Ril berlari pantas meninggalkan Amil.
"Tuan muda!! Kita jogging, bukan lari pecut!! Tuan muda! Tunggu!!!!!"
"Hahahahaha! Ingat aku lembap. Pembantu ape kau ni. Lambat betul." Ril memerli pembantunya sendiri.
Jarak yang agak jauh membuatkan Ril gembira untuk mengutuk pembantunya secara terang.
""Hehe...dia takkan dengar aku kutuk""bisik hati Ril.
Larian diteruskan. Ril melompat kerusi yang terdapat di luar kedai.
Ya... mereka joging di kawasan bandar. Hendak ke taman, Ril merasakan kawasan itu membosankan dengan pemandangan alam. Dia tak suka alam.
Tercungap-cungap nafas Amil.
Akhirnya dia terlihat Ril berhenti di satu kedai."Ril!!! Tunggu!"
"Maaf lambat" kata Amil apabila berdekatan dengan Ril.
"Ril kenapa ni?"
Ril diam terkaku.
"Ril? ok ke tak ni." Amil memegang bahu Ril.
"He..he..hahahahahahahahaha" Ril tertawa sekuat hati.
Amil mula hairan dengan sikap Ril. Dia tidak pernah melihat Ril tertawa kuat. Biasanya Ril hanya tersenyum.
"Er...mari tuan muda. Kita pulang. Oh ya.. hal sekolah. Tuan besar tak benarkan pergi. Maaf.. saya dah cuba yang terbaik."
"Suasana sekarang ni gelap kan" soal Ril kepada Amil.
"Erm..ya.. tuan muda. Tuan muda sakit ke? Nak saya bawa ke klinik?"
"Kalau ada penjenayah sekarang ni? Amil nak buat ape ye?" Soal Ril sambil tersenyum manis ke arah pembantunya.
"Ril.... aku tahu kita sama umur. Tapi aku akan pastikan aku jaga kau elok-elok. Aku kan dah janji dengan ayah kau pastikan kau selamat. Jangan risau pasal penjenayah. Aku akan jaga kau."
Ril tersenyum. Senyuman penuh makna.
"Amil.... boleh pusing belakang kejap?"
"Er..kenapa tuan muda?"
"Tak...tak..tak...jangan panggil aku tuan muda. Mulai sekarang, panggil aku Ril."
"Erm..baik..Ril" Amil membelakangi Ril.
Ril meletakkan satu tangan pada baju belakang Amil. Tulang belakang Amil dapat dirasa.
"Amil.... kalau penjenayah ambil tulang belakang kau.. agak-agak apa akan jadi?"
"Oh...saya akan lumpuh."
"Tak...tak...tak...tak perlu guna saya. Guna aku." Kata Ril dengan manis.
"Kamu pasti dengan jawapan kamu?"
"Ya.. aku pasti. Kenapa Ril?" Amil mula tidak selesa.
"Kalau... aku bunuh orang yang sakitkan hati aku? Salah tak?"Soal Ril lagi.
"Salah."
"Yakin?"
"Ya."
"Baiklah... jom balik Amil. "
"Er baik tuan muda...er...maksud saya Ril."
Amil mengikut langkah Ril. Ada sesuatu yang tak kena mengenai tuannya ini.
"Kenapa Amil?" Soal Ril. Ril dapat melihat pandangan ingin tahu Amil mengenainya.
"Tak....takde ape." Amil melarikan pandangan.
Sebenarnya, dia mulai takut terhadap tuannya.Di rumah.
Disebabkan permintaan Ril untuk ke sekolah ditolak,
Amil mengajar Ril beberapa subjek yang penting. Amil yang merupakan pelajar cemerlang untuk kesemua subjek tiada masalah untuk mengajar Ril.Tambahan pula, Ril jenis yang cepat tangkap apabila belajar. Ril meminati subjek fizik dan kimia.
"Ok... Ril.. saje nak tanya... Subjek Fizik. Mengenai tarikan graviti. Sila berikan contoh yang munasabah." Amil mahu menghilangkan kebosanan Ril yang sudah belajar tanpa henti selama 2 jam.
Ril tersenyum lalu menjawab.
" seorang pembunuh mengejar mangsa di bangunan 19 tingkat. Mangsa dikejar akibat membuat 'Prank' kepada orang yang salah iaitu kepada pembunuh.Akhirnya mangsa yang dikejar melompat dari..."
"Ok cukup Ril!"
"Ape.. contoh tak habis lagi."
"Kenape kebanyakan contoh kau beri berkaitan penjenayah?." Amil mulai berang. Dia bersusah- payah mengajar tapi dibuat main oleh Ril dengan contohnya yang pelik.
"Kenapa... takut pisau ni ?"
Amil terdiam. Dia tidak perasan Ril memegang pisau belati.
"Ril...bagi pisau tu sekarang."
"Betul?"
"Ya!"
Zasssssss!
![](https://img.wattpad.com/cover/96586930-288-k235656.jpg)
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Fiksi Remaja[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...