Bab 2

4.4K 135 1
                                    


"IFTI, tolong umi kejap. Angkat pasu bunga Lily ni kat depan tu.."

"Alright." Ifti mengangkat pasu bunga dan membawa nya ke tempat yang di tunjuk Datin Husna. Hari ni, Umi mengarahkan mereka berkerja mengemas rumah. Memandang kan hari ni cuti awam.

Ifti mengelap peluhnya dengan tuala kecil. Matanya memandang si adik yang sibuk mencabut rumput. "Adik, nak akak bantu?"

"Tak pe. Adik okay je ni. Akak pergi la ke tempat lain. Hehe.." jawap si adik dengan sengihan.

"Assalamualaikum?" Tegur suara perempuan dari luar pagar.

"Wa'alaikumussalam" jawap mereka serentak.

Kelihatan seorang wanita anggun bersama seorang lelaki berumur dan dua orang pemuda berdiri di depan pagar. Datin Husna mendekati mereka. Ifti pulak terlopong menengok lelaki sorang tu. Dia kenal benar tu!

"Maaf menganggu... kita semua ni nak kenal kan diri. Kita orang baru je pindah kat belah rumah korang ni." Kata wanita anggun tu dengan senyuman.

"Eh, ye ke? Laaa... masuk la dulu. Panas kat luar ni." Jemput Datin Husna.

"Tak pe ke? Nampaknya korang busy ni.."

"Tak pe. Mai la.. jemput masuk. Ifti, Aira... bagitau Mak Ti buat air. "Arah Datin Husna kepada anaknya.

Ifti dan Aira angguk kecil seraya masuk ke dalam rumah.

"Maaf la ganggu korang. " kata wanita itu sekali lagi selepas saja mereka melabuhkan punggung di atas sofa mewah milik Datin Husna.

Datin Husna cuma senyum.

Di dapur. "Akak, kita ada jiran baru ek?" Soal Aira.

Ifti mengangguk.

"Akak, yang sorang lelaki tu... tengok akak macam nak makan akak je. Akak kenal dia ke?" Soalnya lagi.

"Huh? Iye ke? Ke adik salah tengok?" Ifti pelik.

"Betul kak."

Ifti cuma menggeleng. Malas nak ambil port.

"Mak Ti, dah siapa dah?" Datin Husna muncul tetiba.

"Dah Puan. Kejap lagi Mak Ti hantar kan.."

"Eh, tak pe Mak Ti. Biar Ifti yang hantar. Ifti, tolong umi.." arah Datin Husna dengan senyuman meleret.

Ifti senyum dan mengangkat dulang berisi air minuman itu. Dengan perlahan dia membawa keluar menuju ke ruang tamu. Apabila sampai di ruang tamu di mana ada tetamu yang sedang mula memandangnya.

"Jemput minum .."

"Amboi... ni anak awak ke Husna?" Soal Datin Syika dengan senyuman. Lawa wajah gadis tu. Sedap mata memandang.

Ifti tersengih malu. Pandangan dua orang lelaki di abaikan.

"Ha'ah. Yang sulung ni Ifti. Yang bongsu Aira. "

"Auntie assume, Ifti ni masih darjah enam kan?"

Ifti tersentak. Rifqi disebelah Iqbal sudah tersengih seperti kerang busuk.

"Eh, Naufal... nape sengih tu?" Tegur Datok Azlan perlahan. Rifqi buat muka selamba

"Tak la. Ifti dah menengah pun. Badan dia ni je macam budak elementary school. Dah asal dia jadi macam ni. "Bahu si anak ditepuk perlahan. Confirm lepas ni Ifti menangis.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now