Bab 28

1.6K 63 0
                                    

                                Bab 28

                                   RIFQI mendengus kasar. Hilaian tawa gelak besar dari Qayyum dan Rayyan buat dia meluat. Dah lah orang tengah cerita masalah semalam. Dah cerita, kena gelak pula. Memang nak kena budak dua ekor ni.
        “Hang kata macam tu kenapa? Macam orang gatai nak kahwin pula..” Rayyan sambung gelaknya. Tidak terkesan dengan wajah tidak puas hati Rifqi.
        “Bukan gatal la. Ni memang untuk keselamatan dia.” bidas Rifqi.
        “Kalau bukan, takkan sampai Ifti jatuh pengsan?” bahas Qayyum.
        Mereka berdua gelak kuat. Apatah lagi rakan kelas mereka belum ada yang datang.
        “Gelak, gelak. Gelak la sampai terkeluar air mata korang. Lepas ni, aku takkan cerita lagi kat korang.” Rifqi mencebik. Merajuk pun ada.
        Rayyan dan qayyum menghentikan tawa mereka.
        “Sorry la dude.” ucap Qayyum.
        “Tapikan Rif, aku salute kau la. Berani mengeluarkan ayat macam tu. Bukan senang tau, ajak orang kahwin ni. Lebih-lebih lagi dengan pasangan kita yang jenis kepala batu.” Ujar Rayyan.
        “Ha! Siapa kepala batu!?” tetiba Ifti muncul.
        Ketiga-tiga pemuda itu terkejut. Kecut pun ada melihat wajah Ifti yang sedang marah tu.
        “Hi.. babe?” Rifqi senyum kelat.
        “Hi ba-babe?” kata Rayyan tanpa sedar apa yang diucapnya.
        Pap!
        “Adui.. sakit siot!” Rayyan menggosok kepalanya. Suka-suki je mamat samseng ni hentak kepala dia.
        “Siapa babe kau? Dia awek aku tau?” marah Rifqi.
        Qayyum tersengih. Perang dah nak berlaku.
        Ifti mendengus sebelum meneruskan langkahnya ke tempat duduknya. Rifqi yang memandangnya lama, diabaikan. Hal semalam masih segar di dalam ingatan. Apatah lagi selepas dia pengsan. Malu bila abah dan umi mengusiknya pagi tadi.
        Rifqi masih menatap Ifti. Namun tidak terkesan.
        “If..”
        Belum sempat nama penuh dipanggil, Ifti berdesup ke luar kelas. Rifqi tercengang.
        “Dia marah kot..” tutur Rayyan.
        “Pasal kau tu.” tuduh Rifqi.
        “Apa pasal aku pula? “ soal Rayyan, tidak puas hati.
        Rifqi mencebik.
        “Huh, diam. Terkentut la tu..” kata Rayyan, sinis.
        Rifqi terlopong. “Kau..”
        “Weh, jangan gaduh! Dah, dah apa kata kita gi drink-break? Jom la..” Qayyum meleraikan pergaduhan bakal tercetus. Kalau Rifqi, memang tak dapat dielak kalau bab gaduh.
        “Smoke-break, jom” ujar Rifqi sambil berdiri.
        Qayyum pula lagi terlopong.
        “Aku kata, drink-break okey..”ulang Qayyum lagi.
        Rifqi menggeleng. “Smoke-break.. jom jom..”
        “Aih, nak-nak je aku lempang mamat ni. Kepala batu betul.” keluh Qayyum sebaik saja Rifqi sudah berjalan dulu sebelum mereka.
        Rayyan tersengih. Walapun mereka bergaduh kecil, tali perkawanan yang mereka baru bina tidak putus. Malah itu yang mengeratkan lagi hubungan mereka.










