Pukul 10:00 malam. Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Bunyi kilat-kilatan menggegarkan gegendang telinga.
Amil melihat ke arah cermin. Telinganya yang berbalut diusap perlahan.
"Aku tak boleh sembunyi kat sini." Bisiknya perlahan.
Hatinya gugup memikirkan jarum jam yang semakin menghampiri 12:00 malam.
Dia dapat rasakan bahawa Ril akan datang menyerangnya apabila angka 12 ditunjukkan oleh jarum jam.
Berita mengenai ahli Prankster tersebar luas. Dia terkejut apabila melihat sedutan video bagaimana tuan mudanya dikenakan. Wajah yang ceria ketika ditemu ramah namun dia tahu wajah itu. Senyuman plastik.
Memorinya mengenai kejadian semalam terimbau kembali.
______________________________
(Memori Amil)Melihat sahaja kelibat Ril menghilang ke dapur, cepat-cepat Amil berlari keluar dari rumah sambil memegang telinganya.
Orang ramai yang melihatnya terkejut dan hairan.
"Tunggu adik!" Seseorang menarik bajunya.
Amil memusingkan badan sambil menggeletar. Rasa sakit masih ditahan.
"Naik kereta. Saya bawa ke hospital." Seorang lelaki lingkungan 30-an kelihatan risau memandangnya.
"Jahitan pada telinga perlu dilakukan." Itulah kata-kata yang dia dengar sebelum kepalanya berpinar.
Amil pengsan.
Sedar sahaja daripada koma, dia terus berlari meninggalkan hospital. Bayaran kos pembedahan pula nak tak nak dia mengharapkan lelaki yang membantunya tadi.
""Maaf...nyawa lagi penting""bisik hatinya sambil berlari. Beberapa petugas yang melihatnya cuba mengejar namun dia sempat melarikan diri.
"Huh.."
Kini Amil tiba di rumah bujangnya.
""Untuk sementara waktu. Baik aku rehat kat sini.""bisik hatinya.
Sebaik melangkah masuk, perlahan-lahan dia mendapatkan televisyen. Niatnya ingin menenangkan fikiran namun,
"Ulangan berita semalam. Kejadian ahli Prankster yang dicederakan....."
Amil terlopong.
______________________________Amil merenung jendela.
Suasana hujan yang terlalu lebat menyukarkan penglihatannya namun, ini sahajalah peluang untuk selamatkan diri.Baju kot biru gelap baharu dipakai, dipadankan dengan kaca mata hitam malah, gaya rambut juga ditukar daripada pacak kepada skema. Hoodie diletakkan di atas kepala untuk menutup telinganya.
Pintu rumah dikunci,kesejukan terasa sehingga ke tulang belakang.
Amil menoleh kawasan sekeliling. Tiada sesiapa malah jiran-jirannya yang sering keluar malam tidak kelihatan.
Dengan berbekalkan sekaki payung, perlahan-lahan Amil bergerak meredah hujan yang lebat. Tekanan air bercampur graviti sekali-sekala menyakitkan tangannya kerana terlalu lama memegang.
Setelah 20 minit berjalan, Amil tiba di kawasan bandar. Hujan mulai renyai.
""Sepatutnya aku dah selamat. Tuan muda takkan mampu menyerang bila di kawasan orang ramai""bisik hatinya.
Amil membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar.
Kedai-kedai yang menjual pelbagai aneka barangan menarik minatnya.Namun, sebungkus roti sahaja yang mampu dibeli.
PRAK!
Bungkusan ditarik. Amil menikmati hidangan malamnya dengan perlahan-lahan kerana telinganya terasa pedih. Nasibnya baik kerana terdapat bangku di luar kedai maka dia tidak perlu berdiri.Sedang Amil leka menikmati makanan, dia terlihat kelibat yang amat dikenalinya.
"Pak cik!"
Lelaki tersebut terkejut melihat budak remaja menegurnya. Yang menghairankan budak tersebut berpakaian agak aneh.
Amil membuka kaca matanya seketika.
"Ni sayalah!"
"Ohhh! Budak tu. Kenapa kamu lari dari hospital. Risau pak cik."
"Maaf...saya tak sengaja."
"Hmmm kamu ada rumah tak? Nak pakcik hantarkan?"
"Er...sebenarnya...tak.. saya anak yatim" bohong Amil. Sebenarnya Amil mempunyai ibu bapa dan tempat tinggal. Ibu bapanya ke luar negara atas urusan kerja meninggalkannya menjadi pembantu peribadi anak kawan baik mereka iaitu ayah tuan muda. Nak pulang ke rumah bujangnya, itu namanya mencari maut.
"Oh...kalau macam tu. Tinggal kat rumah pak ciklah. Pak cik dan Isteri pun takde anak.."
"Baik.." Amil terus bersetuju. Dia tidak mahu berlengah. Hatinya masih risau jika terjumpa tuan muda di bandar.
"Panggil pak cik Encik Har. Ok jom naik kereta."
"Terima kasih Encik Har"
Mereka menaiki kereta. Amil duduk di tempat penumpang hadapan. Hatinya tenang kerana nyawanya tidak lagi terancam.
Di atas bangunan.
Seorang lelaki bertopeng menutupi tiga per empat muka tersenyum sinis."Wah...... tak sangka Encik Har... Amil, Amil... mari aku tunjuk kat kau.. apa itu tragedi. Heh.." kata Ril.
Ril membuka topengnya. Hoodie dipasang. Dia masih lagi perlu menyembunyikan diri kerana kenungkinan pasukan polis yang berkawal di kawasan bandar mengecamnya.
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Teen Fiction[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...