*******
Fair warning, this chapter inculdes tasty scenes. 😘
*******
Esok dah Jumaat, 10 haribulan April 2015. Lusa pulak hari yang bermakna untuk Raykal. Hari lahir dia yang ke 16. Aku dengan Sari dah plan awal nak buat kejutan untuk dia.
Ini boek punya plan aku dengan Sari rancang. Kalau tak menangis tu tak sah. Hahaha
Jadi petang tadi, lepas balik sekolah, aku terus singgah Secret Recipe belikan Red Velvet sebijik untuk dia. Aku tau dia suka kek ni sebab setiap kali pergi Starbucks, Dall Komm atau Secret Recipe, dia akan beli benda yang sama.
So cerita dia, hari Jumaat tu, kitorang satu kelas palau dia. Kalau tak palau, kitorang layan dia buruk. Asyik marah-marah, tinggi suara kat dia. Kesian weh aku tengok dia.
Dengan Puan Lau pun ikut join sekaki pekena Raykal. Gentle aku tengok dia kesian tak tau apa-apa.
"Raykal, tolong I ambil my handbag kat bilik guru. Now go," kata Puan Lau dalam kelas 30 minit sebelum loceng nak balik bunyi. Muka pun ketat je. Pandai betul cikgu aku ni berlakon. Wajib menang OSCAR.
Raykal pulak dengan muka sedih dari tadi dok kena palau, dengan berat kaki, pergi laa naik atas ke bilik guru. Dia tak tau kejutan apa yang tunggu dia kat sini. Haha
Lepas je dia naik atas, kami dalam kelas pun terus set up meja, belon, dengan benda yang letup-letup keluar sampah tu. Menggelabah semua. Adam tukang jaga kat tangga. Tengok kalau-kalau dia dah nak sampai.
Dah siap prepare, tutup pintu, tutup tingkap, tunggu Raykal turun.
Raykal bukak je pintu kelas,
SURPRISEEE!! 🎉🎊🎉🎊
Kitorang sergah dia sambil nyanyi lagu Happy Birthday waktu dia masuk.
Muka dah merah tahan air mata. Aku bawak kek tu sua depan muka dia. Lepas habis nyanyi je dia tiup lilin nombor 16 yang aku nyalakan tu.
Okay ini kali kedua dia menangis depan aku. Sambil cover macho dia lap air mata kat pipi tu. Hahaha
Serius dia menangis. Ye la doh siapa je tak menangis kalau kena prank macam tu seharian. Mau kemurungan weh.
Aku letak kek, lepastu peluk dia. Budak-budak lelaki dalam kelas ni pun ikut sekali. Jangan ada perempuan yang menyelit sudah. Tibahh. Haha
Lepas tu kitorang potong kek, makan ramai-ramai. Sari pun ponteng kelas turun bawah ni. Haha
"Im here for the cake," kata si hantu air ni tadi. Hahaha. Tak apa lah. Hari lahir dia ni pun bulan ni jugak. Awal bulan haritu. Tapi kitorang tak buat macam ni pun. Cuma sambut kat McD je haritu dengan abang-abang dia sekali.
Lepas bunyi ja loceng akhir untuk minggu tu, aku pesan kat Raykal.
"Kal, simpan jam dengan cermin mata kau. Nanti kotor," aku kata kat dia. Dia ni dahla naif. Muka blur tak tau apa, ikut jela. Nasib la labu. Kau jadi cekodok kejap lagi. Ahaha
Kek tadi tak bersisa sikit pun. Maklumlah kitorang kan ikan pirannha. Lahap je semua. Jarang lah tak habis kalau macam ni.
Waktu nak balik, aku dah jalan dulu, tunggu kat gate belakang tempat aku gaduh dengan Raykal dulu tu. Kitorang ramai-ramai dah sediakan tepung dengan telur nak baling kat dia. Tunggu masa je ni.
Raykal keluar je dari pagar tu, semua campak tepung dengan telur kat dia sambil nyanyi lagi. Hahaha. Masalahnya sekarang ni, budak-budak yang bukan geng kitorang pun ikut melempar. Ikut lah nakk.
![](https://img.wattpad.com/cover/97976360-288-k408819.jpg)
YOU ARE READING
Sangkut (COMPLETED)
Любовные романыKisah ni bukan macam cerita yang ada watak utama yang kaya raya, ada segalanya. Cukup dengan rupa yang tak seberapa, kehidupan sederhana. Kita twist sikit. "Azfar," Dia sambut tangan aku and senyum balik. "Raykal," Azfar melepaskan kekasihnya untuk...