Macam biasa lah, first day, first period, mesti guru kelas yang masuk. Puan Noraida tiba. Dari jauh lagi dah boleh dengar bunyi kasut tumit dia. Budak-budak lain kata dia garang. Tapi taktau la sebab dia tak pernah ajar aku lagi. Mungkin indah rupa daripada khabar kan. Siapa tahu~
Pengenalan diberi. Puan Aida mula introduce herself kat kitorang. Bukannya tak kenal dia, cuma sebab ada ramai pelajar baru. Aku dapat masuk kelas 4 Musytari, kelas sains nombor dua la maksudnya. Tak faham aku kenapa diorang letak nama planet as our classes names. Kelas sains satu dengan dua pelajar dia dibahagi sama rata. I meant, yang pandai gila dengan yang pandai je dibahagi supaya seimbang.
Lepas tu, kami disuruh untuk perkenalkan diri masing-masing pulak. Ye la, dah ramai pelajar baru kan, kena la intro. LOL. Sorang-sorang bangkit dari duduk and kenalkan diri masing-masing. Dah macam baru masuk sekolah pulak. Technically yes, but you know what I meant.
Selang beberapa pelajar, tiba-tiba pintu kelas diketuk, datang kerani pejabat dengan beberapa helaian kertas dia pegang. Belakang dia ada someone. Macam student baru. Apape je lah. Tak kisah sangat pun pasal budak-budak baru ni. Pakcik kerani tu pun borak kejap dengan cikgu. Pastu dia serahkan kertas yang dia bawak tadi kat Puan Aida. Then dia panggil budak yang ikut dia tu masuk. Terkejut gak aku sebab budak tu budak yang aku ter on crush untuk 5 saat pagi tadi.
Ok, aku abaikan dia. Dia masuk ke kelas. Nampak macam bakal jadi hot stuff kat sekolah ni. Ada rupa, badan pun boleh tahan.
Puan Aida melihat sekeliling kelas untuk seat kosong. Oleh kerana bilangan pelajar dalam kelas ni ganjil, so ada satu meja yang kena letak berseorangan kat belakang kelas. Berseorangan eh meja. What ever lah. Aku tak faham asal diorang ni slow sangat. Susun jela 3, 2, 3, 2. Kan boleh. Abende lah.Oleh kerana aku masuk awal tadi, aku dapat pilih tempat kat meja yang berseorangan ni. Tempat ni betul-betul bawah kipas paling belakang. Nasib kipas ni elok. Kelas lain kebanyakannya kipas last ni dah jahanam. Entah macam mana guna kipas. Bergayut cuba gantung diri kat bilah kipas kot. Or mungkin cuba try test kekukuhan tulang diorang kot. Abende la budak-budak ni.
Tapi sebab ni jugak, aku kena bawak budak baru ni g equipment store untuk ambil kerusi dengan meja. Dah la stor tu kat tingkat atas. Sekolah ni pun pelik jugak, naik tingkat atas, tapi still ground floor. Kalau budak baru mesti sesat. Tapi sebab nak pertahankan tempat duduk ekslusif aku, terpaksa la aku tolong budak ni.
Dalam perjalanan ke stor tu, hati aku yang dari pagi tadi dah memang rasa lain macam ni tiba-tiba terasa macam nak rapat dengan budak baru tu. Well, since Sari masuk kelas atas, aku macam alone pulak tanpa BFF aku tu. Bukan la nak ganti tempat best friend aku, cuma nak tambah sorang dua. Apa salahnya kan.
So aku pun mengorak langkah. Budak tu jalan kat belakang aku. Aku toleh kat dia, then aku slow down sebab nak jalan sebelah dia. Aku hulurkan tangan sambil senyum.
"Azfar,"
Dia sambut tangan aku and senyum balik.
"Raykal,"
Shit! Dah kenapa dengan aku ni. Aku macam melt kejap bila tengok dia senyum. Nak kata cute, handsome, ramai lagi dak laki yang cute and handsome dalam sekolah ni. Asal la aku pelik sangat boleh on crush pulak kat budak Raykal nii.
Aku jadi malu kejap. Muka aku blushing. Kulit aku putih, so if blushing, nampak obvious. Aku cuba kawal diri aku. Otak bercelaru kejap. Jam. Central nervous system breakdown kejap. Aku blur. Tak tau nak jawab apa.
YOU ARE READING
Sangkut (COMPLETED)
RomanceKisah ni bukan macam cerita yang ada watak utama yang kaya raya, ada segalanya. Cukup dengan rupa yang tak seberapa, kehidupan sederhana. Kita twist sikit. "Azfar," Dia sambut tangan aku and senyum balik. "Raykal," Azfar melepaskan kekasihnya untuk...