DISGUSTING

20.5K 241 0
                                    

Aku yang daripada tadi rancak menari berhenti perlahan-lahan dan berdiri didepan faruq.

Aku memandang faruq membuat aku teringat kisah lama

FLASHBACK

Aku mengesat tepi bibirku, seluruh badanku kebas.

Aku mengeluh, mataku tutup menahan kesakitan. Aku menyandarkan badanku ke dinding.Belakang sekolah adalah tempat yang paling selamat dan tenang untuk aku.

Aku tahu ini semua rancangan mereka dan aku ada bukti untuk diberikan pada guru disiplin. Tapi aku tahu itu semua sia-sia kerana guru disiplin lebih percayakan mereka sehingga segala bukti yang aku berikan tidak dilayan.

Manusia. hanya dengan lakonan mereka dapat hidup di dunia abad ini.

Kaki aku terasa lemah tidak larat menapung beratku, aku merelakan diri aku rebah di atas simen lantai.

Letih,penat, sakit,marah semua aku rasakan pada masa ini tapi ku pendam dan kawal hanya kerana satu sijil(SPM) itu aku bertahan. Aku tak tahu mengapa aku inginkan sijil itu sedangkan mak bapak aku boleh menampung kehidupan aku walaupun aku bodoh dan aku masih boleh mewarisi syarikat bapaku walaupun aku tiada kelulusan.

Aku perlukan sijil itu hanya untuk melengkapkan sijil2 yang lain. Aku tahu itu hobi yang pelik tapi ini aku mengapa aku perlu kisah apa yang mereka pikirkan

Aku cuba untuk melelapkan mataku sebentar.

Tiba aku terasa  tangan kasar menyentuh betisku dan menjalar ke atas aku buka mataku secepat yang mungkin. Badanku tidak berdaya untuk berlawan tapi aku masih ingin menjaga kehormatan aku.

Faruq!. Tak guna!. Dia bertindak sewaktu aku lemah tapi kenapa hanya dia seorang mana empat rakan sejahanam dia? Hati aku berbisik.

Tapi persoalan itu hilang bila sentuhan faruq lebih menakutkan. Faruq menghimpap tubuhku aku dan cuba membuka bajuku.

Aku cuba menolak sekuat yang mungkin dengan tenaga yang masih bersisa.

Faruq semakin galak menyentuh setiap inchi badanku, faruq memegang kuat kedua tanganku supaya aku tidak dapat memukulnya lagi.

  "Diam!, aku kata diamkan!" Suara garau faruq membuatkan aku ketakutan.

Tetapi maruah aku lebih penting bagi aku, aku tak mengindahkan faruq dan cuba sedaya aku untuk meloloskan diriku.

Pang!, satu tamparan melekat dipipi kiriku yang baru sahaja ditumbuk tadi.

Ternaik dada aku menahan sakit, kepalaku toleh kekiri.

"Aku dah kata diam..degil, kan dah kena.."

Airmataku mula berlinaran.tak, tak aku tak nak hilang benda yang aku jaga selama ini. Tolong sesiapa selamatkan aku hatiku mula meronta meminta bantuan dek kerana suara sudah tidak dapat aku keluarkan.

  "FARUQ!!" Helmi memanggil faruq. Faruq menghentikan perbuatannya dan berlari meninggalkan aku tetapi sempat lagi dia meraba-raba tubuhku.

Airmata aku masih tak berhenti walaupun faruq telah lama meninggalkan aku. Terasa jijik seluruh badanku.

Tangisanku semakin kuat dan kuat. Aku ingin menjerit sekuat hatiku tetapi aku sudah kehabisan tenaga hanya esakan demi esakan yang kedengeran daripada kotak suaraku. badanku mula mengerekot , tanganku menutup mataku , maruah aku!! kerit didalam hati aku

Aku pengsan akibat terlalu letih yang aku sedar bila aku bangun aku di hospital.

Siapa?, dimana? Dan bagaimana aku boleh berada disini semuanya menjadi tanda tanya kepada aku.

-END FLASHBACK-

MY TORTUREWhere stories live. Discover now