Bab 21

1.6K 68 0
                                    

                                Bab 21

                                    “Aku tak setuju dengan plan kau tu Rif. Apa pula kata auntie Syika nanti? Gila betul kau ni.”ucap Fariz di hujung talian. Baru malam ni Rifqi timbul menghubunginya. Setelah lama meninggalkannya sorang di kampung. Huhu.. dah ada hajat baru nak call aku. Tak guna ,sepupu aku ni.
        “Kau tu memang. Semua yang aku buat, ada je kau nak bangkang. “ rengus Rifqi.
        “Masalahnya Rif, apa yang kau plan tu bakal melukakan hati ma kau.”
        “Aku tau. Tapi ni saja cara aku nak larikan diri dari kena kahwinkan dengan minah hampeh tu. Kau nak ke aku kahwin dengan dia?”
        Fariz menggeleng laju. Macam lah Rifqi nampak dia menggeleng. “Tak nak weh.”
        “So?”
        Fariz menghela nafas perlahan. Kedegilan Rifqi sukar untuk dilawan. Dia kenal perangai Rifqi. Dari kecil sehingga besar, mereka lah sepupu sejati. Yang sentiasa berkepit di mana pun mereka berada. Tapi tu dulu lah. Sekarang Rifqi dah pindah jauh darinya. Dia bukan lagi CCTv Rifqi.
        “Okay la. Kalau tu yang kau nak, aku sokong kau dari belakang.”
        “Thanks bro. Besok aku call kau balik. Kau be ready je.” selepas mengatakan bye-bye, talian diputus. Rifqi meletakkan telifon pintar tersebut di atas meja.
        “Maafkan saya ma. Ni mungkin yang terbaik..” Rifqi bingkas bangun dan melangkah menuju beranda luar.
        Di luar, malam yang pekat menjadi tatapan Rifqi. Langit yang gelap diliputi oleh awan direnung. Seketika kemudian kepalanya menoleh ke sisi. Penghuni rumah sebelah yang menduduki bilik itu gelap. Menandakan penghuninya belum lagi balik. Rifqi melepaskan keluhan kecil.
        I wanna see you, cutiepie.




