Yeowoo keluar dari lorong deretan rumah hanok. Sekarang ni memang musim sakura berkembang! Rumah Yoongi juga ada bunga sakura yang dipanggil Plum Blossoms atau bahasa jepunya Ume.
(Ini contoh Ume)
Teringat pula dia kejadian pagi tadi.
"Uwah! Sakura!" kata Yeowoo lalu memetik bunga di perkarangan rumah dan menghidu. "Wanginya..."
"Kau tak payah nak hipokrit kat situ! Itu bukan sakura." ujar Yoongi yang sedang bersandar di tepi pintu. Yeowoo menoleh. "Habis tu? Pokok Mangnolia? Huh? Aku tahulah pokok sakura macam mana…" Yeowoo berkata membalas kata-kata Yoongi.
Yoongi tergelak kuat apabila Yeowoo bersungguh-sungguh menyatakan perkara itu. Yoongi menyarungkan seliparnya dan berjalan kearah Yeowoo. "Ini orang panggil Ume atau Plum Blossoms. Nak tahu beza antara pokok sakura dengan ume?" soal Yoongi dan mendapat anggukan Yeowoo.
"Ume, bunga dia wangi sangat. Tak macam sakura. Hujung Bunga ume tak ada cabang, bunga sakura ja ada cabang. Ada paham??"
"Oh, berbezalah. Yang kau tanam ni bunga apa?"
"Ume. Sebab tu bau dia wangi sangat"
Yeowoo terangangguk-angguk lalu terus keluar dari pintu gerbang rumah Yoongi. "Aku pergi dulu Yoongi! Jaga rumah elok-elok!" dan dia terus blah.
Dia berjalan dalam sinaran cahaya pagi yang samar-samar. Rasanya harini dia keluar awal sangat kot. Sedang dia berjalan, tiba-tiba sahaja datang bertandang seorang jejaka lalu menepuk bahu Yeowoo kuat sehingga gadis itu mahu jatuh terjelopok diatas tanah.
"Pagi Yeowoo!"
"ARRHH! BAHU AKU!"
Yeowoo menoleh melihat jejaka itu.
Park Jimin.
"Eh? Rumah kau kat kawasan ni ke?" soal Jimin dan Yeowoo mengangguk. Mereka berdua berjalan ke sekolah sama-sama. Sampainya mereka di tepi pekarangan sekolah. Terlalu banyak pokok sakura yang berkembang. Budak yang bawak basikal telah meletakkan basikal mereka di bawah pokok.
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Fanfic〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...