13

144 20 85
                                    

"Jadi... selama ni.. Ril dibantu?" Soal Amil teragak-teragak.

"Ya... dan mengenai siapa Ril yang sebenarnya....
Ril ialah.. pencuri malam" jawab Pakcik Har.

"Huh? Apa maknanya?" Amil berasa aneh dengan jawapan tersebut.

"Maknanya..." sambung Encik Har.

BIP BIP BIP!
Telefon bimbit Encik Har kedengaran.

"Hello? ......Ohh.. ok.. ohh.. baik saja... ha.. baiklah tuan. Tiada masalah." Encik Har menjawab panggilan manakala Amil sedia menanti.

"Amil... Encik Mar baru tiba di sini." Kata Encik Har.

"Di mana?" Soal Amil.

"Tempat Ril rehat"

Amil mulai bangun. Dia segera berlari menaiki lif setelah mengucapkan terima kasih kepada Encik Har dan meluru ke pintu bilik ruangan.

"Hah....." Amil menarik nafas perlahan.

Tok tok tok..
Amil mengetuk pintu.

"Sila masuk" jawab satu suara yang amat dikenali.

Kreakkk...
Pintu dikuak.

"Oh Amil! Apa khabar kamu?"
Soal Encik Mar.

"Oh.. saya baik-baik saja tuan Mar" jawab Amil.

"Hmm... kedua-dua tangan Amil cedera.. Ril pulak cedera sebelah lengan dan sebelah kaki... haihh." Kata Encik Mar sambil mengeleng kepala.

"Tak mengapa tuan Mar.. kami akan sembuh dalam beberapa minggu takpun beberapa bulan.. tuan jangan risau." jawab Amil perlahan.

"Jadi.. bagaimana perangai anak saya ni Amil. Kamu ada sebarang masalah menjaganya?" Soal Encik Mar.

"Buat masa ni... segalanya baik tuan." jawab Amil.

Setahun kemudian.

Ril mula menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah agam lima tingkat.

Kalini peluangnya untuk mencuri agak tipis kerana pengawal yang ada tidak terbilang ramainya.

Namun...

"Hehe... kali ni aku ade kejutan untuk pengawal tu semua."bisik hati Ril perlahan.

Tok tok tok!
Pintu depan rumah agam diketuk.

"Ehhh!! Cik Maya! Kenapa Cik badu pulang! Bahaya duduk kat luar tu. Lagi teruk kami kene marah dengan ibu bapa Cik nanti. Mari, saya bawakan Cik ke kamar" kata salah seorang pengawal sebaik sahaja dia melihat anak majikannya berada di luar pintu.

"Ohh.. minta maaf. Saya rasa nak hirup udara malam tadi... rasa tenang sikit. Ehe~" jawab Cik Maya atau yang sebenarnya Amil yang sedang menyamar.

""Tak guna Ril.... kau mempergunakan aku... sabar jela..""bisik hati Amil. Namun, arahan tetap arahan. Dia disuruh untuk menyamar menjadi anak tuan rumah agam tersebut.

Pintu kamar Cik Maya dibuka.
Kelihatan Cik Maya lena tidur. Pengawal mula berasa hairan. Lebih menghairan....

"Eh!! Mana budak tu?Hoiiii semuaaaa kecemasan!!!! Ada penceroboh! " jerit pengawal sambil menbunyikan siren kecemasan.

Namun segalanya terlambat...
Barangan kemas yang tersimpan rapi telah dicuri oleh Amil dibantu Ril dan skuad bantuan yang menumpaskan beberapa pengawal.

" misi selesai... " kata Ril perlahan sambil membaringkan diri di atas katil.

"Ya... misi kita dah selesai. " jawab Amil lalu mencapai buku 'Sherlock Holmes' kesukaannya.

PENCURI MALAM ✔Where stories live. Discover now