Bab 22
“MA tak peduli. Apa yang Naufal nak, ma tak nak ambik kisah. Ma cuma nak Naufal kahwin dengan Hanni. Bukan Ifti!” nada yang lembut tadi kini naik satu oktaf. Apalagi wajahnya kini sudah merah menahan marah yang sudah kemuncak. Mata tajam menatap wajah Rifqi yang selamba. Pepagi buta sudah anaknya itu membangkitkan kemarahannya.
“Yang, sabar. Bawa istighfar” tegur datok Azlan lembut. Dari tadi dia duduk diam kini bersuara. Tangannya menepuk lembut bahu si isteri.
“Macam mana I nak sabar? Huh! Gara-gara betina tu, keluarga kita jadi macam ni!”datin Syika merengus kasar.
Rifqi tersentak dengan ayat kasar ibunya itu. Tidak menyangka sebegitu banyak benci datin Syika terhadap gadis yang dicintainya.
“Tak baik guna ayat tu yang…”
“I apa kisah? Memang sesuai pun I gelar dia macam tu!”marah datin Syika lagi.
“Cukup!” Rifqi marah. Wajahnya sudah tegang.
“Ho.. berani sungguh Naufal menaikkan suara ye? Ingat Naufal, ni ibu yang melahirkan kamu selama sembilan sembilan hari tau? “
Rifqi mengepal kedua tangannya. Menahan marah. Bukan niatnya menaikkan suaranya kepada orang tua. Semua itu secara spontan.
“Betul saya anak kepada datin Syika yang telah melahirkan saya selama sembilan bulan sembilan hari. Tapi, saya kenal ibu saya. Ibu saya yang dulu.. sangat baik orangnya. Tidak tamak. Tidak pula mudah terhasut dengan pelbagai hasutan yang entah dari mana datangnya. Namun sejak ma ada hutang dengan auntie Rina, semuanya berubah sekelip mata.”ucap Rifqi panjang lebar.
Datin Syika terkejut. Tahukah dia?
“Hutang? Hutang apa you?,” datok Azlan pandang datin Syika.
Wajah datin Syika kini pucat. Tidak menyangka hari ni juga, pasti dia akan di desak dengan satu soalan yang pastinya dia tidak dapat elakkan.
“Pa.. maafkan saya sebab lama sorok benda ni.”
Mereka serentak pandang Rifqi.
“She’s not our Syika. She’s ma twins.”
“Apa!?,” datok Azlan spontan berdiri.
Datin Syika palsu itu pula mula rasa takut. Air mukanya pucat.
“Kan auntie Syima?” Rifqi tarik senyum sinis kepada datin Syika aka Syima.
“Erk.. I-I..”
“Penipu!” ucap datok Azlan lantang.BUNYI kereta polis dari luar membuatkan Ifti bingkas bangun dan mengeluarkan sikit kepalanya memandang ke luar. Ifti terkejut. Ada dua orang polis sedang membawa datin Syika keluar rumah dan dibawa masuk ke dalam kereta. Kelihatan Rifqi sedang berbicara dengan salah seorang polis. Ifti menelan air liur. Apa dah jadi?
“Beee!”
Ifti terlompat terkejut. Dia menoleh ke belakang. “Adik!”
Aira gelak.
“Jangan buat macam tu lagi tau. Kecik jantung akak..”ucap Ifti perlahan. Kaki melangkah ke katil.
“Akak stalker abang Rifqi ke?,”soal Aira sambil mengikuti Ifti duduk dibirai katil.
“Tak de lah. “Nafi Ifti. Tangan sibuk melipat pakaiannya.
Aira senyum senget.” Tipu dosa..”
“Adik..” wajah Ifti serius.
“Tak takut..” ujar budak tu selamba.
Dan Ifti gelak. Hanya Aira sahaja yang tidak terkesan dengan wajahnya yang serius. Kalau orang lain, dah memang angkat bendera putih. Surrender.
“Alhamdulillah.. akak dah balik.”ucap Aira perlahan.
“Alhamdulillah..” Ifti senyum.
“Akak jangan sakit lagi ek..” Aira memeluk Ifti.
Ifti terkedu buat seketika. Sesaat kemudian dia tersenyum. Pelukkan Aira dibalas.
“In Sha Allah. Adik tau kan? Sakit tu boleh meghapuskan dosa kecil?”
Aira mengangguk dalam pelukkan Ifti.
“Syukran. That’s my sister. Pintar.” puji Ifti, bangga.
Tetiba telifon Ifti berdering. Ifti melepaskan pelukkan dan bergerak mencapai telifonnya.
Jari runcingnya menekan-nekan telifon canggih tersebut. Aira tanpa mahu menganggu kakaknya, berlalu keluar.
Jom date.-Rifqi black prince
Ifti tersenyum. Laju jarinya membalas text message Rifqi.Aku tunggu kat depan rumah kau. :} -Rifqi black prince.
Tanpa membuang masa, Ifti bersiap secepat mungkin. Dia tidak mahu lelaki itu menunggunya lama.
“APA? Dia kena tangkap? Shit!” Iphone 6 di tangan kini dibaling dan gol terhempas ke dinding. Jatuh pecah. Dia mengetap giginya. Nafasnya pula sudah tidak teratur menahan marah. Tak sangka, Syima sudah tertangkap atas tuduhan menipu menjadi isteri datok Azlan. Dan sekarang pula perempuan itu kena soal siasat. Mati lah aku kalau dia bagitau semua plan ni dari aku! Aku kena buat sesuatu sebelum aku kena!.
Datin Rina membuka almari dan mencapai handphone extra. Setelah di on, number seseorang di dail.
“Hello Bad. Aku ada kerja untuk kau.”
“kerja apa boss?” soal Badri di hujung talian. Suara lelaki itu pula seperti gembira apabila di bagi kerja.
“Kerja cabut nyawa orang. Kau suka kan?,” datin Rina senyum sinis.
“No hal boss. Habuan deposit ada tak?,” soal Badri tanpa menyempat.
Naik menyampah datin Rina mendengar permintaan itu. Belum kerja dah mintak habuan awal. Tapi takpe. Kalau orangnya bernama Badri, semua benda lelaki itu akan berjaya selesaikan.
“Besok tempat biasa. Faham?”
“faham boss!”
Sebaik sahaja talian diputuskan, tangannya mendail lagi nombor seseorang.
“Plan B bergerak!” ucapnya sebaik sahaja taliannya dijawap.
“Copy Boss.”
![](https://img.wattpad.com/cover/98230181-288-k253529.jpg)
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
Storie d'amoreMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.