Yeowoo berjalan balik dengan penat. Nasib dia sempat siapkan kerja sekolah, kalau tidak sudah pasti kepalanya di hempuk dengan buku tebal oleh guru Fiziknya.
Dia berhenti di depan kedai alat tulis sebelum masuk kedalam kedai itu. Usai sahaja dia membeli refil(?) correction tape, dia terus berlalu kearah rumahnya.
"Saya dah balik.." Kata Yeowoo dan membuka kasutnya lalu masuk kedalam rumah. Yoongi seperti biasa, melihat tv sambil makan senbei tanpa mempedulikan sesiapa. Yeowoo pula dah macam masak sangat dengan perangai Yoongi sedangkan baru kenal beberapa hari lalu.
Dia memasuki dapur dan melihat di dalam periuk ada sup tulang, side dish macam biasa, kimchi, telur goreng gulung dan sayur bayam celur digaul bersama kicap cair. Yeowoo memang tak boleh langsung tolak makanan yang di masak oleh Yoongi. Semuanya sedap!
Sambil dia tengah makan itu, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.
"Yoongi! Petang nanti kita keluar nak??" Yoongi memandang kearah dapur. "Bukan petang nanti kita kena belajar??" Soal Yoongi. Yeowoo tersenyum. "Kita belajar melalui cara pemerhatian.." Kata Yeowoo lalu meneruskan suapan nasinya.
Petang
Yeowoo dan Yoongi berjalan-jalan di street sambil makan dan belajar. Yeowoo mengenakan baju kemeja warna pastel blue dan jeans pendek manakala Yoongi tetap dengan Hanboknya. Ramai yang memandang kearah Yoongi. Mungkin sebab cara pemakaian dia??
"Hensemnya abang tu!"
"Walaupun pakai Hanbok tetap nampak comel! Kyaa!!"
"Yah, yah.." Yeowoo merendahkan bahunya dan berjalan seperti orang bongkok. Terasa meluat pula dengan dua perempuan tadi. Dia menoleh melihat Yoongi. "Boleh pula dia nampak macam takda apa-apa yang terjadi!!!" Yeowoo mengemgam tangannya dan menahan amarah.
Mereka berdua berjalan bersama-sama sampai satu masa.
Bum!
"Ah!"
Yeowoo dan seorang gadis berlanggar. Kedua-duanya menggosok lengan masing-masing.
"Ah, minta maaf!"
"Maaf" Yeowoo dan gadis itu menunduk untuk meminta maaf. Yoongi hanya memandang malas sebelum dia perasan sesuatu terjatuh di atas jalan tar dan mengambilnya.
"Maaf tapi ini siapa punya?" Soal Yoongi dan mengangkat sebuah kunci di hadapan Yeowoo dan gadis tersebut. Gadis itu terus menyambar kunci tersebut. "Ini kunci saya! Terima kasih! Awak memang berbudi" Yoongi tersenyum. "Biasalah tu saya memang suka tolong orang.."
DAANGG!
"Eerrk?" Air muka Yeowoo terus berubah. What on earth?
BUSH!
"'Saya memang suka tolong orang' punggung kau!" Terus sahaja punggung Yoongi di tendang oleh Yeowoo dan menyebabkan gadis tadi terkejut beruk. "Maaf pasal tadi saya pergi dulu!" Terus sahaja Yeowoo mengheret Yoongi keluar dari kawasan tadi.
Yeowoo tercungap-cungap. Penat betul. "Apa masalah kau huh??!" Yoongi menggosok punggungnya yang tiba-tiba terasa kebas. "Kau ni memang penipukan??" Soal Yeowoo pada Yoongi. Yoongi hanya tersenyum senget.
"Dan itulah salah satu kemahiran Gumiho.." Yoongi menyilangkan tangannya dan berjalan di depan Yeowoo. "Menipu daya orang supaya mereka percaya akan kita.." Tambahnya lagi. Yeowoo terpaku. Tiba-tiba rasa panas mencengkam dadanya. "Apa rasa ni?? Adakah Yoongi dan dapat kemahiran baru??"
"Kau rasa aku dah berjaya dalam kemahiran ni??" Soal Yoongi lagi. "Tak pasti. Tapi cuba kau buat tawar menawar dengan tuan kedai. Nak?" Yeowoo memberi pendapat pada Yoongi.
Yoongi menundukkan mukanya supaya sama dengan Yeowoo sebelum,
"Mari kita pergi buat.."
"Uuwah mahalnya daging ni.." dahi Yeowoo berkerut melihat harga daging tersebut. Dia membeli bahan masakkan kerana bahan mentah di rumah sudah habis.
"Kau amik saja.. Nanti aku tolong..." Kata Yoongi yang membelek daging ayam. "Yeowoo, malam ni makan *Samgyetang nak??" Kata Yoongi pada Yeowoo. "Huh? Samgyetang?? Boleh jugak!"
(*Samgyetang - Chicken Soup)
Usai sahaja mereka memilih barang,Sekarang inilah tugas Yoongi untuk tawar menawar dengan abang kaunter tu. Abang kaunter itu scan barang-barang yang di ambil Yeowoo dan Yoongi tadi sebelum mengira harga.
"Uhm.. Semua sekali ₩26455.." Kata abang kaunter tersebut. Yoongi pula dah bermula actingnya. "Bang, saya tak cukup duitlah, boleh kurangkan harganya?" Soal Yoongi dan mukanya mula di cebik.
"Maaflah cik tak bolehlah.." Kata abang kaunter dengan rasa serba salah apabila melihat muka kesian Yoongi.
"Abang tolonglah, saya tinggal seorang diri. Nak cari kerja payah. Omma saya dah tinggalkan saya. Sebab dulu rumah saya terbakar. Saya ada duit pun cukup makan je. Kurang sikit abang. Tolong saya abang..." Rayu Yoongi. Air mata palsunya mula muncul. Nasib takda orang kat belakang dia. Kalau tak dah lama kena terajang. Yeowoo hanya melihat Yoongi dari jauh.
"Hebat jugak lakonan dia. Hohoho!! Propa sungguh mamat ni.." Yeowoo hanya ketawa di dalam hatinya. Gila kau gelak betul-betul, nanti orang hantar kau masuk Tanjung Rambutan tak tentu pasal.
Abang kaunter itu mula tersedu - sedan mendengar kisah 'menyayat hati' Yoongi itu. "Ya! Saya akan kurangkan harga. Kasihannya kamu!!" Abang kaunter itu terus mencapai tangan Yoongi dan mengemgam erat.
Yeowoo yang menjadi pemerhati setia menutup matanya dengan tapak tangan lalu menggeleng perlahan. "Aduh.. Melebih-lebih pulak abang ni.."
"Abang akan kurangkan harganya menjadi ₩17724 okay??" Yoongi hanya mengangguk. Usai bertawar menawar dengan abang tu akhirnya mereka berjaya membeli.
"Yeay! Malam ni makan Samgyetang!"
TBC~
Random gif as always.
#grandmother
#grandfather
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Hayran Kurgu〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...