Aku kalah daripada mula aku jumpa kau sehingga saat aku menyiksa kau, aku kalah dan aku tak pernah menang.
Najia laura kau perempuan yang menggoncangkan hati aku sebab itu aku benci kau dan selalu buli kau. Aku tahu apa yang aku buat pada kau melebihi batas kau sebagai seorang perempuan. Tapi waktu itu aku tak boleh menerima kenyataan yang aku jatuh cinta kerana itu aku ingin hapuskan kau dalam hidup aku.
Semuanya aku tak dapat luahkan walaupun aku di gari seperti ini.
Lamunan aku terhenti bila aku mendengar suara faruq.
Aku menoleh ketepi dan mendengar setiap perbualan dan apa yang gia lakukan.
Aku tak salahkan gia lakukan itu pada faruq kerana aku ada di tempat itu pada masa itu.
FLASHBACK
Bukan niat aku menolak gia daripada tangga selepas menumbuk mukanya. Waktu aku bergaduh dengan gia aku tertolak gia sehingga gia terjatuh daripada tangga.
Aku melihat gia terbaring.sekejap. gia bangkit dan memaki hamun aku sebelum beredar daripada situ dengan keadaan lemah.
aku mula rasa bersalah dan mengikuti gia sehingga kebelakang sekolah.
Hati mula ingin mendekati dia tapi ego menguasai aku. Aku hanya memerhatikan gia daripada jauh. Gia mengesat tepi bibirnya, Hati aku rasa seperti ditoreh apabila melihat keadaan gia. Dayus.
Lama aku disitu sehingga faruq tiba dan menyentuh gia.
Saat itu terasa naik darahku hingga ke otak,nafasku mula tidak stabil,gigiku ketap.
Aku mula mengempal penumbuk saat faruq menyentuh gia. Tak guna punya member! Getus hati aku.
Aku menjerit daripada jauh namanya, faruq berhenti dan berlari meninggalkan gia yang terkulai layu.
aku berdiri disitu lama, memastikan yang gia sudah pengsan.
Setelah aku pasti yang gia sudah pengsan, Aku mula mendekati gia lalu aku menyentuh setiap inchi tubuhnya dengan lembut dan berhati-hati. Penuh dengan kesan lebam dan luka sana sini di badan gia
Waktu itu aku merasa kekesalan dalam diri dan rasa simpati apabila melihat gia. Aku Terasa sungguh bodoh. Aku mula mengetuk-ngetuk kepala aku dan menumbuk dinding berulang kali.
Buku limaku yang mula berdarah akibat luka tumbukan aku sendiri tak ku hiraukan, rasa sakit hilang kerana hati aku lagi sakit pada saat ini.
Airmataku mula jatuh kepipi, perasaanku bercampur aduk. Kata hati aku tak berhenti memaki hamun diri aku sendiri. Dasar lelaki dayus kau helmi.
Aku mengangkat gia kedakapan aku.
"Maafkan aku gia..aku bodo..aku cintakan kau tapi aku bencikan perasaan ini sebab tu aku siksa kau gia aku minta maaf.."
Aku mula menangis teresak-esak sambil memeluk erat seeratnya tubuh gia yang terkulai layu.
Hati aku sakit setiap kali menyakiti gia tapi aku lebih menangkan ego aku.
Lama aku disitu. Menyesal dan membenci diri aku sendiri.
Setelah aku berasa stabil dengan diriku, aku mengendong gia dan bawa dia ke bilik rawatan. Aku meminta jururawat disitu merahsiakan siapa yang menghantar dia ke bilik rawatan. Bagi aku cukuplah dia tahu betapa jahatnya aku.
Sejak hari itu, aku tak berhenti menyalahkan diri aku.
END FLASHBACK