Bab 44
IFTI pandang Rifqi. Rifqi pandang Ifti. Kemudian, masing-masing menjeling antara satu sama lain. Datin Syika dan datok Azlan juga mengerling antara satu sama lain. Pelik mereka dengan perangai anak dan menantu mereka itu. Sejak semalam lagi mereka bermasam muka. Memang mereka tahu yang mereka ini jenis ‘suka gaduh-gaduh manja’. Tapi kali ni mereka tak tahu sebab apa.
“Naufal.. Ifti.. kenapa dengan korang ni? Korang ada masalah ke?” akhirnya datin Syika bertanya setelah lama mereka , pasangan sejoli itu tidak berkata apa-apa. Jenuh juga tengok mereka saling jeling-jeling.
“Ifti ni la ma. Tak layan saya masa kolej. Asyik layan kawan baru dia tu je!” luah Rifqi bersama mukanya yang masam. Bukan saja sakit hati, makan hati terus!
Ifti terlopong kecil. Sebab itu saja suaminya itu mulakan perang. Padahal semalam dia sudah beribu-ribu kali meminta maaf dan berjanji akan melayan suaminya itu di kolej lebih dari kawan-kawannya.
“kan saya dah minta maaf? Takkan awak masih nak merajuk kot..” Ifti pandang Rifqi. Wajahnya juga tidak senyum. Manja!
“Aduh..” keluh datin Syika.
“Naufal, Naufal. Perangai kamu ni kan tak pernah berubah.” komen datok Azlan seraya tersengih.
Rifqi buat muka. Tidak terkesan dengan komen papanya. Apa yang dia mahu sekarang ini, Ifti mesti memujuknya sehingga dia puas. Saja buat onar lebih. Bukan selalu.
“Awak!” panggil Ifti seraya menggoncangkan lengan Rifqi. Rifqi buat derk. Wajahnya juga sudah dipaling ke arah lain.
“Haih.. layan perangai anak you ni buat I susah hati je. Jom you, kita pergi shopping beli groceries.Dah kurang dah..” datin Syika terus berdiri dan di ikuti datok Azlan.
“Ifti.. jangan dilayan sangat rajuk suami kamu tu ye.. budak manja.” sempat lagi datok Azlan berpesan sebelum meninggalkan mereka yang masih di suasana beku itu.
“Fine! Awak rajuk la sampai tak sudah. Baik saya main game dari layan awak!” Ifti bingkas bangun. Ada baiknya dia main game daripada melayan ‘budak manja’ itu.
Rifqi masih diam. Tidak berganjak.
Sebaik sahaja kelibat Ifti hilang barulah dia bergerak mahu menengok isterinya. Namun setibanya di bilik Ifti, isterinya itu tiada. Aik.. Rifqi mengangkat keningnya pelik.
Dia cuba masuk. Sah tiada bayangan isterinya. Di buka bilik air pun tiada. Ke mana pula isterinya itu menghilang? Takkan lari? Aduh kalau betul-betul isterinya itu lari macam mana? Alah.. tak jauh pun. Habis-habis dia lari ke rumah asal dia. Fikir Rifqi penuh bayangan. Namun..
Bunyi pintu kena kunci kedengaran. Pantas Rifqi berjalan keluar bilik isterinya. Kemudian, pintu biliknya pula cuba dibuka. Tapi terkunci.
“Siapa pula masuk bilik aku ni..” soalnya sendiri.
Sesaat kemudian, akalnya mencerna soalan itu.
“Ifti, please buka pintu ni.”
“Tak nak!” balas Ifti dari dalam.
As I thought. Memang si kecil ni saja cari pasal. Rifqi mula memusingkan tombol pintunya berkali-kali.
Ifti terkekeh tawa kecil di dalam bilik suaminya itu. Memang gila betul idea dia nak memusnahkan bilik suaminya. Dia sengaja masuk ke dalam bilik suaminya yang nampak kemas itu. Tidak sangka, suaminya memang jenis pembersih. Seperti ciri-ciri lelaki yang Ifti idamkan dahulu.
Ketukan bertalu tidak dihiraukan Ifti.
Ifti meliarkan lagi matanya memandang suasana bilik Rifqi yang kemas. Tetiba dia terpandang satu kotak kecil di atas meja belajar Rifqi. Kemudian Ifti mula menyentuh barang tersebut. Cantik dibalut dengan bentuk kupu-kupu di atasnya.
“Untuk kekasih Rifqi ke?” soal Ifti, pelik.
No! Rifqi takde perempuan lain selain aku. Monolog Ifti sambil kepala menggeleng. Tidak mahu dia berfikir yang bukan-bukan. Tak sanggup rasanya.
Kecccik!
