Aku ni sekarang makin keliru dengan diri sendiri. Ye la mana tak nya. Aku bukan gay. Aku masih suka dan sayangkan Balqees but at the same time aku dah jatuh hati pada Raykal. Macam mana ni.
Ya Allah bantu aku. Sungguh aku buntu.
Sekarang ni dah minggu ke tiga bulan Januari. Aku, Raykal dengan Sarizuan semakin rapat. Kitorang dah macam adik-beradik, tak dapat dipisahkan.
Ye la, aku dengan Sari kan dah memang rapat. So bila masuk lagi seorang yang sama lemas masuk air, jadi lah Trio Musang. LOL
Tahun ni Badan Pengawas Sekolah bukak pendaftaran untuk pengawas lebih awal berbanding tahun-tahun lepas. Selalunya diorang buat bulan dua atau tiga macam tu. Tapi kali ni bulan satu lagi dah open for registration.
Atas saranan cikgu-cikgu dengan pelajar lain, Raykal pun lembut hati nak cuba jadi pengawas. Dia kan pujaan gadis-gadis kat sekolah. Even cikgu-cikgu perempuan pun lembut je bila layan dia. LMAO
Pernah sekali tu waktu rehat, kitorang tengah mentedarah kat dalam kelas, datang lah sorang akak pengawas tingkatan lima ni. Aku fikir nak kena halau sebab makan dalam kelas. Melecet... Rupa-rupanya dia datang semata nak mintak Ray jadi adik angkat dia. Agak terkedu jugak la aku kat situ.
"Ah akak. Sorry la. Saya bukan tak nak kak, tapi saya tak selesa la. Tak biasa. Hehe," sambil dia sengih macam kerang busuk kat akak tu. Ha sudah tu apa lagi, kena halau la. Kalau dia terima tu kan mesti dapat greenlight nak makan dalam kelas. Mesti boleh kautim dengan akak tu. Tapi tu lah. Hmm
Setiap kali nampak je akak pengawas tu, kitorang akan cuba sedaya upaya nak elakkan bertembung dengan dia. Dari jauh lagi kitorang akan tukar laluan. Dia pulak jenis pakai kasut ketak ketuk ketak ketuk bila jalan. Ha senang la nak kenal.
Akak tu pun bila nampak kitorang je jadi singa. Walaupun tak buat apa-apa pun kena jugak. Jadi automatik aku anti dengan dia. Jujur tak suka.
Siapa je yang suka kalau kau tengah duduk-duduk baca buku kat gazebo waktu rehat pun kena halau. LMAO. Dah malu la tu. Dasar lo cewek.
Back to cerita Raykal, dia ni boleh dikatakan setiap minggu mesti ada je sesuatu atas meja dia. Hadiah la, coklat la, surat peminat la. Yang peliknya bukan perempuan je bagi. Budak-budak lelaki pun tergedik-gedik duk terkinja-kinja bagi hadiah kat dia. Itu kalau aku smack sekali tu apa pun tak dapat.
Entah lah kenapa. Mungkin sebab aku jealous aku tak dapat macam tu. Atau aku rasa tercabar sebab ada orang cuba rapat dengan Raykal. Dia kan aku punya. Eh tiberr...
Pasal temuduga pengawas tu, Ray ada ajak aku dengan Sari join sekali. Tapi korang tau lah aku dengan Sari ni memang dari dulu lagi tak hingin nak jadi pengawas. Serabut bakhang. Study pun duk terkapai-kapai lagi. Nanti dah jadi pengawas lagi banyak benda nak kena hadap.
Natijahnya, kitorang cuma masuk PRS je. Sebab cikgu PRS tu ngam dengan kitorang. Senang lah. Lagi pun pangkat PRS dah hampir sama level dengan pengawas. Lebih kurang ja. Kerja pun tak lah banyak sangat. Cuma kena tolong kalau ada apa-apa keraian je. Pengawas pulak hari-hari kena jadi hamba abdi. LOL
Hari interview pun tiba. Aku dengan Sari teman Raykal pergi interview kat bilik pengawas. Mengekor je kan. Menyibuk je. Sekolah aku, suka hati lah. Hahaha
Balqees ada kat dalam sana dengan ketua pengawas, lepastu ada lagi beberapa orang pengawas lain. Aku awal-awal dah roger dekat Qees suruh dia kautim dengan pengawas lain undi Ray. Tapi aku rasa kalau tak buat macam tu pun confirm la Ray lepas. Dia kan idola semua. Entah apa ilmu dia pakai pun aku tak tau. Padahal tak buat apa pun. Tapi ramai je peminat dengan haters.
YOU ARE READING
Sangkut (COMPLETED)
Lãng mạnKisah ni bukan macam cerita yang ada watak utama yang kaya raya, ada segalanya. Cukup dengan rupa yang tak seberapa, kehidupan sederhana. Kita twist sikit. "Azfar," Dia sambut tangan aku and senyum balik. "Raykal," Azfar melepaskan kekasihnya untuk...