“IFTI..”
Tidur Ifti terganggu. Dia membuka matanya dengan perlahan. Sebaik sahaja terbuka, dia terkejut melihat satu susuk tubuh yang dia kenal berdiri tegak di depan pintu.
        “Rifqi?”
        “Aku lah.. toksah terkejut.” Rifqi mendekati dirinya lalu melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Ifti.
        “Awak dah gila ke? Camna awak boleh..”
        “Aku masuk dengan diam-diam la. Bukan susah pun.” jawabnya selamba.
        Ifti menepuk dahinya. Kalau orang tau Rifqi dah menceroboh wad pesakit, habislah.
        “So, kenapa awak datang subuh-subuh ni? Tak sekolah ke karang?”soal Ifti sambil melirik jam dinding yang sudah pukul tiga suku pagi.
        Rifqi melepaskan keluhan kecil. “Aku.. Aku tak dapat tidur Ifti..”
        Ifti tatap wajah Rifqi. “Kenapa?”
        “Sebab kau.”ucap Rifqi perlahan. Mata galaknya merenung wajah Ifti.
        Ifti terkedu.
        “Aku risaukan kau.”sambungnya lagi.
        Ifti gelak halus. “Kan saya dah kata. Saya okey je la.. bukan sakit kronik pun.”
        “Aku tau.”
        “Habis tu..?”
        Rifqi diam untuk beberapa saat. Matanya masih menatap muka Ifti.
        “Hujung tahun ni, aku kena kahwinkan dengan Safura.”
        Ifti diam. Berita itu memang diketahuinya. Tiada komen untuknya membahasakan berita itu. Ini kan kehendak datin Syika.
        Melihat Ifti yang diam, tahulah Rifqi bahawa gadis itu sudah mengetahuinya. Dia melepaskan keluhan berat.
        “I don’t know what to do Ifti…” adu Rifqi.
        “Just do what your ma told you.”
        “No!” bidas Rifqi kasar.
        Ifti tersentak dengan nada tinggi Rifqi.
        “You think it’s easy? Hati aku ni.. dah dimilik oleh orang tau? Buat apa aku nak kahwin dengan minah tak guna tu. Aku tak rela Ifti..!tak rela!” Rifqi tunduk. Air matanya kini panas. Sedaya upaya dia menahan diri dari menangis di hadapan gadis yang dicintainya.
        Perlahan-lahan tangan Ifti mengusap lembut rambut Rifqi. Dia faham akan kesukaran yang dihadapi oleh lelaki itu. Tapi apakan dayanya, untuk membantu lelaki itu? Dari awal lagi dia sudah di bagi amaran untuk tidak mendekati lelaki itu.
        “I’m sorry, Rifqi..”ucap Ifti perlahan. Air mata bergenang ditubir mata.
        “Saya.. tak dapat bantu awak..” sambungnya dengan suara yang sekat-sekat.
        Rifqi mengangkat kepalanya dan dia terkedu melihat wajah Ifti yang sudah basah dengan air mata yang lebat.
        “It’s okay Ifti.. I’m sorry too, for making you cried..”jari panjang Rifqi mengusap lembut air mata Ifti.
        Ifti menangis. Sedih.
        Ingin sahaja Rifqi memeluk gadis itu. Cuma dia takut jikalau perlakuannya itu tidak disukai Ifti. Jadi hanya dengan mengelap air mata Ifti sahaja yang boleh dibuatnya.
        Tetiba..
        “Astaghfirullah.. Naufal!”
        Rifqi terlompat terkejut dengan kemunculan datok Azlan yang tetiba itu. Ifti pun terkejut.
        “Papa!” seru Rifqi.
        Datok Azlan menutup pintu. Lalu dikuncinya rapat. Kemudian dia mendekati Rifqi.
        “Apa yang kamu buat ni, Naufal.. kalau orang tau.. dah lama korang kena cekup tangkap basah tau?” ujar datok Azlan, perlahan.
        Nasib baik tergerak hatinya untuk mengikuti Rifqi dari belakang. Pada masa itu dia baru sahaja habis mengerjakan solat hajat di ruang tamu. Tetiba pula Rifqi turun dari anak tangga dengan langkah perlahan dan matanya liar memerhatikan suasana. Tanpa Rifqi sedar, yang datok Azlan lama memerhatikannya di balik dinding yang memisahkan jarak ruang tamu ke luar rumah.
        “Camne pa tau saya ke sini?” soal Rifqi, hairan.
        “Pa spy kamu lah!”balas datok Azlan.
        “Oo..”Rifqi buat muka poyo.
        “Erk..awak! Berat la!” Ifti menolak kasar tubuh Rifqi kuat.
        Rifqi baru tersedar yang dia baru sahaja terduduk di atas kaki Ifti. Maklum lah, terkejut tadi. Tu pasal tak sedar terlanding kat mana. Rifqi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
        “Sorry, love” ucapnya tanpa segan.
        Ifti menjeling tajam.
        Datok Azlan tersenyum. “Ni la awek kamu, Naufal?”
        Ifti tersenyum malu.
        “Ha’ah. Awek peminat bunga..”
        Pula.. Ifti buat muka tidak puas hati.
        “Patut la budak Naufal ni asyik pandang rumah sebelah je. Rupanya tengok anak dara jiran sebelah..” gurau datok Azlan sambil tersenyum.
        “Papa ni..” Rifqi buat muka.
        “Apa khabar uncle.. “sapa Ifti hormat.
        “Alhamdulilah. Jangan panggil uncle, panggil Pa je. Kot-kot jadi doa jadi menantu pa..”usik datok Azlan.
        Dan pipi Ifti berona merah. Tidak menyangka datok Azlan akan berkata sedemikian.
        Manakala Rifqi gelak. Suka melihat wajah merah Ifti itu.
        “Maafkan pa dan anak pa ni datang subuh-subuh ye Ifti? Macam orang tak betul agaknya datang tengah subuh. “ujar datok Azlan.
        Ifti senyum. “Tak pe unc-”
        “Aip. Pa bukan uncle.”sampuk Rifqi sambil buat muka garang.
        Ceht. Ada aku takut muka kau tu? Ifti mencebik dalam hati. “Tak pe Pa. Ifti tak kisah..”
        Rifqi tersenyum setelah Ifti memperbetulkan ayatnya. Sedikit lega dengan panggilan itu.
        “Alhamdulillah. “
        “Pa datang sini, takde bodyguard ke?”
        “Ada. Kat luar tu.. ada tiga orang bodyguard. Plus, security kat luar tu rakan pa. “beritahu datok Azlan dengan senyuman bangganya.
        Rifqi mencebik. Patut la..
        “So.. Naufal nak buat apa lepas ni?” datok Azlan melabuhkan punggung di sofa. Manakala Rifqi masih berdiri di tepi katil Ifti.
        Rifqi tatap wajah Ifti. Ifti mengangkat keningnya.
        “Plan A, saya nak hantar masuk meminang Ifti.”
        What!?Ifti terkejut.
        “Okay, Nice plan.. “ujar datok Azlan sambil menyentuh dagunya. Lagak cool seperti anaknya.
        Ifti terlopong. Nice plan?! aduh…
        “Plan B, jika plan A tidak lancar.. saya akan balik ke rumah Tok ma.” ucap Rifqi sambil mengalihkan pandangannya kepada datok Azlan.
        “Are you serious, son?”
        “I’m serious, pa.”
        Ifti yang cuma menjadi pendengar kini makin risau. Risau kerana plan mereka itu. Ada ke patut, gara-gara mencintainya, Rifqi kena balik ke rumah tok manya? Aigoo.. macam mana ni? Aku kena fikir! Nanti huru-hara rumah tangga keluarga mereka! Ifti menutup matanya. Harap semua ini cuma mimpi.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now