Helmi meneliti project antara syarikatnya dengan syarikat najia laura.
"Najia laura.." bibir helmi menyebut namanya
Rasa seakan biasa disebut dan biasa didengari.
Tiba helmi diserang migrain seperti suara2 yang mengembalikannya kedalam masa silam.
Perasaan jadi celaru diurut dahinya namun peningnya tidak beransur hilang. Suara satu perempuan yang dirinduinya. Tapi siapakah dia?
Ahhhh! Dunia seperti berputar 360. Pantas helmi mengambil ubat penenang didalam lacinya dan ditelan.
Helmi menenangkan diri dilentokkan kepalanya dikerusi. Matanya dipejam
Ubat yang tadi ditelan dalam setengah jam sudah memberi kesan.
Suasana terasa kosong sunyi dari suara suara yang menyakitkan kepala tadi.
Tak tak tak... bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya diketuk
"Masuk.." helmi bersuara
"Encik helmi harini encik helmi ada meeting dengan en daniel pada pukul 3 petang dekat syarikat seri mas"
Helmi mengerling matanya pada jam tangannya yang menunjukkan sudah pukul 12.30 tengahari.
"Okay noted..ade ape2 lagi?"
"Pastu kita ada masalah kat tapak pembinaan.."
" okay i will go there untuk tengok masalah dia..lagi?"
"Thats it en helmi" sara menunduk hormat dan berlalu pergi.
Helmi bangun mengambil briefcase dan berlalu pergi. Meneruskan urusan kerjanya.
Anda pikir saya ada masa untuk sakit kepala?