7

230 42 15
                                        

"Wow...." Amil terpegun melihat bahagian dalam rumah Encik Har walaupun tidak sebesar rumah bekas tuan mudanya iaitu Ril, namun rumah tersebut tetap kemas dan cantik dengan barangan mewah.

"Haaa... nak.. kamu bersihkan diri kemudian rehatlah. Bilik kamu di tingkat atas bahagian kanan. Isteri pakcik dah lena rasanya." Ujar Encik Har.

"Terima kasih. Saya naik dulu." Amil berlalu pergi.

Pintu bilik dikuak.

""Hmmm boleh tahan."" Bisik hatinya.

Pintu bilik dikunci. Amil hendak membersihkan diri.

Setelah selesai, dia menyarungkan baju yang terdapat di atas katilnya. Agak besar sedikit namun tiada masalah untuknya memakai pakaian tersebut.

"Eh, kotor pulak pipi." Darah dari telinga mengalir sehingga ke pipi Amil.

"Kene basuh dan balut balik ni." Pintu tandas dikunci. Cepat -cepat Amil membasuh mukanya di singki. Balutan baru dipasang pada telinganya.

"Okay la ni."

"Ha ah...memang ok"

"Kan.. hah!" Pisau belati dapat dirasakan disentuh pada bahagian belakang tepat pada tulang belakangnya.

"RRR..R..RIL.....ma...macam..ma...na...na.." Amil memejamkan matanya. Tidak sanggup melihat perbuatan yang akan dilakukan seterusnya.

"Amil.... haa...hahaha..." pisaunya dijalarkan pada tengkuk Amil pula.

"Hmmm.... macam mana aku ada kat sini? Mudah. Encik Har ni... dia yang ajar aku cara nak berlawan guna pisau waktu aku kecil dulu... hmmm... hahahahaha "

"Tap.. tapi Ril...apa... apa salah aku sampai kau nak...ce.. cederakan aku."soal Amil gagap sambil membuka matanya. Terkejut dia melihat Ril yang berada di belakangnya melalui cermin. Kali ini Ril tidak lagi bertopeng. Senyuman jahatnya terlihat terlihat sinis.

Amil terdiam.

"Wah..... Amil... siapa ya... yang selalu menjaga dan mengawal aku selama ni? "Soal Ril

"Ak..aku"

"Pandai.... sebab tu bapa aku... hmmmm.. dia ingat anaknya ni..
Ahahahahhahaha... tak berguna."

"Tak! Mana ada!" Entah dari mana kekuatan keluar dari kerongkongnya. Amil mulai tersedar. Dia dalam bahaya.
Nak larikan diri? Itu namanya membunuh diri. Ril boleh menikamnya bila-bila masa.

Ril menyimpan kembali pisau belatinya.

Dia sendiri membuka kunci pintu tandas lalu terus duduk di atas katil sebelum baring memandang siling.

Amil dengan teragak-agak turut keluar dari tandas. Matanya terlihat tombol pintu bilik.

"Kalau kau keluar... aku tak jamin aku kau hidup lagi atau tidak" mata Ril dipejam apabila berkata.

Amil kembali membatu.

"Sekarang... apa maksud kau?" Ril menoleh tajam ke arah Amil.

"Sebenarnya... tuan besar.. nak... nak pastikan anak dia selamat"

"Selamat dari?"Ril membuat suara mendatar.

"Dari.... diri kau.... dulu... kau tak macam ni. Tapi sejak.."

"Hahahahahaha.... oh.... " Ril terdiam. Dia mulai bangun dari katil. Pisau yang disimpan dikeluarkan semula.

"Jangan...jangan dekat! Encik Har!!! Tolong!!!!" Amil panik. Nama Encik Har disebut.

Ril tersenyum sinis.

"Wahhh wahhh wahhh...masa memburu. Hahahahahaha"

"Aaaaarggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!"

___   ___   _____   ____    ___    ___

"Encik Har... ni dia harta yang saya jumpa." Ril tersenyum kepada lelaki dewasa di hadapannya.

"Bagus Ril.... dah lama saya dan isteri inginkan kemewahan. Kamu boleh pulang ke rumah. Rehatlah."

"Baik...terima kasih."

"Kaya....aku tak perlukan kekayaan... sebab aku dah kaya.

Kasih sayang...aku perlukan kasih sayang?

Kata aku gila? Hahahahahahahaa"

-ikhlas dari Ril-

*PENCURI MALAM 1*
-TAMAT-

PENCURI MALAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang