Hari ni Jumaat. Dekat sekolah memang akan adakan bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat untuk pelajar Muslim.
"Kat sini masjid paling dekat kat mana eh Far?" Raykal tanya aku sebaik lepas habis bacaan Yaasin tadi.
"Kalau dari sekolah ni ada tiga. Satu dekat taman perumahan kat area Giant tu. Satu dekat taman perumahan sebelah highway tu. Tapi yang tu jauh sikit kena pusing. Ada satu lagi dekat dengan rumah aku. Nanti kau balik sekali je la dengan aku. Tak kang sapa nak tunjuk kau jalan gi masjid lain tu," aku jawab panjang lebar dekat Raykal.
Bosannya hari tu. Tak ada benda nak cerita.
Habis je waktu sekolah jam 12:30 tengah hari. Aku, Raykal dengan Ammar mula jalan keluar kawasan sekolah pergi tempat tunggu bas lepas jemput Ammar dekat sekolah rendah.
Sebab tunggu bas bukan main lama tadi, sampai je rumah aku, waktu azan dah dekat. So kitorang terus jalan ke masjid dengan baju seragam dengan beg kitorang tu. Aku dah biasa macam ni selalu. Sebab nak tunggu bas Rapid memang selalu lambat. Nama ja rapid, tapi menunggu hampir sejam kadang lebih.
"Pergi macam ni je ke? Tak payah tukar baju apa semua?" Tanya Raykal pelik.
"Yupp. Kalau balik rumah dulu mandi semua kang tak sempat nak kejar azan. Lagi pun masjid ni kalau kita lambat dah penuh. Tak dapat nak solat. Takpe la, bukannya kotor kan baju kau?" Aku jawab pada Raykal.
"Oh. Camtu eh. Okay," Raykal angguk tanda faham.
Selesai solat Jumaat, aku ajak Raykal lepak rumah aku. Dan macam biasa lah, aku pinjamkan dia baju. Sebab sementara nak tunggu ayah balik kerja, aku suruh dia duduk situ dulu. Kalau naik bas membazir.
Petang tu dalam pukul 4, Sarizuan datang rumah ajak kitorang main bola dekat padang taman sebelah. Aku apa lagi, memang on lah. Raykal pulak lepas aku offer kasut dengan shorts bola aku, baru dia setuju nak join main sekali.
Main sampai tak ingat dunia. Dah terbiasa, lepas Asar tadi kitorang gerak ke padang ni. Sampai lah sekarang dah nak Maghrib baru end game. Apa salahnya kan. Daripada duduk rumah tak buat apa. Membazir masa jugak. Elok keluar main bola. Berfaedah sikit.
Kitorang terus balik rumah lepas tu. Aku ajak Sarizuan dengan Raykal stay sekali dengan aku malam ni. Malam minggu kan. Biasa lah anak muda nak melepak. Haha.
Balik je rumah, semua dah ada kat rumah.
"Yah, hari ni Zuan dengan Kal tido dengan orang tau," aku bagitau dekat ayah yang tengah nak ke tandas ambil wuduk nak solat Maghrib.
"Ah bagus lah tu. Naik mandi cepat, turun ni solat sama. Cepat ayah tunggu. Pastu tolong ibu panaskan lauk untuk korang," arah ayah pada kami bertiga.
"Baiklahh," jawab kami bertiga.
Kami bergegas mandi. Aku dengan Raykal mandi sekali. Sarizuan pulak mungkin sebab belum biasa dengan kitorang macam ni, dia sanggup tunggu sampai kitorang siap mandi.
"Haaaa buat apa haaa dalam tandas sama-sama??" Ammar dari dalam bilik dia menegur lepas dengar aku dengan Raykal bergelak ketawa dalam bilik air tu masa mandi. Shit lah budak ni. 😂
"Ah kau diam ah Mar. Kitorang tengah menikmati saat bahagia bersama nii," kitorang cuma gelak lepas tu. Sarizuan yang tengah duduk layan phone kat luar bilik air pun tergelak sekali.
"Eeeeeeeee lengkuas! Aku report kat ibu. Habis la kau. Kena halau rumah nanti. Padan muka kau!" aku dengar dia gelak lepas cakap macam tu.
"Ha kau report la yang bukan-bukan. Aku report kau dating kat kantin dengan Amyrah dekat ibu kang. Kau try ah. Pastu nanti aku kena halau kang tinggal la kau sorang. Sapa lagi nak tolong kau buat semua benda. Spender kau pun aku yang basuh, aku yang jemur. Berangan nak tinggal sorang," ugut aku dekat budak kecik yang banyak mulut ni.
YOU ARE READING
Sangkut (COMPLETED)
RomanceKisah ni bukan macam cerita yang ada watak utama yang kaya raya, ada segalanya. Cukup dengan rupa yang tak seberapa, kehidupan sederhana. Kita twist sikit. "Azfar," Dia sambut tangan aku and senyum balik. "Raykal," Azfar melepaskan kekasihnya untuk...