Tik3
Hanya kedengaran Jarum jam berdetik, suasana yang gelap dan sunyi,
Rantai besi mula berbunyi memecahkan kesunyian
Aku tersenyum herot, mataku tidak lekang memandang mangsa-mangsaku. Cukup kesemua lima manusia yang aku mahukan
"Manusia-manusia aku dah kata jangan cari pasal dengan aku..tak dengar..sekarang tiba masa aku tuk balas dendam"
-FLASHBACK-
2015Aku menginjak masuk ke tingakatan lima dan kesekolah baharu,suasana aku tak berapa endahkan yang penting aku mampu teruskan kehidupan aku.
Aku jenis manusia yang senang berbincang dan prinsip aku hanya satu aku adalah aku, kau kacau hidup aku akan pastikan kau takkan bahagia.
Ya, aku tahu aku sedikit psiko tapi aku tak kisah janji aku bahagia dan aku tak ganggu hidup yang lain.
Pada mulanya sekolah disitu ok tiada masalah kecuali MEREKA.
MEREKA mula menganggu hampir seluruh hidup aku di sekolah itu.
Bila aku jalan MEREKA sadung kaki aku. Bila aku makan mereka tarik makanan aku dan campak dan paling aku menyampah suara-suara mereka mengejek dan menghina seperti maruah aku hanyalah sampah dimata mereka.
Selalunya hanya budak perempuan yang selalu melakukan pekara begitu tapi tidak MEREKA adalah lelaki yang dayus dimata aku sebagai seorang perempuan.
Aku takkan lupa saat yang bagi aku adalah paling menyakitkan.
"Wei perempuan kau ni dahlah burok semaklah!" Faruq salah seorang geng mereka.
Tanpa sedikit rasa simpati tong sampah hitam ditepi koridor diambil dan diserkup kepala aku didepan semua warga sekolah yang ada disitu.
Semua manusia disitu ketawa ke arahku, waktu itu semuanya terasa begitu perlahan dan dendam mula membesar dan hampir meletus tapi kerana aku ingin mengambil spm aku bertahan dengan ketawa-ketawa yang sungguh menyakitkan telinga dan hati aku.
Sebelum aku lupa, mereka yang aku katakan adalah kunpulan kuat buli disekolah itu
Faruq
Apai
Zack
Helmi(ketua kumpulan)
tiharPada mulanya aku tak ingin langsung mengetahui tentang mereka walaupun nama mereka, tapi kerana dendam yang semakin merebak aku takkan lepaskan mereka dengan mudah.
End FLASHBACK
Aku tersedar apabila aku mendengar rantai besi belaga, jariku mengurut bibir keringku, senyuman herot mula terukir.
Mataku hanya fokus pada lima orang manusia yang dirantai didepanku.
"Goodmorn..ight..slave?" suara sinisku bergema.
Mereka cuba melepaskan diri daripada rantai besi tetapi gagal.
"Wei kau lepaskan aku bodoh!" Tihar menjerit padaku.
Aku bangun daripada dudukku, ku berjalan ke arah tihar.
"Lepaskan kau? Cuba bagi aku sebab KENAPA, aku kena lepaskan kau!?" Aku menekan tepi pipinya.
Mataku menjengil keluar sambil gigiku ketap. Ikut nafsu aku ingin sahaja aku bunuh mereka but itu takkan puaskan aku. Mereka perlu mati selepas seksaan aku.
"Apa masalah kau perempuan!!" Jerit zack
Aku ketawa perlahan badanku mula menukar posisi ke arah zack.
"Apa? masalah aku? Kau tanya aku apa aku nak?..aku nak koranglah..SEBAB! Korang dah menyusahkan hidup aku!" Suaraku yang mulanya manja terus bertukar tinggi seperti orang gila.
"Gia apa kau nak..." helmi bersuara lemah mungkin masih belum sedar sepenuhnya kerana ubat tidur yang ku berikan pada mereka 3 jam yang lalu.
Aku berdiri di depan helmi tangan kananku memegang perutnya dan menaik hingga ke bahu, aku mendekatkan mukaku ke telinganya.
"Aku nak seksa korang sampai korang mati, aku nak korang rasa betapa sakitnya aku dengan apa yang korang buat.."
Perlahan mukaku memandang wajahnya, mata kami bersatu,Jariku menyentuh bibir keringnya, satu senyuman tiada di bibirnya yang pucat.
Mata helmi tidak berkalih dari memandang mataku, aku hanya mengahdiahkan satu senyuman yang menggoda+menyeramkan dan perlahan aku kembali duduk dihadapan mereka.