PAK PAK PAK
Cangkul digunakan untuk menggali tanah.Nampaknya urusan kambus tulang rangka itu berjaya dilakukan.
"Hei... Ril. Budak baik dalam tu.. dia tahu ke rahsia kau?" Soal Ox.
"Buat masa ni... dia sedang mengetahui."balas Ril sambil mula mencakung. Tubuhnya sedikit penat setelah kerja selesai.
"Oh.. nampaknya dia jumpa buku diari tu.."ujar Ox perlahan sambil memandang ke arah langit yang mulai mendung.
"Huh... ye..glup glup glup.." Ril mula membasahkan tekaknya dengan sky juice.
"Ril.. baik kita masuk dulu. Dah hujan rintik ni. "
"Kau masuk dulu. Aku ada hal lain."
"Baiklah..." Tubuh Ox mula bangkit meninggalkan Ril.
Ril mula menadah tangan.
Tik. Tik. Tik.
Tiga titisan air mata jernih jatuh ke tanah. Namun jika dilihat orang lain, Ril bagaikan sedang mandi hujan."Aamiin.." kata Ril sambil meraut wajahnya. Dia melihat perkuburan rangka mayat tersebut.
Ya... itulah rangka abang kembarnya.Muka serius dikembalikan.
*****
Amil mula tekun melihat.
Buku tersebut rupa-rupanya merupakan diari bergambar.Hari 1
Abang makan ice cream dengan Ril.Hari 18
Abang main basikal dengan RilHari 29
Abang sakit. Ril jaga.Hari 47
Abang mati dibunuh... mayat abang... dalam keadaan menyeramkan... Ril.. benci pembunuh tu...Pada helaian seterusnya,
Hanya muka surat bersama tompokan darah lalu Amil terus menutupnya.Amil terdiam seketika...
Ini bukan diari Ril...
Tapi diari miliknya.
Dia tidak ingat apa yang berlaku seterusnya."Kejap.... kenapa memori aku pasal benda ni takde? Aku yang tulis buku ni bukan?" Fikir Amil.
Kreakkkk..
Pintu dikuak.Ox melangkah masuk. Dilihatnya wajah Amil yang bagai dirasuk 1001 persoalan.
"Hei budak... kenapa ni?" Soal Ox.
"Oh tak... cuma saya terjumpa buku diari lama. Rasanya saya yang tulis... tapi.. kenapa saya tak ingat apa-apa pasal diari ni.." jelas Amil.
"Hmmm.. aneh" balas Ox.
"Kejap! Mana tuan muda?!" Amil baru teringat mengenai Ril.
BAM!
Pintu dihempas kuat.Ril tiba dengan basah kuyup. Tangannya menyeka helaian rambut yang menghalang pandangan matanya.
"Tuan muda! Kejap saya ambilkan tuala." Amil segera mencapai tuala yang diletakkan di atas kerusi lalu mengelap rambut Ril yang basah.
Ril hanya mendiamkan diri manakala Ox merasa seolah-olah berada di dunia asing kerana situasi yang cukup janggal.
"Dah mari pergi dari sini..." kata Ril.
"Tuan... saya nak tanya... kenapa semua buku hanya ditulis 'TWO' setiap muka surat.
Ril terdiam namun matanya terbungkam.
Tangan Amil digenggam erat lalu..
BANG!
Satu das tembakan mengena pada kaki kiri Ril. Muka Ril tetap tenang walhal darah sudah mengalir membasahi lantai."Tuan muda!!!!" Jerit Amil sambil mengeluarkan pucuk pistol dan menghalakan kepada Ox.
"Apa kau dah buat pada tuan aku...." geram Amil.
Ox yang membuat muka serius kembali tersenyum.
" 'TWO'....merupakan kod aku dan Ril.... yang bermaksud... bunuh.." Kata Ox sinis.
"Letakkan pistol kau kalau kau nak hidup!" Sergah Amil. Walau dirinya kelihatan penakut, Amil sebenarnya mahir berlawan sejak dilatih Ril dan Encik Har.
"Kau yang kene letak pistol. Atau kepala tuan muda kau...aku tembak hehe.." perli Ox.
"Cis.." perlahan-lahan Amil menurunkan lengannya.
"Amil... tembak dia..." kata Ril sinis.
BANG!
Tembakan kedua pada lengan Ril."Uhh..." Ril cuba menahan sakit. Setelah itu dia tetap kembali tersenyum.
BANG!
Amil menekan picu menghala kepala Ox namun dapat dia mengelak dengan mudah."Kau.... budak pemburu senyum.
Kau terlupa sesuatu dengan perjanjian kita bukan?" Kata Ox.Amil mulai hairan dan kesempatan digunakan Ox sebaik melihat raut wajah Amil yang leka.
BANG!
tangan kiri Amil yang memegang pistol ditembak menyebabkan pistol terjatuh.BANG!
Tembakan kedua mengena pada tangan kanan Amil."Aaarghhhhhh!! " jeritan Amil kedengaran memenuhi ruangan ruang. Amil tertunduk-tunduk menahan pedih kesakitan.
Tap... tap.... tap..
Ox berjalan menghampiri Ril.Dihalakan pistol tepat pada dahi Ril.
"Ada kata-kata terakhir?" Soal Ox.
"Heh.. Rossa..." sinis Ril.
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Fiksi Remaja[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...