PHYSICAL EDUCATION time.
“SATU, dua, tiga.. woi mangkuk. Mata kau kat mana ha? Concentrate la..” tegur Qayyum setelah Rifqi sudah hilang pertimbangan membaling bola. Mata lelaki itu asyik memandang pelajar perempuan yang melakukan sukan tidak jauh dari mereka. Siapa lagi dilihatnya kalau bukan Nur Ifti Aulia.
        “Dang it! Aku tak boleh concentrate.” Rifqi mendengus. Bola di tangan sudah di baling jauh.
        “Then, apa kau nak buat?” soal Qayyum. Wajah Rifqi yang berpeluh dipandang.
        Rifqi berfikir sambil matanya tetap memandang Ifti.
        Qayyum turut memandang Ifti. Gadis itu seperti tidak terkesan dengan pandangan yang mereka halakan. Malah gadis itu bergelak sakan bersama rakannya.
        “Aku nak pick-up line jap. Kau tengok sir..” pesan Rifqi sebelum dia meninggalkan Qayyum yang terpingga-pingga.
        “Woi..aduii mamat ni. “ Qayyum menghantar kelibat Rifqi yang sudah terpacak di hadapan Ifti.
        “Ifti..” serunya, lembut.
        Mereka berempat mendongak memandang Rifqi. Rifqi duduk separuh di hadapan Ifti. Lalu dia senyum.
        Ifti mengerutkan keningnya.
        “Awak nak apa?,” soalnya, pelik. Malu pun ada. Rifqi terlalu dekat menatap wajahnya.
        “Saya nak awak.” jawab Rifqi dengan senyumannya yang tidak lekang.
        Medina dan Ain ternganga. Zahra cuma senyum.
        Pipi Ifti hampir kebas. “Rifqi, balik kat tempat awak. Sir Ajak dah datang tu.”
        Namun Rifqi masih di posisi yang sama. Tidak terkesan dengan ugutan Ifti. Semakin lama dia menatap Ifti.
        “Stop staring me you, idiot!”
        Tidak semana-mana Ifti menolak wajah Rifqi. Rifqi tertolak dan dia mengaduh sakit.
        Ifti tersentak. Alamak, keterlaluan ke? Dia pandang rakannya. Mereka pun terkejut.
        “Aduh..” Rifqi menggosok matanya.
        “Aw-awak.. sa-saya minta maaf.. sakit ke?” Ifti mendekati Rifqi.
        “Tengok mata aku Ifti..” pinta Rifqi tetiba.
        “Ha.. kenapa.. sakit ke?” Ifti melihat mata Rifqi.
        “Tak nampak ke?” Rifqi membesarkan matanya di hadapan Ifti.
        “Nampak apa..?” Ifti menilik lagi mata Rifqi.
        “It’s my love for you..” ucap Rifqi dengan senyumannya.
        “Cia.. cia.. dia dah pick up line la. “ujar Ain sambil gelak.
        Ifti mendengus.
        Pap!
        “Adoii!” Rifqi menyentuh bahunya yang baru sahaja di tepuk kuat oleh Ifti.
        Wajah Ifti sudah merah.
        “Main-main. Benci!” Ifti berdiri dan terus berlari meninggalkan Rifqi yang terpingga-pingga.
        “Sayang! Jangan benci..” jerit Rifqi, tanpa malu.
        “He so inlove with Ifti. Jom girls.. “ Medina dan yang lain turut berdiri ingin mengikuti Ifti yang sudah ke luar dari dewan.
        Qayyum mendekati Rifqi yang tersengih-sengih. Buat seketika dia menggeleng melihat tindakan Rifqi yang gila tu.
        “Apa dah jadi ?” soal Qayyum sambil duduk di sebelah Rifqi.
        “Dia malu dude.” jawabnya, tanpa menghentikan sengihnya.
        “Oh.. tapi kenapa dia nampak marah je?”
        “Entah..”
        “Hmm.. mungkin sebab ayat power kau masih tak strong.” kata Qayyum, sinis.
        Sengihannya mati. Dia mengerling Qayyum, tajam.
        “Opsy, dopsy.. my mistake bro.” Qayyum sengih.
       
       





“BILA you nak jalankan misi ni? Dah hampir beminggu belum ada apa-apa pun.” rungut Iqbal. Gadis di hadapannya itu asyik menghembuskan kepulan asap tebal ke udara. Tidak padan dengan muka, rupanya pandai merokok. Entah Iqbal sendiri tidak tahu sejak bila minah tak cukup kain tu pandai merokok.
        “Sabarla.. lelaki desprate tu belum mula rancangan I.” kata Hanni. Bayangan lelaki yang dimaksudkannya terlintas di benaknya.
        Dia yakin, mamat itu masih buat plan. Entah pandai-pandai lah mamat tu berfikir. Apa yang dimahukannya ialah keputusan yang menyebabkan gadis yang dibencinya itu sengsara.
        “Lelaki tu bekas Ex Ifti, ke?”
        Hanni menggeleng sebelum membalingkan potongan rokok yang sudah pendek di atas lantai. Di  belakang  sekolah  yang  telah  menjadi  pelepakkan  bagi  pelajar  yang  merokok.
        “Dia tu peminat Ifti. Pernah sekali dia minta Ifti jadi awek dia. Tapi, minah perasan bagus tu tolak dia mentah-mentah.” cerita Hanni.
        Iqbal mengangguk tanda faham.
        “Aku nak jumpa dia.”
        Hanni pandang Iqbal.
        “Why?”
        “Nak kongsi idea.” Iqbal senyum sinis.
        “Fine.”
        Kedua-dua manusia itu terus berfikir membina rancangan yang bakal buat seseorang itu berubah. Sungguh hati mereka sudah hitam. Hitam sebesar kejahatan mereka yang mereka bina.

P/s: Maaf, bab ni pendek. Nanti sya pertingkatkan lgi ye.. In Sha Allah  :D

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now