menggunakan telefon rumah. Ketika itu baru dia teringat dia tertinggal fon di pejabatnya.

Keesokannya, dia menjumpainya di atas kerusi pejabat.

"Ah....nasib baik la tak hilang" kata Abang Mail penuh kelegaan.

"Weii Mail."

"Ape." Faizal menegurnya.

"Kau tau tak ade pengawal keselamatan demam mengejut sebab diganggu semasa meronda. Aku dengar dia kene kacau ngan benda.. ehem..ehem..."

"Kene kacau ngan apa?"

"Semalam masa dia meronda.. kat pejabat ni lah.. dia dengar jeritan lelaki cakap"" hello!!!!ada orang call!!!!!!"" Padahal waktu tu dia sorang je yang berkawal.

Dijadikan cerita. Habis dia dibahan oleh rakan sekerja. Dia juga meminta maaf kepada pengawal tersebut. Nasib baik la pengawal tu baik hati memaafkannya.

"Ya...hello? Siapa di sana?"

"Hello abang Mail. "Suara Ril yang halus.

"Hmmm...ni adik hari tu eh? Betul kan."

"Hahahahahaha. Yep. Betul tekaan abang."

"Haaaa adik nak ape?. Abang ade kerja sikit lagi. Abang tengah.."

"Tengah edit video untuk tayangan...betul tak?" Balas Ril.

"Wah...macam tau-tau je. Adik ni kat mana."

"Kat belakang abang je."

"Er...adik jangan la main-main. Sesiapa yang bukan pekerja dilarang masuk. Lagipon abang dalam pejabat persendirian. Macam mana adik boleh masuk pulak?"

Lampu dibuka.

Abang Mail menoleh. Seseorang yang memakai topeng yang hanya menampakkan bibir ke pipi sebahagian kiri.

"Ermm..siapa.."

Senyuman sebelah kiri kelihatan.

"Rindu?"

PAK!

Pisau lelaki misteri itu terlekat pada cctv.

"Er... apa..apa kau nak?"

"Ahli Prankster kan?" Ril berjalan mendekati Abang Mail.

"Jangan dekat. Kau budak hari tu kan. Kenapa datang sini" Abang mula berundur.

Ril menghentikan langkah.

"Macam mana...maklumat kes kecurian disebut dengan tepat?"

"Apa maksud kau?"

"Masa dalam kereta polis tiruan... apa yang kau cakap pasal kes kecurian... sedar tak.. akulah penjenayah?"

Abang Mail mulai risau.

""Aku salah prank orang."" Bisik hati abang Mail.



PENCURI MALAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang