""Wah... rezeki.""bisik hati Ril.
Karipap dijamahnya dengan bacaan doa. Suasana yang gelap tidak menakutkan dirinya kerana sudah biasa melakukan aktiviti jenayah ini.
""Ok. Masa memburu."" Ril memerhati sekeliling. Terdapat beberapa gambar-gambar potret besar tergantung di dinding.
Sambil berjalan dengan bongkak, satu persatu gambar ditiliknya. Dia terhenti. Ada satu gambar menarik perhatiannya.
""Aku tak paham betul dengan seni ni. Lukisan macam budak-budak. Tapi harga satu juta. Seriously"" bebelnya dalam hati.
Lukisan tersebut menunjukkan contengan pelbagai warna. Ianya abstrak kerana sukar difahami.
""Haih... pelik. Nak amik ke tak eh? Hmmm..""hatinya berbelah bahagi.
Akhirnya dia buat keputusan untuk mencari barang yang lebih berharga dan kecil. Lukisan yang besar agak menyusahkan untuk dibawa keluar. Villa besar entah siapa empunyanya diceroboh.
Pintu bilik dicungkil. Apabila dibuka. Alangkah terkejutnya Ril.
..... ..... ..... ..... ..... ..... .....
Ril berjalan di bandar tanpa rasa takut. Barang curian berada di dalam genggamannya. Hatinya teruja. Seutas rantai permata dianggarkan berharga RM600000 dijumpainya.
"Aduh!" Seseorang melanggar bahu Ril.
"Maaf... tak sengaja. " seorang Pak Cik tua uzur memohon maaf kepadanya.
"Oh..tak mengapa. Pak cik nak ke mana? Malam-malam macam ni bahaya jalan sorang-sorang. Nak saya temankan?" Soal Ril kepada Pak Cik itu.
"Bukan ke pakcik yang patut kata begitu pada kamu? Kamu nampak muda. Kan bahaya kalau terserempak dengan penjenayah."
Ril tersenyum.
""Akulah penjenayah""hatinya berbisik."Tak apa la nak...pakcik boleh pergi sendiri. Jaga diri kamu ya."
"Baik pakcik tiada masalah. Hati-hati."
Pakcik itu berlalu pergi, manakala Ril masih memerhati.
Baru sahaja berniat ingin mengekori pakcik itu, dia ditegur seseorang."Adik?"
Bahunya dipegang dari arah belakang.
Ril memusingkan badannya.
POLIS!
"Hmmm adik... kenapa tak balik lagi. Sekarang dah pukul 1:00 pagi. Kamu buat apa sorang-sorang malam ni."
"Oh... saya.." kata-kata Ril terhenti.
Bip.. bip.. bip..."Kejap dik" polis itu menjawab panggilan telefon.
""Hmm..kalau aku lari. Mesti dia curiga. Tunggu jelah."" Bisik hati Ril.
Riak wajah polis itu kelihatan terkejut. Renungan tajam diberi. Tangan Ril digenggam erat secara tiba-tiba.
"Kamu! Ikut saya cepat!"
Ril ditarik masuk ke dalam kereta polis. Dia ingin melarikan diri namun sudah terlambat. Ada lagi dua orang anggota polis berada di dalam kereta peronda itu.
Kereta meluncur laju.
""Apa patut aku buat..."" Ril terdiam sejenak.
"Adik...."
"Ya?"
"Adik tahu kan...pasal kes kecurian rantai permata di Villa Marie jaraknya lebih kurang 400 meter dari tempat saya berjumpa dengan adik."
Gulp! Ril mulai risau. Apa yang akan berlaku kepadanya.
"Ermm tak...saya tak tahu."
Kereta diberhentikan di laluan sunyi.
"Cctv dipasang. Perlakuan saspek dihantar ke balai. Kerana... suspek mungkin tak perasan bahawa ada budak yang memerhati.
""Ohhh habislah aku...""bisik hati Ril.
"Ermmm jadi?"soal Ril dengan penuh tanda tanya.
"Jadi..."
BANG!
.... ..... ..... ...... ...... ..... ......
"Hahahahahaha kamu patut tengok muka kamu budak!"
Ketiga-tiga pegawai itu menggelakkan Ril atau yang sebenarnya mereka bukanlah polis sebenar. Mereka rupanya pasukan PRANKSTER yang membuat tayangan di kaca tv agar mangsa dapat digelakkan ramai-ramai oleh para penonton.
Bagi Ril itu lebih kejam daripada jenayahnya.
Temubual antara Ril dengan ketiga-tiga ahli prankster.
"Adik, apa perasaan adik apabila abang Mail menghalakan pistol ke arah adik?"
"Saya rasa takut. Adakah saya akan dibunuh polis?" Ril menjawab dengan tenang.
"Apabila bunyi letupan berlaku. Apa yang kamu rasa."
"Saya ingat saya dah dijemput ilahi." Jawab Ril lurus.
"Para hadirin. Budak baik ini telah terkena dengan ahli PRANKSTER. Terima kasih di atas kerjasama adik"
Akhirnya mereka bersurai.
""Hmm..takpelah...aku popular masuk tv jugak."" Ril cuba positif.
"Adik...abang minta maaf ye. Mesti adik takut." Ujar Abang Mail.
"Kami juga minta maaf" balas kedua-dua rakannya.
"Oh...tak apa abang. Jangan risau. Saya dah lama maafkan." Ril memaniskan senyuman.
"Terima kasih. Ni no kami. Kalau ade ape-ape masalah. Telefon je"
Kata Abang Mail.Ril menyambut kad tersebut.
Setelah itu mereka bersurai.
Di rumah Ril.
"He...he...he.." Ril memegang kad tersebut. Nombor disimpan di dalam memori kenalan fonnya.
Telefon disimpan. Pemetik api dipetik. Kad dibakar.
"Ahli PRANKSTER eh..." Ril tersenyum jahat. Dia melangkah ke almari. Topeng muka diperhati.
"Rasanya...aku tahu macam mana nak ajar ahli Prankster.. "
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Fiksi Remaja[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...