Malam itu mereka makan Samgyetang dengan penuh berselera. Dan nasib baik kawan muallaf Yeowoo, Ain Nuha Goo Aeri telah menayakan tentang kerja sekolah yang diberi oleh guru mereka pagi tadi.
Yeowoo pun dengan kelam kabut membuka buku sekolahnya. Nasib baik ada kawan macam Nuha! Kalau tak kepalanya akan mendapat buku terbang. Huhuhu.. Sesungguhnya itu adalah mimpi ngeri.
"Saya pergi dulu!" Yeowoo dengan tergesa-gesa menyarungkan kasut sekolahnya dan cepat-cepat nak pergi ke sekolah. Dia dah lewat! Yoongi yang berada di dapur hanya merenung Yeowoo yang tergesa-gesa itu.
"Yah! Sarapannya macam mana??" soal Yoongi. Yeowoo yang baru keluar dari pintu gerbang hanya melaung "Tak perlu!!!"
Kreekk..
Bam!
Mata Yoongi terkedip-kedip lalu dia memandang semula doh kimchijeon yang bakal masuk dalam pan yang tengah panas.
"Haa... Haa.. Akhirnya sempat jugak.." Yeowoo bernafas berat dan mengelap peluh yang turun di lehernya. Dia sampai sekolah tepat pada masanya. Teringat pula kejadian di depan pintu pagar.
5 minit sebelumnya~
Yeowoo mempercepatkan lariannya apabila melihat pintu pagar sekolah betul-betul berada di depannya selain itu, guru bertugas sedang melihat jam dimana dia akan tutup pintu pagar dalam pukul 8.
"YAARRGGHHH!!!" Yeowoo menjerit bagi melepaskan segala tenaganya. Dia belok untuk masuk kedalam kawasan sekolah dan masa tu juga dia melompat tinggi sampaikan pakcik guard dan guru bertugas itu ternganga melihat kelakuannya lalu..
PAK!
Yeowoo mendarat dengan sempurna di sebelah guru bertugas yang masih lagi dengan reaksinya dan daratan Yeowoo menyebabkan satu kawasan seperti terkena ribut angin yang di buat olehnya. Juga author tak tahu apa yang author mengarut namun, pada masa itu..
'Tet, tet, tett'
Pakcik Guard melihat jam tangan digitalnya dan ternganga. "Fuuyoo.. Kamu datang tepat pada masanya!" kata Pakcik Guard sambil menunjukkan jam tangannya. Pukul 8 tepat.
Yeowoo bangga, pada masa yang sama dia rasa lega sebab berjaya datang tepat pada masanya. Guru bertugas itu merenung pelik Yeowoo yang tersengih-sengih lagi disitu.
"Ha.. Tunggu apa lagi? Masuk kelas!!" Yeowoo tersentak mendengar jerkahan gurunya itu dan cepat-cepat meminta maaf lalu berlari masuk kelas.
"Yeowoo, kamu termenung apa tu? Mari sini! Jawab soalan kat depan" bahu Yeowoo terangkat lalu melihat seluruh kelasnya dengan muka blur sebelum memandang muka gurunya itu. "Saya?" soalnya pada masa yang sama jari telunjuknya menunjukkan kearah dirinya.
Guru mathnya menyengetkan kepala. "Kamu la sapa lagi??" Yeowoo tersengih-sengih melihat gurunya itu sebelum bergerak ke depan dan menjawab soalan gurunya dengan betul.
"Dah pergi duduk.." kata gurunya lalu menyambung pembelajaran mereka sehingga masa seterusnya.
"Wei Fahmi kau nak pergi mana??" soal Yeowoo pada Fahmi yang sedang mengambil buku teks dan buku latihan. Setahu Yeowoo, sekarang ni masa pendidikan moral.
Fahmi tersenyum."Alah sekarang kau Pendidikan Moral bukan??" Yeowoo mengangguk. "Aku dengan pelajar Islam lain Pendidikan Islam" katanya pada Yeowoo. Yeowoo membulatkan mulutnya dan berkata 'ooo'. "Okaylah aku pergi dulu, budak lain dah keluar bye.." ujar Fahmi dan berlalu pergi. "Bye.." balas Yeowoo. Dalam banyak pelajar Islam, dia paling baik dengan Nuha dan Fahmi.
