39 - Yoongi Past🌸

979 162 44
                                    

whole part are about yoongi past.








Pada suatu zaman dahulu, di Legendary Mystic World terdapat satu keluarga Kitsune yang tinggal bersama Perempuan Sihir iaitu Inari dan Izanami.

Disana ibu Yoongi, Yooki (disebut sebagai Yuki) baru sahaja melahirkan Yoongi dan disaksikan oleh bapanya Nitsune dan kakaknya Kitsune juga Inari, Izanami beserta Ookami dan Garou. Kelahirannya sangat mengembirakan seluruh keluarganya. Namun Inari tidak langsung menunjukkan sifat gembiranya itu dan telah mengatakan sesuatu yang menyebakkan hati para ahli keluarga,





"Yoongi tak kuat. Dia lemah."



Nitsune hanya mampu memandang muka Inari. "Tapi kenapa?"






"Saya dapat rasakan. Langsung tiada kuasa dalam dirinya. Terlalu lemah. Saya jangka dia hanya akan terbaring sahaja selama 500 tahun. Kerana badannya akan mula menghasilkan kuasa pada jangka hayat itu. Dia tak mampu bergerak dengan lama." balas Inari dan memandang satu persatu wajah mereka.

Yooki yang sekarang ini mendukung badan Yoongi hanya memandang sedih kearah Yoongi di pangkuannya itu. "Setelah 500 tahun, Yoongi akan mula membesar dan pada hayat itu dia boleh menghasilkan ekornya. Jangan risau ya..." tambah Inari lagi lalu tersenyum kearah mereka.

"Biar saya jaga Yoongi dan awak, Yooki. Saya akan pastikan Yoongi akan sihat seperti yokai yang lain..."



















Dan dalam jangka hayat itu setiap apa yang Yoongi lakukan akan di pantau oleh mereka semua. Pada tahun ke - 350, Yooki telah meninggal dunia akibat di bunuh oleh seekor Yokai yang dipanggil Taeyong iaitu ayah kepada Taehyung. Sejak itu Yoongi berdendam dengan mereka satu keturunan. Tapi dendamnya tak berkekalan lama,

"Aku minta maaf atas kelakuan buruk ayah aku. Aku tahu kau memang susah nak maafkan keturunan aku. Jadi aku menjadi wakil daripada semua keturunan aku untuk meminta maaf." Taehyung datang ke Kediaman Inari lalu bersujud di depan Yoongi untuk memohon maaf. Baginya bermusuhan adalah satu perkara yang tak berguna.

Yoongi hanya memandang Taehyung sebelum memijak kepala lelaki jelmaan anjing itu. Jika dia ada kuasa sekarang ini pasti Taehyung sudah mati di tangannya. Badan Taehyung disepak oleh Yoongi hingga terpelanting ke tepi kolam ikan dan telah mengejutkan Ookami yang sedang memberi ikan makan.

"Aku tahu kau datang nak berdamai tapi sakit hati aku dengan keturunan kau sangat tinggi dan kematian ibu aku amat memberi kesan dalam hidup aku. Orang yang aku sayang dah tak ada..." Yoongi memusingkan badannya.

"Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi. Jadi sila pergi" dan dia berjalan masuk ke dalam rumah. Taehyung terduduk di sebelah Ookami. "Huh, dia nak main kasar ya... Baiklah" Taehyung bangun dan pergi dari kediaman tersebut. Ookami tercengang. "Apa yang...?"


















Pada tahun ke - 500, Inari dan Garou mengajar Yoongi memasak dan mencari bahan masakan. "Nantikan kau nak tinggal kat dunia manusia jadi kau sekurang-kurangnya kena pandai masak. Nitsune mengembara lagi. Jadi Kitsune akan datang jenguk kau beberapa kali." pesan Garou pada Yoongi.

Dan itulah pertama kali Yoongi mendapat ekornya yang pertama. Pada usianya yang ke-500, Badan Yoongi telah menjadi seperti seorang remaja berumur 15 tahun, pada masa itu tenaganya bagaikan telah hilang dan terus tertidur sehingga 400 tahun kemudian. Dia hanya bangun untuk ke tandas makan dan tidur semula. Perkara ini telah merisaukan Inari.

"Jika Yoongi masih tidur, dia hanya tinggal 500 tahun sahaja lagi. Ini tahun ke-500 dan dia perlu segera bangun. Tahun penumbuhan ekor adalah selama 1000 tahun, kalau dia tidak dapat cukupkan ekornya dia tidak akan menjadi Gumiho atau berubah mengikut bentuk yang dia inginkan." ujar Kitsune pada Inari.

Inari bagaikan boleh meramal masa depan. Dia berfikir senjenak. "Okaylah, Kitsune awak kenal Sung Gimyeong?"

Tersentak. Kitsune memandang Inari. "Ke-kenapa dengan Gimyeong kesayang saya tu?" soalnya dengan muka yang merah. Biarpun dia Gumiho, dia tetap sukakan Gimyeong. Rasa menyesal dirinya dahulu tidak berubah menjadi manusia.


"Jumpa dia, awak kena minta izin padanya supaya membenarkan Yoongi diajar oleh oleh keturunannya 500 tahun akan datang." Dan masa itulah Kitsune berjumpa dengan Gimyeong minta izin padanya.

Setelah tamatnya tempoh hibernasi Yoongi, 400 tahun dah berlalu. Pada tahun 987, dimana Yoongi sudah mengenali keturunan Gimyeong yg ke-500, dia mula melihat tumbesaran keluarga sulung keluarga itu. Izanami juga berada dengannya ketika mereka berdua melihat tubuh kanak-kanak berumur 2 tahun yg kecil itu.

Ada sekeping kertas kulit kayu di tangan Izanami yg sedang mencatat sesuatu. "Mengikut kelahiran semua keluarga mereka, gadis itulah keturunan Sung Gimyeong yang ke-500." Kata Izanami pada Yoongi. Yoongi mengerutkan dahinya.

"Tapi kenapa aku kena diajar oleh dia?"

"Sebab dia adalah salah satu dari semua keturuan Gimyeong yang luar biasa. Dia boleh membuat sihir dengan menulis apa² perkataan di mana-mana tempat dengan berus yang di beli di Lengendary Mystic World. Dan dia ada satu sifat yang lain iaitu dia boleh tahan hidup dengan Yokai atau apa² yang bukan berkaitan dengan manusia." Panjang lebar penjelasan Izanami. Apabila di toleh ke tepi kelibatan Yoongi sudah pun hilang. "Eh?! Mana mamat tu?"


"Adik~ nak naik belakang abang tak? Kita main terbang-terbang!" Soal Yoongi pada Gadis kecil itu dan mendapat anggukannya.

"Yeowoo nak!"

Setelah Yoongi meletakan Gadis itu, Yeowoo di belakangnya. Mereka mula bermain dengan gembira.





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



TBC~


Sorry readers, late update

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry readers, late update... Nah belanja Namjoon 😂😂

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now