Bab 1

10.8K 163 3
                                    

Flower Girl plus Black Prince.

Bab 1

"ONE for all, all for one. Amacam itu words? Ada bagus dak?" Semua pelajar diam seketika. Mata  menatap  sang  penolong  ketua  berbicara.

"Hmm... well not bad punchline as for me. How about you guys? Any other suggestions word?" Gadis bernama Medina menyoal rakannya yang lain.
Semua pelajar mengangguk kepala serentak. Bersetuju apabila penolong ketua kelas mereka menyarankan kata punchline buat presentation mereka nanti.

"Ah! Mana Ifti ek? Dah dekat tujuh setengah ni.." soal Medina. Jam ditangan ditilik lagi.

"Budak tu. Selalu je Lewat datang.." Qayyum geleng kepala. Kenal sangat mereka akan orang yang bernama Nur Ifti Aulia tu. Tidak lain tidak bukan. Mesti dia lawat satu tempat terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.


"HMM.. segarnya bau bunga mawar ni. "Hidu si gadis dengan matanya yang tertutup rapat.

"Ifti dak masuk kelas lagi ka? Nanti kamu lewat nak.." soal mak cik Suria sambil topi di atas kepala dikemaskan.

Ifti pandang Mak cik Suria seketika. Dia senyum.

"kejap lagi la Mak Su. Dah hampir seminggu kot, tak lawat bunga-bunga Mak su yang cantik ni.." jari menyentuh lembut satu bunga.

Mak su pandang Ifti lalu dia tersenyum. Dari mula Ifti masuk sekolah ni, Ifti suka datang ke taman bunga yang sentiasa dijaga olehnya. Teringat dia semasa permulaan gadis itu menegurnya.

"Um.. Mak cik. Nak tanya satu soalan boleh tak?" Soal Ifti.

"Boleh.. " mak cik Suria senyum.

"Bunga Bleeding heart ada tak kat sini?" Mata gadis itu meliar ke satu tempat ke satu tempat.

Kening Mak Suria bertaut. Apa? Beleding hat?"beleding hat tu apa nak?"

Ifti gelak kecil.

"Bukan beleding hat mak cik. Bleeding heart. "Masih tersisa ketawa Ifti.

"Oh, itu.. maafla nak. Mak cik dak kenai pun bunga tu. Kat sini dak da kot bunga tu.."mak su tersenyum.

Gelak ketawa Ifti sama seperti gaya arwah anak nya ketawa.

Nampak wajah Ifti kecewa.. "oh... takpe la mak cik. Ah, mak cik nak tau ke pasai bleeding heart ni?" Ifti mendekati Mak su yang duduk di atas kerusi kayu.

"Eh ada cerita jugak ke pasai bunga satu ni?"

"Ha'ah mak cik. Nak tau dak?" Soal Ifti kembali.

Mak Su angguk kecil.

"Gini ceritanya, bunga bleeding heart ni sebenarnya berada kat Negara Jepun. Ada kisah la sebalik nama bunga ni. Yang mengisahkan tentang seorang jejaka, mencintai seorang gadis cantik. Tapi pendek kan cerita, pemuda tu tak dapat bersama dengan gadis tu.." wajah Ifti berubah kecewa.

"Kenapa nak?"

"Sebab, pemuda tu miskin kot? Hahaha, yang penting mereka tak bersatu la mak cik." Ifti berhenti seketika. Seraya menarik nafas.

"Akhirnya, pemuda itu mati. Tika dia mati tu la wujudnya bunga bleeding heart. Ah, ni rupa dia.." satu photo di tunjuk.

"Masha-Allah. Cantiknya... tapi tampak sedih. "

"Ha'ah kan. Tapi mak cik, cerita tu... saya tak tau la ye. Benar ke tak... wallahu'alam.."

"MAK SU ?" Sergahan Ifti mengembalikan Mak su ke alam realiti.
"Mak su berangan ke mana ek? Berangan kan seseorang ke?" Usik Ifti. Mak su sengih malu.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now