Bab 1 : Baru

16.8K 227 42
                                    

Bayu pagi meniup lembut pipiku membuatkan aku terjaga daripada lena. Tingkap bilikku terbuka seperti biasa kerana tabiatku memang begitu, gemar membiarkan tingkap terbuka semasa tidur.

"Farrr, bangun! Dah pagi. Hari ni kan dah sekolah." Ibu berteriak daripada tingkat bawah. Mengejutkan aku kerana hari ini hari pertama persekolahan buat aku di tingkatan 4.

Mataku memang sudah terbuka selepas jam loceng aku berbunyi. Aku tidur lena malam tadi kerana penat menyediakan barang persekolahan untuk hari ini. Aku bangkit daripada baring, duduk seketika di kaki katil. Merenung baju sekolah aku yang sudah diseterika malam tadi tergantung pada pintu almari.

Dengan samar-samar cahaya dari luar, aku melangkah ke arah bilik mandi di dalam bilikku dengan longlai. Masih mamai. Aku segera mandi sebelum adik lelaki aku di bilik sebelah bangun. Ammar memang lambat mandi. Umurnya 12 tahun. UPSR tahun ni.

Aku segera bersiap. Menyarung pakaian sekolah serba baharu aku. Lalu aku bentangkan sejadah di penjuru bilik untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat, aku menyandang beg sekolah yang tiada isinya keluar daripada bilik. Maklumlah, hari pertama sekolah, siapa yang rajin bawa semua buku amatlah dipersilakan. Dah jelaslah orang tu bukan aku.

Aku pergi ke bilik Ammar untuk mengejutkan dia. Senang kerja aku, dia dah memang jaga. Excited budak ni nak sekolah. Kau tunggulah sekolah menengah dik. Pasti kau jadi macam aku. Cukup liat nak bangun pagi, pergi sekolah.

Aku membiarkan Ammar untuk bersiap dan terus menuju ke tingkat bawah. Terus ke meja makan di dapur. Melihat aku yang baru tiba, ibu dan ayah serentak mengucapkan selamat pagi.

"Morning, ayah, ibu," aku membalas.

"Adik kau mana?" Tanya ayah.

"Dia tengah solat lagi kot," aku reply.

"Dah, duduk sini minum ni. Ibu dah bancuh milo," ibu pelawa aku duduk bertentangan dengannya.

Memang kebiasaan aku minum segelas milo sebelum ke sekolah. Macam budak-budak kan. Tapi aku memang tak boleh minum atau makan benda lain waktu pagi. Kalau tak, aku akan sakit perut. Pelik~

Adik tiba menggalas beg sekolahnya yang penuh dengan buku teks dan buku tulis. Aku cuma tergelak kecil melihatnya.

"Sanggup kau bawak semua tu g sekolah?" Tanya aku.

"Eh mestila. Aku kan rajin. Tak macam kau. Beg angin je g sekolah," Ammar menyakat aku.

"Aku kan bijak. Kau apa tau Mar," aku tak mahu mengalah.

"Eeeeleh bijak lah sangat,"

"Sudah-sudah laa menyakat adik kau tuu," ibu meleraikan kami.

Aku cuma tergelak sahaja melihat adik masih membuat muka annoying dia berharap aku nak marah and then kena marah dengan ibu.
But then aku sengaja nak buat dia annoyed.

******* ******* ******* *******

Oleh kerana ayah pun mahu ke pejabat, sesudah sarapan, aku dan Ammar pun dihantar ke sekolah sekali. Selamat lah sekolah rendah dengan sekolah menengah hanya bersebelahan. Ayah terus memandu lalu ke tempat kerjanya setelah menghantar kami berdua.

Aku pun mengorak langkah ke arah sekolah. Macam-macam perasaan dan benda yang terbayang dalam otak aku sekarang ni. Nervous, excited, takut pun ada. Nasib lah bukan sekolah baharu. Dah empat tahun aku kat sini. Feeling macam ni dah biasa. Dah senior la katakan. Terasa macam dah boleh buli junior pulak. Senyum aku sendiri dalam dingin udara pagi tu.

Sangkut (COMPLETED)Where stories live. Discover now