〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...
"Ugh.." Yoongi mengumam sesuatu sebelum mengeliat dan matanya terbuka luas. Dia melihat siling kayu yang agak pelik bagi dirinya. Dia berpusing kekiri dan kanan sebelum dia sedar yang Yeowoo tidur bersebelah dengan dirinya dan....
... Sangat rapat.
Dia tersengih kecil sebelum tangannya mengusap kepala Yeowoo.
Bukk!
Belakangnya tiba-tiba seperti di tolak. Terus dia menoleh kebelakang dan terlihat Taehyung sedang memeluknya dari belakang. Terus sahaja dahi Yoongi berkerut dan menolak Taehyung menggunakan tangannya sehingga lelaki jelmaan anjing itu bergolek jauh sebatu. "Ugh!" Taehyung tertirap.
"Semak jelah anjing tu" Yoongi mengumam marah dan tiba-tiba Yeowoo merapatkan badan mendekati Yoongi lalu membuatkan lelaki itu terus memeluk Yeowoo. Rambutnya di cium.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Aku rindu masa kita bersama Yeowoo. Biarpun ianya jarang sangat berlaku."
"Ermmm!! Ohayo!" kata Yeowoo dan membuatkan Yoongi dan Taehyung yang sedang bersarapan tercengang bersama mulut yang penuh dengan nasi. Pandangan mereka tak ubah seperti
Sejak-bila-kau-henshin-jadi-orang-jepun-ni?
Mata Yeowoo berkedip-kedip melihat mereka berdua sebelum...
"Janganlah renung aku macam tu!" bantal yang dibuat tidurnya di baling kearah muka mereka berdua.
GEBUK!
"UGH!" Nasib nasi tak tersembur ja.
"WOI APA MAIN BALING-BALING NI!"
"Yeowoo jaga perangai kamu!"
Terus sahaja Shoujun datang menerpa kearah mereka bertiga dan menghentikan pergaduhan mereka.
Yeowoo menundukkan kepalanya kepada Shoujun sebagai tanda terima kasih. "Kamsahamida Tuan Shoujun" ujarnya dan Shoujun hanya tersenyum lalu melambai kearah Yeowoo, Yoongi dan Taehyung. "Sama-sama. Hati-hati masa jalan tu!"
Mereka bertiga telah sampai kerumah Yoongi dan secara tak langsung, tv rumah Yoongi menjadi sasaran Taehyung lalu membuatkan tuan rumah terkejut.
"Mari sini kau wahai tv!!!!" terus Taehyung menekan remote tv dengan ganas lalu tv pun menyala. Yoongi yang memandang perbuatan kurang sopan Taehyung menyebabkan tangannya membuat satu penumbuk lalu meluku kuat kepala Taehyung menyebabkan lelaki jelmaan anjing itu tiba-tiba bertukar menjadi seekor anjing baka Shepherd.
Yeowoo yang berlalu kearah ruang tamu terkejut apabila melihat perubahan Taehyung itu. Dia terus bergerak memang Taehyung. "Yah Yoongi apa kau-" Yeowoo mendongak untuk melihat Yoongi. Keadaan Yoongi yang kelam itu membuat Yeowoo tak jadi untuk memarahi Yoongi tetapi sebaliknya menarik Taehyung ke sudut bilik dengan wajah gelisah dia.
"Eerrrr.. Kau okay tak Yoongi?" soal Yeowoo dan ketika itu Yoongi mematahkan tulang tengkuknya dengan menggerakkan lehernya kekiri dan kekanan.
"Binatang takda adab macam dia tu patut kena belajar sivik supaya dia tau apa itu 'Beradab di Rumah Orang'. Jadi aku sekarang ni tengah volunteer nak ajar kau, Taehyung. Okay tak?" tanya Yoongi dengan nada suara yang cukup seram dan dalam.
Taehyung yang bertukar menjadi anjing itu menggelengkan kepala berkali-kali sampai berpeluh.
Tangan Yoongi mula melayang keatas untuk menyepak muka Taehyung. Mata Yeowoo terbeliak. "Andwae Yoongi!" terus dia melompat dan memeluk badan lelaki itu. Erat.
Mata Yoongi membulat. Perbuatannya terhenti manakala badannya kaku seolah-olah telah dibekukan. Pelukkan hangat Yeowoo membuatkan dia seperti dikawal oleh kata-kata Yeowoo. "Andwae Yoongi, kau budak baikkan?" kata Yeowoo dan Yoongi masih diam. Lidahnya kaku untuk berkata-kata pada Yeowoo.
Taehyung mula berubah menjadi manusia semula. "Nak sawit-sawit pergilah tempat lain? Geli mata aku tengok korang." katanya dan mengosok-gosok matanya yang terasa kegelian itu. Pelukkan itu dileraikan sebelum Yoongi dan Yeowoo memandang Taehyung tanpa ada perasan sebelum berkata serentak...
"Kau masam Taehyung"
Yeowoo yang tiba-tiba di invite masuk group kelas oleh Nami menyebabkan dia sampai pukul 2 pagi tak tidur dok melayan diorang punya lawak karut. Biasalah, author ini pun pernah jadi begitu.
Sedang dia seronok melayan, satu suara yang familiar bagi dirinya kedengaran. Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi, dia terus keluar dari biliknya dan bergerak keseluruh pelusuk rumah sehingga dia terjumpa Yoongi.
Keadaan ini...
Matanya yang bertukar menjadi biru berkilau. Bernafas berat seakan-akan sesak nafas. Yeowoo hanya memerhati dari jauh sahaja Yoongi itu sebab dia tahu, sewaktu dalam perubahan fizikal Yoongi sesiapa sahaja tidak boleh pergi kacau macam bila kucing nak pergi berak janganlah tengok dia! Tak jadi kucing tu melepas sebab malu punya pasal.
Selepas beberapa minit, perubahan Yoongi telah berlaku dengan sempurna. Keempat-empat ekor Yoongi yang bercahaya itu di pandang oleh Yeowoo sebelum Yeowoo secara tak langsung telah bergerak kearah Yoongi dan memgang ekor itu.
Lembut sangat ekor ni!
"Wahhh" akibat keterujaan, mulutnya mengeluarkan suara dan ekor itu terus di gosok pada pipinya. Yoongi yang sedar akan perbuatan Yeowoo itu terus berpusing menghadap Yeowoo sebelum satu ekornya bergerak bermain-main dengan muka Yeowoo.
"Macam mana? Lembut tak ekor aku?" soal Yoongi dan di balas dengan anggukan Yeowoo.
"Lembut. Terasa macam nak buat bantal peluk pun ada" apabila Yeowoo berkata begitu, air muka Yoongi terus berubah. "Ekor aku terlalu cantik untuk di jadikan bantal peluk kau!"
"Kedekutlah hengkau ni Yoongi!"
Dan mereka berdua ketawa sama-sama. Masing-masing tersenyum.
TBC~~
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ohhh author minta maaf atas kehambaran chapter ini. Maafkan author ya para readers. Tak sangka Jungkook dah kawin dengan v. Tahniah... *clap,clap,clap* 😂😂😂😂✨