"Aku dah balik..." Ujar Yeowoo sambil membuka kasutnya. Dia berjalan sambil menyeret begnya lalu dicampakkan ke dalam bilik. Dasar betul minah ni.
Yoongi yang sudah tahu berada didapur hanya menjengukkan kepalanya. "Yeowoo! Makan tengah hari!"
"Nae!"
Pada malam itu, Yoongi hanya menghabiskan masanya bermain gayageum manakala Yeowoo yang cuba menghabiskan kerja sekolahnya hanya bermain pen di tangan kirinya sambil termenung. Tangan kanannya menongkat dagunya. Yoongi melihat tangan Yeowoo lalu pandangannya dialihkan pada Yeowoo.
"Kau kidal rupanya"
"Huh?"
Terus pandangan Yeowoo beralih pada muka Yoongi kerana sejak tadi dia hanya merenung langit malam yang gelap melalui tingkap. Dia melihat tangannya.
"Ah, nae aku memang kidal. Jarang ada orang kidal ni..." ujar Yeowoo pada Yoongi sambil tersengih. Yoongi hanya menayangkan muka malas dan masih bermain gayageumnya. Yeowoo melihat. "Sejak bila kau pandai main alat muzik??"
Mata Yoongi tepat memandang muka Yeowoo. Dia mengeluh.
"Sebenarnya, waktu dekat dunia Lagendary Mystic tu, aku belajar main alat muzik dengan Inari. Aku saja tak nak kau ikut sebab bila aku balik dunia manusia ni aku boleh tunjuk kat kau yg aku boleh main alat muzik." kata-kata Yoongi membuatkan Yeowoo terkedu.
"Masa kau jumpa aku kat rumah Gisaeng tu, aku tengah rehat. Secara jujur, Inari tak benarkan aku pergi rumah Gisaeng. Sebab aku jenis degil orangnya, aku pergi jugak. Then tak sangka jumpa kau. Dan masa tu semua benda jadi tak kena." Yoongi memandang anak mata Yeowoo yang setia memandang muka Yoongi. Mata mereka bertembung.
Dia mengeluh. "Maafkan aku..." "ani, aku pun salah Yoongi. Dah lupakan pasal ni!" kata Yeowoo lalu memandang buku latihannya semula. Jantungnya berdegup kencang. "Kenapa aku ni?!" soal hatinya.
"Oh! Lupa nak bagitau kau Yeowoo!" Yoongi terus berdiri didepan Yeowoo dan membuatkan gadis itu mendongak. "Aku dah ada ekor yang ketiga!" kata Yoongi sambil tersengih tapi telah membuat Yeowoo terlopong. Terus ketiga-tiga ekor Yoongi keluar dari belakangnya. "Uwah! Yoongi sejak bila?!"
"Kat kediaman Inari. Aku cuma perlukan lagi 6 ekor!" kata Yoongi sambil tersengih. Yeowoo menepuk tangan. "Wah! Bagus betul!" Yeowoo terus tersenyum lalu badan Yoongi dibawa kedalam dakapannya.
Yoongi terkedu sebentar namun selepas itu dia hanya tersengih sambil menguasap-usap belakang Yeowoo.
"Yosh! Yoongi aku pergi dulu! Jaljayo!" Ujar Yeowoo lalu bersiap sedia memakai kasut.
"Yah! Bekal tak nak bawa ka?!" laung Yoongi dan membuatkan langkah Yeowoo terhenti. Dia tersengih lalu mengambil bekal di tangan Yoongi. "Kamsahamida..."
"Dah pergi sekolah.."
Buukk!!
"Aduh! Punggung aku!" terjerit Yeowoo apabila punggungnya di tendang oleh Yoongi. Yeowoo hanya mampu mendengus marah dan berlalu pergi ke sekolah.
Semasa dia berjalan tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seorang gadis. "Ah! Mianhae!"
.
"Ah~ nae tak apa" terus sahaja gadis yang memakai Short Yukata itu berlalu pergi. Yeowoo memandang lama. "Lembut betul suara dia..."(Short yukata yg dipakai gadis tersebut)
Langit yang menurunkan salji itu di pandang oleh Yeowoo. "Dia tak sejuk ke pakai baju kecik macam tu time musim sejuk ni? Boleh demamlah. Tahulah minggu depan musim bunga tak payahlah excited sangat..." dan Yeowoo terus membebel tentang gadis itu sehingga dia sampai ke sekolah.
TBC~
Hoyeah! Author upadate! Btw, author update awal sbb author 3 hari kat langkawi yg jauh. Okay tu ja!
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Fanfiction〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...