Bab 10 : True

6.2K 105 32
                                    

Sekarang dah hampir masuk second term. Exam pun dah dekat. Just around the corner. Masing-masing bertungkus-lumus menelaah apa yang patut. Ye la, ini kan first exam yang buat macam real SPM.

Aku pun tak kurang jugak. Belajar. Faham kan definisi aku punya belajar? Pergi meja orang and baca apa yang diorang baca. Aku je ke yang macam ni atau korang pun sama?

Anyways, back to the story.

Setelah sekian lama aku buat protes terhadap Raykal dengan Balqees, diorang pun mula tak kisah dengan kehadiran aku. Aku pun dah macam boleh move on dah dengan diorang. Malas nak ambil tahu pasal apa-apa.

Tapi sebenarnya dan sejujurnya, jauh dalam sudut hati aku, aku masih lagi rindukan kami yang dulu. Yang melepak sama and so on.

Satu hari tu, ada angin sampai kat aku dengan berita. Berita apa(?) Haa ni yang best. Berita lah khabar angin pasal ada orang yang nak sailang Balqees daripada aku. Siapa(?) Korang dah boleh agak kot.

Sungguh aku dah tak boleh nak tahan lagi. Macam mana pun, aku kena hentikan protes aku ni, aku kena buang ego aku, aku kena siasat benda ni. Aku kena selesaikan jugak hal ni. Make things clear for everyone.

"Sari, kejap lagi teman aku jumpa Raykal. Ada benda nak kena settle ni. Tak boleh nak biar lama-lama," aku ajak Sarizuan waktu rehat tadi lepas makan.

Hari ni Khamis. Balik awal. Tak ada kelas petang kecuali pelajar tingkatan tiga. Jadi lepas bunyi ja loceng terakhir hari tu, aku terus gerak pergi lorong belakang sekolah yang Raykal selalu guna untuk jalan shortcut balik rumah dia.

Dia keluar lambat sikit. Biasa la pengawas sekolah ni dah macam kerja ofis. Kena lapor kat bilik pengawas waktu datang dan sebelum balik. Macam-macam. Pengawas percubaan pun kena jugak.

Setengah jam aku menunggu Raykal kat situ. Naik menyirap jugak darah aku bila nampak dia jalan keluar dari pagar belakang tu dengan awek aku. Aku pun apa lagi lah dah naik hantu, terus campak beg aku ke tepi, terus jalan pergi kat diorang.

Waktu tu mata aku dah merah. Muka aku merah. Tahan air mata, tahan marah. Aku cekak leher baju Raykal dengan tangan kanan aku, tangan kiri dah tinggi sedia nak hayun kat muka dia ni.

Allah. Mujur Sarizuan sempat halang aku waktu tu. Dia tarik tangan aku kuat. Tapi genggaman aku pada leher baju Raykal lagi kuat.

Masing-masing tergamam. Tak sepatah perkataan pun keluar dari mulut sesiapa. Sampai lah si perempuan ni bukak mulut.

"You! Apa ni you buat? Eh lepas lah!" Sambil dia tolak aku dari Raykal.

"Kau nak rampas Qees daripada aku ke Raykal? Macam ni ke kau buat kat kawan sendiri? Aku fikir kita kawan rapat selama ni. Tapi kau..." Ayat aku habis kat situ. Air mata aku mula jatuh. Kepala aku panas dengan perasaan yang membuak-buak.

Sarizuan mula tepuk-tepuk bahu aku nak tenangkan aku. Aku tengok muka Raykal dah mula cuak. Timbul rasa bersalah pulak aku buat macam tu kat dia. Ah lantak. Ini semua salah diorang. Aku mangsa sekarang ni.

"Selama ni aku diamkan je. Aku pendam apa yang aku rasa. Apa yang aku nampak. Kau baru je jadi probation dah mula jauh daripada aku. Lepastu nak rampas Balqees pulak. Bukannya aku tak nampak semua tu Raykal. Jujur aku sakit hati, jujur aku terasa hati sangat-sangat bila kau buat macam tu. Mana kita yang dulu? Yang selalu buat semua benda sama-sama. Sekarang kau makin rapat dengan Balqees. Makin jauh daripada aku dengan Sari. Kenapa?" Aku demand jawapan ringkas dan padat daripada dia.

Sekian lama aku pendam. Sekali ni baru aku nak lepaskan semua. Tak kisah lah siapa yang kena. Yang aku tahu sekarang ni aku nakkan penjelasan diorang berdua. Dah tak tahan sangat.

Sangkut (COMPLETED)Where stories live. Discover now