Bab 19
"UMI.. " Datin Husna mengangkat mukanya dari membaca novel apabila mendengar rengekkan kecil itu. Matanya terkejut melihat wajah pucat di muka wajah anak sulungnya itu. Novel diletak tepi dan dia bingkas bangun mendekati Ifti. " Kenapa ni Ifti, Ifti demam lagi ke?"
Ifti mengangguk perlahan. Kedua matanya terkatup rapat.
Datin Husna menyentuh dahi Ifti. Panas!
"Ya Allah. Abang! Turun bang..." Jeritnya nyaring memanggil suaminya yang kini berada di ruang atas.
Mendengar suara nyaring isterinya, datok Safuan pantas berlari menuruni anak tangga dan dia pun turut terkejut melihat isterinya memeluk Ifti yang sudah terkulai lemah di pangkuan.
"Ya Allah.. Kenapa ni ?" Datok Safuan menyentuh dahi Ifti.
"Cepat bang, kita bawa dia ke hospital." Air mata mula jatuh ke pipi datin Husna. Peristiwa enam tahun lepas kembali menerjah ke kotak ingatan. Sungguh, dia sangat takut jika perkara itu kembali berlaku.
"Awak pergi ambik Ic Ifti. Terus bangunkan Aira. Abang bawa Ifti dan tunggu luar. Cepat ye.." Ujar datok Safuan.
Tanpa menunggu lama, datin Husna menyerahkan Ifti dan berlalu pantas menaiki anak tangga.
Ya Allah Engkau selematkanlah anak aku.. Doa datok Safuan hiba.
Tubuh kecil Ifti diangkat. Kakinya cermat sahaja melangkah laju keluar rumah sebaik sahaja dia mencapai kunci kereta.
Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam.
Datok Safuan menekan punat kereta dan terus sahaja meletakkan tubuh Ifti dengan perlahan di belakang pemandu kereta. Hatinya semakin risau melihat keadaan Ifti seperti teruk . Nafas Ifti seperti tercungap-cungap. Naik risau datok Safuan.
"Jom bang. Aira, duduk depan. Umi jaga kakak." Ujar datin Husna. Aira yang hampir menangis tengok kakaknya , mengangguk.
Masuk sahaja mereka ke dalam kereta, datok Safuan berdesup memandu keretanya meninggalkan rumah.
"Pasang safety belt Aira.." Pesan datok Safuan perlahan.
Aira menurut. Tidak sedar air matanya sudah pun mengalir menahan rasa takut akan kehilangan kakaknya."RIFQI.. Oii Rifqi.."
Rifqi membuka mata dan mengangkat kepalanya. Suasana yang silau membuatkan dia terpaksa menutup matanya kembali. Aku kat mana ni? Rifqi cuba membuka matanya kembali.
Satu objek semakin jelas. Rifqi mengamati.
"Ifti?" Sebut Rifqi, perlahan.
Ifti sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya. Gadis itu mula berjalan mendekatinya.
Rifqi terkedu saat melihat ada air mata jatuh ke pipi mulus milik Ifti. Ingin sahaja Rifqi mengusap air mata itu. Namun bagaikan ada tali mengikatnya dari bergerak.
"Saya sayang awak. Jangan pernah tinggalkan saya ye?" Ifti senyum hambar.
Rifqi ingin mengatakan sesuatu tetapi terasa seperti ada gam yang melekat di mulutnya.
"Awak janji ye.." Pinta Ifti.
Aku janji! Balasnya di hati.
"Awak akan sentiasa berada di hati saya."
Ifti.. Rifqi tunduk seketika. Kenapa aku tak boleh bercakap ni! Marahnya di hati.
"Saya pergi dulu."
Rifqi tersentak dan mengangkat kepalanya semula. Ifti mula membelangkanginya.
Ifti! Jangan tinggalkan aku, rintih Rifqi. Matanya sudah lencun dek air matanya yang kian lebat. Kelibat Ifti pula semakin jauh semakin hilang di ruangan matanya.
"IFTI!!!"
"Naufal Rifqi Datok Azlan. Kenapa dengan kamu?" Tegur Cikgu Ida sambil matanya tajam memandang Rifqi. Mahu terlompat jantungnya mendengar jeritan garau Rifqi tetiba tu.
Rifqi memandang sekeliling. Semua mata memandangnya pelik. Aku bermimpi ke tadi tu?
"Kau okay ke, Rifqi?" Medina bertanya.
"Ah, ya.. Sorry sebab kejutkan korang." Rifqi mohon maaf. Kali pertama dia rasa bersalah.
"Oleh kerana kamu tidur dalam kelas, cikgu denda kamu bersihkan kelas ini bagi pihak orang duty hari ni. Faham Rifqi?" Suara Cikgu Ida, tegas.
Rifqi sengih seraya mengangguk.
"Baiklah, sambung kerja kamu. "
Semua orang kembali mengerjakan latihan kelas masing-masing. Qayyum memandang Rifqi yang kembali ke dunianya sendiri.
"Rif." Panggil Qayyum.
Rifqi pandang Qayyum tanpa suara.
"Kau tau kan, Ifti kat hospital?"
"Ha! Ka-kau biar betul ?" Tergagap Rifqi mengulangi ayat Qayyum. Baru dia perasan. Kelibat Ifti belum kelihatan.
Medina menoleh ke belakang. Wajah terkejut Rifqi dipandang.
"Betul Rif. Kau tadi tidur. Sampaikan tak sedar, auntie Husna datang bagi surat Mc Ifti tadi." Jelas Medina.
"Dia sakit ke?" Soal Rifqi, risau.
Kalau lah boleh, mahu sahaja dia mengangkat kaki dan terus menuju ke hospital.
"Dia cuma demam" beritahu Qayyum.
"Aku.. Nak lawat dia.." Suara Rifqi mula perlahan. Air mukanya hambar. Mimpinya tadi pun masih segar di ingatan. Rifqi naik risau.
Qayyum menyentuh bahu Rifqi. Sejak dia tahu Ifti mencintai Rifqi, dia sudah move on. Yang penting Ifti bahagia. Dan secara automatiknya , dia pun sudah menerima Rifqi sebagai kawan. Tiada lagi permusuhan antara mereka.
"Rif, kau sabar dulu . Nanti kita semua pi lawat dia. Kalau kau pergi sekarang pun, aku bet Ifti akan marah lagi kat kau. Kau faham kan maksud aku?"
Rifqi mengangkat kepalanya. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Qayyum.. Ifti pun pernah pesan untuknya. Jangan sesekali escape kelas kalau mahu menjadi seorang pelajar yang baik. Sejak hari itu la , Rifqi tidak lagi berani ponteng kelas.
Perlahan , Rifqi senyum hambar. " Thanks bro."
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
Любовные романыMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.