Ifti pantas menoleh saat pintu dari luar terbuka.
Alamak! Ifti menelan air liur memandang Rifqi yang sudah tersenyum nakal. Ifti berundur setapak. Kotak kecil yang dipegang di letak kembali. Expressi muka selamba di buat-buat.
“Berani betul awak masuk bilik saya ye..” ucap Rifqi perlahan, namun kedengaran ada nada nakal di situ. Ifti sudah hampir berpeluh.
“So? Apahal?” jawab Ifti, berani. Namun dalam hati, sudah berdebar-debar. Apalagi melihat suaminya itu sudah mendekat.
Rifqi tersenyum nakal.
“I tell you what babe.” Rifqi menghentikan katanya. Reaksi Ifti dipandang. Nampak kalut.
“Wh-what..”
“Once you come in my room, I cannot guarantee your life.” ucap Rifqi penuh macho.
Oh tidakk! Jerit Ifti dalam hati.
“Er.. lonceng rumah berbunyi. Saya nak buka pintu..” tipu Ifti seraya mahu melangkah ke luar.
“Aip!” tangan Ifti disambar.
Ifti terdiam saat tubuhnya di peluk erat. Nafas Rifqi yang mula menyapa atas tudungnya itu buat pipinya berona merah. Oh please jantung, berdetak biasa tak boleh ke?
Perlahan-lahan, Rifqi menepuk lembut atas tudung isterinya. Ifti mengerutkan dahinya. Ingat dia budak-budak ke?
“Saya nak, awak cabut tudung ni bila bersama saya. Sayakan suami awak, bukan?” lembut Rifqi menegur. Rasa aneh pula bila isterinya itu kekal dengan tutup auratnya. Walhal dia ni kan ajnabi Ifti? Tak salah kot.
“Ya..ya.. sekarang ni, boleh tak awak lepaskan saya? Saya nak buka pintu ni.” ujar Ifti tidak tahan dengan rangkulan kemas suaminya itu. Memang dia masih tidak biasa. Nanti-nanti la aku biasakan, fikir Ifti.
“Awak ni, saja nak kelentong sayakan? Mana ada bunyi lonceng.” Rifqi gelak kecil. Tahu sangat Ifti yang pemalu tu. Dengan suami pun malu.
“Dahla. Saya nak keluar. Kan awak masih dengan rajuk awak?” sejurus kemudian Ifti melepaskan pegangan Rifqi.
Rifqi terpingga-pingga seketika sebelum kembali mencapai tangan Ifti.
Ifti berhenti tanpa menoleh Rifqi. Diam menanti ucapan Rifqi.
“Pandang saya.” arah Rifqi, sedikit tegas.
Ifti akur seraya mendongak dan merenung mata galak suaminya itu. Kuasa veto sudah dipakai. Lecehla.. keluh Ifti dalam hati.
“Janji dengan saya, lepas ni.. saya tetap jadi perkara utama dari segala hal. Janji?” wajah Ifti ditatap lama.
“Janji” balas Ifti acuh tak acuh.
“Mana seal promise?”
Eh? Apa kejedahnya seal promise ni? Ifti menggaru tudungnya, tanda blur.
Rifqi mengeluh perlahan sebelum menarik Ifti dekat. Ifti tersentak tatkala pipinya di kucup perlahan penuh romantis!
“Tu dia. Seal promise between us.”
“Se-seal promises..?” ulang Ifti yang masih terpegun. Pipinya disentuh perlahan. Panas, panas!
“Yeaah! Ingat tu.” ujar Rifqi dengan senyuman machonya lagi.
“Okay.. saya pergi dulu.”
Belum sempat Ifti melangkah, sekali lagi tangannya di tarik rapat. Kali ni Ifti sempat menghalang tubuhnya dan tubuh Rifqi dekat lagi. Dia mendongak memandang suaminya itu.
“Saya nak keluar la.” pinta Ifti perlahan.
“Seal promise,mana?” soal Rifqi.
“Kan dah tadi?” keluh Ifti perlahan. Malas la Rifqi ni, asyik ikut kepala dia aje!
“Tu saya punya promises. Awak pula lain.” jawab Rifqi pantas.
Mahu tidak mahu, terpaksa juga Ifti menuruti permintaan ‘budak-budak’ suaminya itu. Walaupun rasa malu, perasaan malu itu mesti di belakangkan.
Cupp! Satu kucupan selesai hinggap di pipi kiri Rifqi.
“Done! See ya.” sepantas kilat, terus Ifti keluar dari bilik Rifqi.
Senyuman lebar terpamir di wajah putih Rifqi. Rasa bahagia mula up!
“Thank’s Ifti..”
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
Любовные романыMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.