Yeowoo berjalan di setiap lorong yang membawanya kerumahnya. Setelah lama mengharungi setiap jalan yang ada, dia akhirnya sampai di depan pintu gerbang rumahnya.
"Saya dan balik.." ujar Yeowoo sambil membuka kasut. Tak sampai 10 saat, kelihatan Yoongi yang baru keluar dari dapur berlari kearahnya.
"Yeowoo!!"
Shringg~ (bunyi effect japanese wind chime)
Mata Yeowoo terbeliak apabila badanya dipeluk oleh Yoongi secara tiba-tiba. "Akhirnya kau dah balik" ujar Yoongi perlahan. Yeowoo yang masih lagi terkejut hanya mengusap perlahan rambut Yoongi.
"Ke.. Kenapa ni??" soal Yeowoo manakala Yoongi mengeratkan pelukkan dia pada tubuh Yeowoo.
Namun selepas itu dia leraikan. Dia menghadap muka Yeowoo. "Tadi aku kemas laman belakang, entah kenapa tiba-tiba aku rasa tenaga aku ditarik keluar jadi aku tiba-tiba rasa sakit dan tak bermaya. Lepastu aku ingat balik yang Soul Crystal aku ada dekat kau sebab tu aku peluk kau. Aku nak rasa segar balik.." kata Yoongi panjang lebar pada Yeowoo.
"Habis tu kau tak masaklah??"
"Tak"
Yeowoo hanya mengangguk sahaja. Yoongi peluk Yeowoo lagi tapi kali ini Yeowoo hanya biarkan sahaja. Yalah, Yoongi tak sihat.
"Kau pergi baring, biar aku masak.." ujar Yeowoo dan melepaskan pelukkan Yoongi lalu mencampakkan beg sekolahnya ke dalam biliknya sebelum berlalu ke dapur.
Setelah selesai masak bubur ayam pada Yoongi dan kari ayam pada dirinya, Yoongi yang berada di ruang tamu terus bangun untuk menikmati makan tengah harinya.
"Nah makan ni, jangan banyak komplain" kata Yeowoo lalu terus mencapai chopsticknya dan mula menjamah makanan begitu juga dengan Yoongi.
Malam.
Yoongi yang tak boleh tidur terus bangun dan bergerak kearah luar rumah. Pukul 12 tengah malam. Dia duduk di tepi rumah dan disinari cahaya bulan. Yeowoo yang ternampak kelibatan bayang Yoongi berfikir senjenak. "Mana Yoongi nak pergi malam-malam ni?"
Disebabkan rasa ingin tahu yang begitu tinggi, dia mengikut langkah Yoongi ke luar rumah. Apabila sampai, Yeowoo terkejut dan tak terkata apabila melihat Yoongi bernafas dengan begitu berat. Matanya biru bersinar. Berpeluh. Tangan kirinya diletakkan di bahagian kiri dadanya.
"YOONGI-AH!"
"JANGAN DEKAT!"
Amaran Yoongi membuatkan Yeowoo tak berani dekat dengan diri Yoongi. Lama juga melihat Yoongi bagaikan terseksa sebegitu namun selepas itu sesuatu yang tumbuh dari belakang Yoongi membuatkan Yeowoo terkejut. Dan keadaan itu membuatkan Yoongi tidak nampak begitu terseksa.
"Yo.... Yoongi.."
"Apa?" soal Yoongi. Dia menoleh melihat Yeowoo dan hairan apa bila melihat reaksi ceria Yeowoo jelas terpancar dari wajah gadis itu. Apa masalah pompuan ni?? Aku tengah sakit boleh pula dia senyum.
"Ekor kau dah tumbuh.." kata-kata Yeowoo membuatkan Yoongi terkejut. Dia terus menoleh melihat belakangnya. Dan ya, ekor kedua dia dah tumbuh. Wajah ceria Yoongi memang tak dapat di cover.
"Yeowoo! Ekor aku dah tumbuh satu lagi!!!" Yoongi terlompat-lompat gembira..
"Ahh!!"
Sakit. Yoongi terus berhenti daripada melompat dan memegang perutnya. Sakit. "Mungkin kesan sampingan daripada perubahan tadi?? Janganlah happy sangat..." kata Yeowoo tersenyum kearah Yoongi yang ceria itu. Lagi 7 ekor diperlukan. Fighting Yeowoo!
TBC~
Random gif~~
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Fanfiction〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...