Bab 34

1.5K 62 2
                                    

                                   Bab 34

                                   IFTI meliarkan matanya memandang rumah besar yang tersergam indah di hadapannya itu. Rumah itu agak besar berbanding dengan rumah di sekelilingnya. Tidak di nafikan bahawa rumah itu sangat unik di padangan matanya. Rasa  teruja  mula  menguasai  dirinya.
          Rifqi mengangkat beg-beg besar milik Ifti dari keretanya.
          Sejak dari hari tu dia sudah buat keputusan akan membawa Ifti ke tempat Tok ma nya di kampong. Tok ma nya pun sudah setuju dan akan menanti kepulangan Rifqi bersama kawan cucunya itu.
          “Awak, awak. Rumah siapa ni?” Ifti mendekati Rifqi. Hatinya rasa teruja sejak Rifqi membawanya ke sini.
          “Rumah tok ma aku.”
          “Waaaah.. bestnya. Mana tok ma awak? Tak nampak pun!” Ifti  mula  mencari  tok  ma  Rifqi.
          Rifqi tersenyum. Rasa lega melihat keterujaan Ifti. Nasib  baik  la ada Medina  sanggup  menemaninya  untuk  memujuk  Ifti  supaya  mengikutinya . Gadis  itu  juga  ada  menemani  Ifti  mengemaskan  barangnya  untuk  di  bawa.
          “Jom!”
          Ifti membuntuti langkah Rifqi sambil matanya masih liar memandang kawasan tersebut.
          “Woi brader! Baru nak muncul? Dah hampir bertahun-tahun tak mai. Apa cer?” tegur seorang lelaki yang muncul dari belakang rumah.
          Rifqi  tersenyum  melihat  jirannya  itu.
          Ifti menyorok di belakang Rifqi.
          “Weh, mangkok. Hang apa habaq? Sorry la, dah lama tak mai. Maklum busy, study.” Rifqi mendekati lelaki tersebut seraya bersalaman.
          Dah lama betul dia tidak datang sini. Semuanya kerana kesibukkan keluarganya yang tidak ada masa mahu pulang ke kampong tok ma nya. Sibuk  study  pun  ada!
          “Aku baik no. Hang tu, makin tegap aku nampak. Banyak senang ka?” usik  lelaki  tersebut  dengan  sengihan.
          Rifqi menggeleng laju. “Tak la.”
          “Sat, sat. Ni, siapa pulak? Bini hang kah?” soalnya sambil menjuihkan mulutnya merujuk kepada Ifti yang kaku di belakang Rifqi.
          “Bukan bini la. Dia ni awek aku. Kena hadap amnesia, tu yang perangai takut nak jumpa orang. Nama dia Ifti.” Rifqi menarik Ifti ke depan. Dok sorok-sorok macam mana nak kenal kan diri.
          “Wah, lawa awek kau. Kenapa kena amnesia?”
          Matanya meneliti gadis tersebut dari atas ke bawah. Memang ngam buat lelaki bernama Naufal Rifqi.
          “Adalah tu sebabnya. Tapi sorry la Man, buat masa ni.. aku tak nak hebohkan hal ni dulu. Aku nak pi jumpa tok ma.. later jumpa hang.” Rifqi menepuk bahu Manaf sebelum kakinya berjalan meninggalkan Manaf yang terkebil-kebil. Bukan apa, dia cuma tidak mahu perkara ni lebih banyak diketahui orang. Macam la dia tidak tahu perangai Manaf yang suka terlepas mulut.
          “Assalamualaikum! Tok ma. Oh tok ma. Cucumu dah datang ni!” jerit Rifqi sambil menekan lonceng berkali-kali.
          “Wa’alaikumussalam cu. Nanti tok ma sampai!” jerit Hajah Rokiah dari dalam.
          Sebaik sahaja pintu dibuka, Hajah Rokiah terkesima memandang cucunya dan juga seorang gadis yang tidak dikenalinya. Kaca mata di atas hidung di angkat. Menilik dua orang manusia tersebut. “Ni Naufal dan Ifti?”
          Rifqi mengangguk laju.
          “How are you , my beautiful tok ma?” Rifqi pantas menyalam dan mencium tangan wanita yang nampak anggun walaupun umurnya sudah melebihi 60 tahun.
          Hajah Rokia tersenyum. Ditepuk nya bahu Rifqi berkali-kali. Dah besar rupanya cucunya yang sulung. “Alhamdulillah, tok ma sihat-sihat saja cu.”
          Seketika kemudian, Ifti yang diam dan hanya memandang mereka di pandang. Tangan melambai memanggil gadis itu.
          Tanpa teragak Ifti mendekati wanita tersebut. Dia tersenyum saat wanita tidak dikenalinya itu memeluknya. Tanpa segan, dakapan wanita itu dibalas.
          “Nama kamu Ifti kan,?”
          Ifti melepaskan pelukkan seraya menganggukkan kepalanya.
          “Aduyai Naufal, sungguh comel kawan kamu ni. Kenapa la malang menimpa kepada budak si comel dia ni?” ujar Hajah Rokiah sambil mengusap lembut kepala Ifti. Rasa kasihan mula hadir. Sungguh tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh cucunya semalam di talian. Terkejut pun ada, sedih pun ada. Sebab itu lah dia dengan tangan yang terbuka, mengalu-alukan kehadiran gadis di hadapannya itu.
          “Dah qada dan qadar dia tok ma.” jawap Rifqi, perlahan.
          “Kenapa dengan kita tok ma? Apa yang menimpa kita?” soal Ifti, tidak faham.
          “Tidak mengapa. Maafkan tok ma mencarut bukan-bukan. Meh masuk, tok ma tunjukkan bilik Ifti. Khas untuk Ifti sorang..” ujar Hajah Rokiah tidak mahu gadis itu bertanya lebih.
          “Naufal, cepat masuk. Barang-barang Ifti bawak masuk ke bilik sebelah tok ma ye?”
          “Aik, tu kan bilik Lia tok ma? Dia tak marah ke nanti?”
          Wajah sepupunya yang bernama Dahlia terlintas di mindanya.
          “Semalam dah tok ma sound kat dia. Dan dia kata okay je. Kamu jangan risau la. Sejak dia kahwin dengan budak bandar, dah tak lekat dia dok kat rumah tok ma ni.” beritahu tok ma.
          “Oh..” Rifqi mengangguk.
        





Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now