Pagi-pagi dah gerimis. Aku dengan Ammar kat bus stop macam biasa. Sejuk dia bukan kaleng-kaleng weh. Rasa macam kat Lundun.
Lagu Slam - Gerimis Mengundang berputar dalam otak. Jujur aku kata aku masih tak faham apa yang jadi antara aku dengan Balqees. Kitorang still together ke tak eh?
Tapi tak apa. Aku dah move on. Kot. Halus je cara dia nak break dengan aku. Rasa nak menangis tu ada la sikit. Tapi bila fikir balik kan, buat apa nak bazir air mata for a small matter.
Walaupun sekarang dah last week of May, mid term exam pun baru je habis minggu lepas, aku still terkesan dengan benda yang jadi tu. Rasa pelik jugak la kadang-kadang sebab dah tak ada orang nak OTP sebelum tidur, tak ada orang nak wish morning, tak ada orang nak bising kalau aku buat salah.
Kecuali Raykal. Dia je yang selalu tengok aku. Yang selalu ada kat sebelah aku. Like literally sebelah aku.
*******
"Kau ni ok ke tak? Still takleh move on ke dengan Balqees?" Raykal tanya aku haritu.
Aku waktu tu tengah duduk termenung kat kantin lepas makan. Dia tengok aku masih termenung lagi, tak jawab soalan dia.
"Woi sepet! Kau dengar tak ni aku cakap apa? Termenung macam mati bini lah. Lek-lek dah la kau ni, aku kan ada," lepas dia jentik dahi aku.
Merah jugak la dahi aku tu dia starlight. Dia yang nampak tu. Lepastu dia peluk bahu aku dari tepi, gosok-gosok dahi aku yang merah tu, dia tanya balik;
"Aku tanya kau ok ke tak? Asyik termenung je. Aku risau la," kau boleh dengar nada risau dalam suara dia.
"Ye aku ok je. Penat sikit. Otak tengah jem lepas jawab addmaths tadi," aku cuba tukar topik awkward tu.
"Ha yelah. Ikut kau lah. Tapi kalau aku nampak lagi kau termenung macam ni, aku jentik lagi dahi tu. Ada faham?" Dia buat muka garang dia dengan jelingan maut tu. Haha comel je.
*******
Kitorang free seminggu ni sebelum cuti pertengahan tahun. Jadinya, Raykal akan kena hantar untuk pergi kem pengawas start esok. Aku fikir nak tuang je, dengan Raykal tak ada, Sari dah memang awal-awal lagi dia dah book holiday dengan family dia. Tapi ibu kata,
"Pergi jelah sekolah tu. Daripada duk rumah habiskan beras buat taik mata je. Pergi sekolah ada jugak lah faedah," dia kata kat aku pagi tadi lepas aku kata nak skip je seminggu ni. Tak boleh nak kata apa lah. Dah ayah pun ada time tu. Apple means apple lah ha gitew.
Cerita pasal Raykal kena pergi kem ni, ramai je pengawas lain pun yang boleh pergi. Tapi diorang semua malas berat bontot nak pergi. Natijahnya Raykal la yang jadi mangsa keadaan. Aku kadang malas jugak dengan budak-budak pengawas ni. Buat kerja pun entah macam apa. Kalau aku jadi ketua pengawas tu aku sebat sekor-sekor. Huahaha *gelak jahat*
Kem dia 3 hari 2 malam, kat mana tah tempat dia aku tak ingat haritu dia bagitau aku. Dekat area Genting Highland tu.
Aku berat hati lah nak jauh daripada dia. Ye la kan dah rapat macam ni. Kitorang pulak dah bersama. Apa benda aku cakap ni. Ha itu lah. Benda tu lah. Tak tau macam mana nak cakap. Apa yang korang fikir tu itu lah.
Tengah duduk-duduk, tiba-tiba Raykal cakap,
"Will you be my boyfriend?" Raykal tanya aku waktu rehat tu. Isnin kan, puasa sunat. So tak lepak kantin. Raykal pun.
Aku tengah main game, sandar kat bahu dia. Sambil dia main-main rambut dengan telinga aku. Aku tak tau lah dia ni serius ke apa ke kan.
Dia tengah duduk termenung tengok whiteboard. Bila aku pandang dia lepas dia cakap tu, dia pandang muka aku balik dengan muka comel dia yang selalu tu. Muka mintak sesuatu.
YOU ARE READING
Sangkut (COMPLETED)
RomanceKisah ni bukan macam cerita yang ada watak utama yang kaya raya, ada segalanya. Cukup dengan rupa yang tak seberapa, kehidupan sederhana. Kita twist sikit. "Azfar," Dia sambut tangan aku and senyum balik. "Raykal," Azfar melepaskan kekasihnya untuk...