"Hmmm... jangan dekat?"kata Ril sinis.
"ARRRRRGGHHHHHH!!!" Jeritan Abang Mail kedengaran. Dua pengawal yang bertugas terkejut sehingga melatah.
Dengan pantas mereka berlari ke arah jeritan tersebut.
"Bilik Encik Ismail??" Kata salah seorang pengawal.
"Eh.. terkunci ni." Balas rakannya.
Mereka terpaksa merempuh bilik itu kerana berkunci.
BAM!
"ENCIK MAIL!!!!!!" Kedua- dua pengawal menjerit ketakutan.
____ ____ ____ ____ ____
Di rumah kediaman Abang Farhan. (Ahli kedua Prankster)
"Harum~wangi dan bersinar, setangkai mawar di jambangan, dipuja- puja dalam jambangan, indahnya rindu sang kumbang...🎶🎶🎶" Farhan menyanyikan lagu kanak-kanak sewaktu di sekolah rendah.
Walaupun usianya hampir 20-an namun kenangan masih tersemat di jiwanya. Setelah habis menyanyi, dia melangkah ke bilik bacaan di rumahnya.
"Hmmm.. buku sejarah ? Boleh lah" dicapai buku tersebut lalu menghempaskan diri pada kerusi lembut. Dia khusyuk membaca sehingga terlelap bersama buku. Itulah sahaja cara untuk membuatkan dirinya tidur.
Kring!!! Kring!!
Deringan telefon rumah kedengaran pada pukul 1:00 pagi. Farhan terjaga.
"Erk..eh.. telefon? Malam-malam buta? Mail ke? Ni mesti hal kerja." Hati Farhan berbisik.
"Hello? Sape di sana?"
"Hai abang Farhan~ hehehe"
"Hmm... Mail takyah la main-main. Jangan buat suara budak. Cakap terus kau nak ape? Aku ngantuk ni."
"Bippppp.."
"Mail...?"
" tak ingat saya ke abang Farhan?"
"Suara tu...macam pernah dengar. Sape ni?"
"Hmmm... budak yang kene prank ngan abang la~~ masa abang menyamar jadi polis. Heeee"
"Kejap...hmm..ohhh!! Ingat. Budak tu eh. Haaa adik nak ape? Kenapa call malam- malam ni?"
"Abang tengah baca buku sejarah Perang Dunia Pertama sebelum tidur?"
"Ha ah..eh?" Farhan terdiam. Macam mana budak tu tahu. Dia tinggal di tingkat lapan dalam rumah kondominium. Bilik bacaannya pula berdekatan dengan jendela.
"Hahahahaha...bippp"
Telefon dimatikan terus oleh Farhan.
PANG!
___ ____ ____ ____ ____ ____
Pada pukul 3:00 pagi.
Di rumah Abang Zaim. (Ahli prankster yang terakhir)
Zaim sudah tidur dengan nyenyak kerana kepenatan akibat kerja yang banyak pada waktu siang.
Shrenk....shrenk....
Bunyi cakaran pada cermin menyebabkan tidur Zaim sedikit terganggu.
BUM!
bunyi buku terjatuh.
Ktang! Ktang!
Bunyi loceng.
"Hoi! Senyaplah! " Zaim mulai geram.
Dia bangun dan membuka suis lampu.
Ktak!
Lampu dibuka. Tiada apa-apa di dalam biliknya malah buku yang jatuh juga tiada.
""Hmm...aku mimpi kut""bisik hatinya.
Kemudian dia ingin menyambung tidur namun pintu biliknya yang terkunci diketuk.
Dalam keadaan mamai dia membukanya.
"Hai abang Zaim..nah air milo. Saya buat khas untuk abang."
"Oh..terima kasih. " Zaim terus meneguk air milo tersebut kerana memang dia kehausan.
Apabila sudah habis dia memberikan semula pada budak di hadapannya.
Lalu menutup pintu dan terus baring di atas katil.
"Eh! Siapa pulak budak tu!" Baru Zaim tersedar.
"Bukan ke aku tinggal sorang-sorang." Katanya perlahan.
Akibat rasa ingin tahu, Zaim membuka semula pintu biliknya.
Sehelai kertas berada di lantai di luar biliknya. Dia mengambil helaian itu.
"Hmmm.... kesakitan? Pernah rasa? Semoga panjang umur. Heh"
ZAP!
____ _____ _____ _____ _____
"Saspek kejadian jenayah mencederakan tiga ahli prankster masih belum ditemui.
Mangsa pertama, Encik Ismail cedera di bahagian pinggang akibat ditikam. Dia dijumpai oleh dua orang pengawal yang bertugas.Mangsa kedua, Encik Farhan ditemui pengsan di rumahnya oleh kakaknya yang pulang ke rumah untuk ambil dokumen yang tertinggal. Apabila melangkah masuk dia terkejut melihat adiknya terbaring berlumuran darah akibat diketuk pada bahagian kepala dengan objek keras sehingga menyebabkan kecederaan di kepala. Didapati objek tersebut ialah periuk.
Mangsa ketiga, Encik Zaim juga ditikam namun pada bahagian bahu. Mangsa juga ditemui pengsan oleh rakan serumah yang baru pulang dari kampung.
Ketiga-tiga mangsa mengatakan saspek ialah seorang budak yang pernah mereka 'Prank' sebelum ini. Malangnya rekod mengenai saspek tersebut tidak dijumpai.
Tambahan pula, saspek sempat melarikan beberapa barangan berharga ketiga-tiga mangsa. Jumlah kerugian beranggaran RM100000.Berita seterusnya.. mengenai sukan..."
"Wah..... aku masuk tv." Kata Ril lalu menekan punat merah. Tv ditutup.
"Barang-barang curian telah diserahkan kepada dia.... wah... kaya...hehehehe" ujar Ril sambil tersenyum.
"Oh ya... malam ni.... Amil? Mana agaknya kau lari eh? Eheh.. ahahaahahaha. " Ril memegang pisau belatinya yang telah bersih daripada darah.
Dihalakan pisau ke udara.
"Hmmm...macam la aku tak tau mana kau sembunyi." Sinis Ril.
YOU ARE READING
PENCURI MALAM ✔
Teen Fiction[KEN SIRI 1] "Aku Ril.. Aku tak suka diganggu. Kacau aku? Hehehe... kita tengok kau boleh buka mata tak esok pagi?" "Malam...aku suka malam... " "Wah.... nak kacau aku? Heh.." Pisau belati miliknya diputar-putarkan. Senyuman sinis diberi. Adakah ben...