"Ceh... " Ox menjauhkan pistol dari Ril.
"Nampaknya kau perangkap aku dari mula bukan... budak senyum.." Kata Ox dingin.
"Heh" sinis Ril.
Ox baru perasan kelibat seseorang di atas siling menghalakan pistol ke arahnya. Bagaimana dia masuk pun tidak Ox ketahui. Susuk tubuh serba hitam bersama penutup muka fokus menghalakan pistol ke arahnya.
Jika Ox silap langkah, dia yang akan dibunuh.
ZASSSSSSSSSS!
Ril dengan pantas melibas kaki Ox dengan pisau belatinya."Lembap jugak kau ni eh? " perli Ril.
Ox yang terkejut dengan tingkah Ril mula jatuh terlentang.
BANG!!
Tembakan tepat pada jantung Ox. Dia mati di tempat kejadian.Ril mula terdiam.
DUK!
Lelaki serba hitam turun menggunakan tali dan bergerak ke arah Ril.Amil yang menahan kesakitan cuba untuk melihat tindak tanduk lelaki itu.
Topeng dibuka.
"Encik Har?!!!" Teriak Amil.
Tap tap tap tap tap tap tap tap
Segerombolan bunyi tapak kaki meluru masuk ke dalam ruangan tersebut dan pakaian mereka sama seperti Encik Har.Amil dan Ril dibawa pergi oleh mereka untuk dirawat di tempat khas. Rumah usang tersebut ditinggalkan.
Lokasi di tempat rawatan.
"Ril...... siapa kau sebenarnya.." Soal Amil.
"Aku... pencuri malam." Jawab Ril perlahan.
"Rossa... apa maksud Rossa"
"Rossa adalah kod aku yang bermaksud rakan."
"Buku diari lama?"
Ril senyap dari menjawab persoalan itu dan Amil tidak memaksa Ril untuk menjawabnya.
"Ril... rangka siapa yang......."
"Abang..." belum sempat Amil menyoal, Ril terlebih dahulu menjawab.
"Apa yang berlaku.. sebenarnya.." Tanya Amil lagi.
"Huh... aku nak rehat. Pergi tanya Encik Har. Dia tahu semuanya." Kata Ril sambil memejamkan mata. Malas dia mahu menjawab semua persoalan Amil. Namun salahnya juga kerana terlalu berahsia.
Amil berhenti menyoal. Banyak persoalan yang masih mengganggu fikirannya. Dia mula bangkit meninggalkan bilik ruangan rehat Ril.
Amil mulai duduk di atas bangku luar bangunan.
Tap... tap... tap...
Kelibat seseorang yang dinantinya tiba."Encik Har..." bisik Amil perlahan.
"Ye Amil...ada apa?" Encik Har mula melabuhkan dirinya duduk di sebelah Amil.
"Saya.. nak tahu semuanya. Mengenai rangka... mengenai diari... dan mengenai Ril. Kenapa dia membunuh orang.. kenapa dia ikut jalan kejahatan?" Jelas Amil.
"Diari? Ril tidak beritahu kamu?" Soal Encik Har.
"Tidak.." balas Amil.
"Bukan ke... tak silap pakcik.. diari emas hitam tu ye? Kalau diari yang tu... bukan ke Ril hadiahkan untuk kamu? Dan kamu suka mencatat tindak tanduk Ril dan kembarnya. Hmm.. kamu mesti rindu abang Ril. Dari kecil lagi kamu suka sebut 'abang' walhal dia bukan abang kamu. Kadang-kala Ril cemburu kamu rapat dengan abang kembarnya hahahaha" Encik Har tertawa kecil.
"Eh... kenapa saya tak ingat?" Soal Amil.
"Nampaknya kamu benar-benar lupa.." kata Encik Har sambil memandang ke arah pasu bunga kertas yang tersusun mekar di tepi ruang bangunan.
"Bukan ke.. lepas kamu tulis mengenai kematian abang kembar Ril.. kamu tak boleh terima kenyataan?...kamu hampir bunuh diri.." jawab Encik Har jujur.
"Bunuh diri?" Amil terkejut.
"Masa tu kamu cuba nak telan semua pil dadah entah dari mana kamu jumpa. Cuma yang bagusnya... Ril nampak perbuatan kamu. Jadi... dia selamatkan kamu dan setahu pakcik... dia halang keluarga atau sesiapa pun cerita mengenai abang kembarnya kepada kamu. Dan setahu pakcik... kamu hilang ingatan mungkin disebabkan kesan dadah tersebut. Ni pakcik cerita pun... sebab Ril kasi 'greenlight'. Kalau tak habis pakcik nanti. Keh keh" kata pakcik Har lagi.
"Jadi... saya terhutang budi dengan Ril selama ni" air mata Amil mula menitis.
"Sss.. selama ni.. saya.." Amil tidak dapat menahan perasaannya.
"Sudah-sudah.. bukan masalah besar.." pujuk Encik Har.
Air mata diseka dengan lengan baju. Amil mula menahan perasaan. Sehingga sekarang dia tidak pasti apa perasaannya. Sedih.. marah... keliru..dan benci dengan diri.
"Mengenai tulang yang ditanam... itulah mayat abangnya... sebab.. kamu kenal Ox bukan.... mayat tersebut dicuri Ox... dia menyimpannya di rumah usang tempat kamu berada semalam.
Yang sebenarnya.. dia pernah menjadi 'partner' Ril untuk menjalankan misi. Dia mahu Ril menjadi pasukannya semula. Dan semestinya Ril menolak. Perkara tersebut membuatkan dia menjadi marah dan mengugut akan membakar mayat abang Ril di dalam rumah usang tersebut.
Ril tiada pilihan selain berjumpa dengannya namun kelicikan Ril ialah... dia pandai merancang.
Ox menganggap orang seperti Ril tidak akan meminta bantuan namun sebenarnya.. selama ini Ril sentiasa meminta bantuan skuad tambahan.
Sama seperti apa yang Ril lakukan terhadap kumpulan Prankster dahulu kala. Ril tidak pernah melakukan misi keseorangan. Namun dia pandai menyembunyikan fakta dia meminta bantuan sehingga rakan pasukannya sendiri tidak mengetahui mereka dibantu sama ada dari jarak dekat atau jarak jauh."
![](https://img.wattpad.com/cover/96586930-288-k235656.jpg)
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Teen Fiction[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...