Bab 15

2K 78 2
                                    

IFTI mengikuti Rifqi yang sibuk memikul kayu. Semua pelajar pun sibuk dengan kerja masing-masing. Cuma Ifti saja yang 'free'.

"Awak." Wajah Rifqi dipandang. Rifqi buat tidak dengar.

"Ish! Tak nak layan aku ek... well, ni Ifti la. Kalau tak dapat, mesti dapat kan!"

Ifti terus-terusan memanggil Rifqi yang tidak mahu melayannya. Ni mesti mogok pasal semalam, fikir Ifti.
Lepas sahaja Iqbal luah perasaan kepada Ifti, Rifqi hanya berjalan tanpa berkata apa-apa.

Tapi hari ni.. susah Ifti nak communicate dengan budak bernama Rifqi tu.

"Rifqi, please la... layan saya ni. Awak tak nak cakap dengan saya lagi ke? Bagitau la saya.. apa salah saya kat awak? Ke awak marah pasal semalam? " Lengan baju Rifqi dimainkan. Dah orang tak nak layan? Kena la buat macam tu. Tarik perhatian.

Rifqi merengus. Wajah putih Ifti dipandang. "Apa kau nak? "

"Saya nak awak."

Eh?! Pula...

Apahal si Ifti ni? Rifqi terkejut dengan ayat Ifti tadi. Salah dengar kot.

"Apa dia?" Telinga kiri didekatkan kepada Ifti.

"Saya nak awak!!" Nada Ifti sedikit kuat. Terus Rifqi gelak.

"Apa yang lawaknya? " soal Ifti, pelik.

"Kau nak aku, Buat apa? "Soal Rifqi dengan sisa tawanya.

Ifti tersenyum.

" Dah awak tak nak layan saya , tu yang saya nak awak yang suka membebel mengarut entah apa kat saya kembali kepada saya . Okay?" Ifti pegang lengan baju Rifqi. Manja.

" Hmm.. " Rifqi berfikir seketika. "Apa jawapan kau semalam kat Iqbal?"

See?!

Sebenarnya mamat ni.. mogok pasal semalam. Dah agak dah. Ifti sengih.

"I'd say thanks for having that feeling.. tapi, saya bagitau dia.. yang saya tak dapat terima cinta dia."

Yes! Tapi... "but why?" Soal Rifqi. Air mukanya dikawal habis.

Ifti memeluk tubuh. Seraya mendongak memandang wajah kacak Rifqi.

"Maybe.. hati saya dah dicuri. Tapi, tak tau la sapa laa... pencuri tu ek.. berani betul dia curi hati saya.." Ifti buat muka marah.

Spontan Rifqi gelak kecil. Tengok saja wajah Ifti yang pura-pura marah itu, sungguh comel di matanya.

"Okay la.. at least awak dah boleh cakap dengan saya.. apa kata saya tolong awak. Boleh tak?"

"Sure. Angkat la semua kayu tu ek.. aku nak pi minum." Rifqi mula berjalan meninggalkan Ifti.

"Eh! Awak saya nak ikut awak!" Ifti kejar Rifqi.

Di sebalik belakang khemah, Hanni dan Iqbal tengah skoding mereka. Dari awal perbualan Ifti dan Rifqi.. mereka dengar.

"See, macam mana I nak ambik hati si Ifti? Dah abang I duk dapat curi hati dia tu. Memang payah la.." rengus Iqbal. Malu pun ada pasal semalam. Mentah-mentah gadis itu menolak cintanya.

"Don't give up Iq. Kita ada plan B lagi kan? " Hanni senyum sinis.

Dia yakin kali ni pasti akan buat Rifqi dan Ifti putus hubungan terus. Dan ini jugak, melibatkan dirinya.

"You buat la apa yang patut Hanni. I follow je."

"Alright, let's make a move. "









Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now