Over the summer,
The lonely fox has no one,
Cause the girl was sleep.[Haiku yang cuba ditulis oleh author]
Taehyung mencempung badan Yeowoo lalu kembali ke dunia.
"Saya dah balik" kaki Taehyung menjejak masuk ke dalam rumah. Yeowoo yang koma itu dia letakkan di atas lantai. Biarkan dia terbaring. Satu botol kaca yang menpunyai cecari berwarna biru laut berada di tangan Taehyung lalu botol tersebut dihulurkan kepada Inari. Izanami bergerak kearah Yeowoo. Muka Yeowoo di pegang oleh Izanami.
"Tae, Yeowoo tidur ke?"
Ubat Hiringu Fuwara itu di tuang ke dalam mulut Yoongi.
"Sekejap lagi aku cerita kat semua orang"
Yoongi menelan cecari tersebut. Satu cahaya yang terang menyilaukan mata mereka. Badan Yoongi mula berubah kepada asal. Entah kenapa rambutnya menjadi terlajak panjang seperti rambut Taehyung apabila berada di Legendary Mystic World.
"Kau dah okay Yoongi?" soal Inari. Yoongi membelek-belek badannya sebelum tersenyum. "Ya. Cuma apahal rambut aku panjang semacam ja ni?" hairannya lalu memegang rambutnya. Dia terpandang Yeowoo lalu bergerak kearahnya.
"Yeowoo tidur ke?" kali ini Yoongi menyoal pula. Semua mata memandang kearah Taehyung. Taehyung menarik nafas lalu di hembuskan.
"Yeowoo sebenarnya..."
"... Koma"
Mata Yoongi terbuka dengan luas. Inari dan Izanami tergamam. Tangannya terus mencapai kolar baju Taehyung. "Yah! Kau bagitahu aku macam mana perkara macam ni boleh terjadi!" terjerit marah Yoongi dibuatnya. Taehyung mengerutkan dahi. "BAGITAHU AKU!!!" Kuat betul cengkaman Yoongi sehingga membuatkan bajunya terkoyak.
Maka dengan itu Taehyung menceritakan segalanya.
Esok
Disebabkan atas hal tertentu, Taehyung tidak dapat tinggaI bersama Yoongi dan Yeowoo pada masa cuti musim panas ini. Hanya tinggal Yoongi dan Yeowoo sahaja.
Yoongi berjalan melepasi bilik Yeowoo. Di tenung pintu bilik itu dengan pandangan sayu. Kaki bergerak kearah bilik itu. Tangannya menolak pintu sliding tersebut lalu kakinya menapak masuk. Yeowoo yang terbaring dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun menyedihkan lagi hati Yoongi.
"Kenapa aku selalu buat dia terseksa dekat sebelah aku?"
"Layak ke aku suka dia?"
"Boleh ke dia tinggal dengan aku selamanya?"
Pelbagai soalan menerjah memasuki otak Yoongi. Dia keluar dari bilik dan kembali semula dengan sebesen air berserta kain. Yoongi duduk. Tangannya mencapai lengan Yeowoo lalu tangan itu dilap oleh Yoongi.
Yoongi mengeluh.
Yoongi memasuki dapur. Sudah lama dia tidak memasak. Sejak Yeowoo tinggal dengannya, kerja memasak hanya berada di tangan Yeowoo.
"Yoongi! Mari makan tengah hari!"
Otaknya terbayang akan wajah Yeowoo yang selalu memanggilnya untuk makan tengah hari itu. Sekali lagi dia mengeluh.
"Sunyinya"
Yoongi meletakkan gayageumnya di atas ribanya, dia mula memetik satu persatu tali itu lalu gayageum itu menghasilkan bunyi. "Yeowoo selalu berada dalam bahaya. Kenapa aku lemah sangat?" soal Yoongi sendirian.
"Bila aku boleh jadi manusia? Lagi berapa ekor yg aku perlukan ya..." Yoongi mengeluarlan ekornya. Dia mengira. "Baru ada empat... Hrumm.. Lambatnya"
"Aku dah berjanji. Aku akan jadi manusia selepas semua ekor aku ada..."
Yeowoo yang koma itu di pandang oleh Yoongi. Diusap kepala Yeowoo. "Kau nak tahu, waktu kau berumur 5 tahun, masa tulah pertama kali kita berjumpa..."
Flashback
"Yah! Buku apa ni? Buruknya ahahaha!" sekumpulan kanak-kanak lelaki telah membuli seorang budak perempuan berkaca mata bulut. "Pu.. Pulangkan!" Tangannya cuba mengambil semula buku tersebut. Keadaan gadis itu amat sadis sekali.
Yoongi yang berada di taman permainan yg sama itu hanya memerhati sahaja dari atas pokok.
"Kau nak? Amiklah!" buku itu terus di baling ke dalam lumpur. Sekawan kanak-kanak lelaki itu ketawa nyaring. Budak perempuan berkaca mata itu menutup muka menangis. Yoongi sudah bangun dari pembaringannya. Melampau sungguh budak lelaki tadi.
Yoongi baru sahaja nak action namun,
"YAH!!!!" Jeritan seorang budak perempuan menghentikan lagak Yoongi tadi. Di pandang muka budak itu.
Budak perempuan yang tadinya bermain di pasir telah berdiri bangkit. "Korang bertiga memang nak kena hempuk!" entah dari mana datangnya pasu bunga tanah liat di tangan perempuan itu menggerunkan Perempuan berkaca mata itu, Yoongi dan sekawan kanak-kanak lelaki itu. Bertempiaran kanak-kanak lelaki itu berlari.
Budak perempuan itu menjatuhkan pasu bunga itu lalu bergerak kearah lumpur tersebut. Dia mula memasuki kakinya yg kecil itu ke dalam lumpur tersebut. Meraba-raba dia mencari buku milik perempuan berkaca mata itu. Setelah jumpa dia memberikan semula.
Yoongi bergerak kearah mereka berdua.
"Nah buku awak" dia tersenyum. Budak perempuan itu menepis tangannya lalu berlari. "Tak payahlah!" Dia terkedu seketika sebelum menghembus nafas marah.
"Apalah! Orang dah tolong tak nak pulak. Nyampah aku..." Yoongi mendekati perempuan itu.
Perempuan itu terpandang Yoongi sebelum terjerit kecil. "Apahal abang ni putih salji sangat?" soalnya pada Yoongi.
"Kau pulak? Apahal penuh lumpur ni?" Yoongi ajuk cara perempuan itu. Mereka berdua ketawa seketika. "Hai! Saya Sung Yeowoo! Abang yg pakai hanbok ni sapa nama?" engkau dari kecil memang petah bercakap ya? Yoongi tersenyum.
"Awak akan tahu bila umur awak 17 tahun nanti..." kata Yoongi sebelum menghilang. Yeowoo mengerutkan dahi. Selepas itu kejadian tersebut terus dilupakan oleh Yeowoo.
End flashback
TBC~
Peergghh! Ayam goreng mingyu bhai... Btw, maaflah chapter ni hambar banyak sangat. Nanti author cuba untuk tidak menghambarkan chapter okay!Jaljayo~ 💞👋
YOU ARE READING
nice to meet you, gumiho | myg
Fanfiction〔🌸〕Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh kitsune dan telah dipersetujui oleh moyangnya 500 tahun dahulu, Sung Yeowoo seorang gadis biasa sekolah menengah tinggi secara terpaksa menjadi guru kepada seekor makhluk lagenda yang dipanggil Gumiho...