Bab 33
RIFQI menolak pintu wad dan masuk ke dalam sambil matanya menatap sekujur tubuh yang terbaring di atas katil itu. Wajah putih yang tampak lesu itu ditenung lama Rifqi. Sudah hampir dua minggu gadis kesayangannya itu terlantar koma di hospital. Dan selama itu juga lah Rifqi tidak lelah untuk menemaninya. Kekadang Rifqi bercakap dengan Ifti yang masih belum sedar. Dan yang dia terima cumalah deruman nafas halus Ifti kedengaran.
Tangan kanan Ifti dicapai lalu digenggam kuat. Rifqi sudah berjanji akan menjaga gadis kesayangannya itu walaupun dia tahu yang dia akan menerima cabaran yang akan mendatang. Lagi-lagi mamanya.
“Ifti.. please wake up. Almost two week, you slept. Dah tiba masanya kau bangun Ifti..” Rifqi menutup matanya yang mula terasa panas. Tidak sanggup rasanya melihat keadaan Ifti yang masih sebegitu.
Setiap malam dia berdoa. Memohon Allah supaya menyedarkan Ifti dari terus lena.
“Kalau kau marah pasal aku senyap sebulan lalu, aku minta maaf. Aku janji lepas ni aku takkan tinggalkan kau. Please Ifti Aulia.. wake up.” katanya lagi.
Memang dia tidak sengaja menyepikan diri sebaik sahaja mereka habis peperiksaan sekolah sebulan lepas. Dia sebegitu pun sebab mahu mengelakkan diri dari bertembung dengan Ifti. Dia takut orang yang ingin membalas dendam terhadap Ifti datang untuk menyakiti gadis itu lagi.
Walaupun dia menyepikan diri, tapi dia tetap menjadi mata yang sentiasa memerhatikan setiap gerak langkah Ifti setiap kali gadis itu keluar rumah mahupun berada di sekolah.
Rifqi mengangkat kepalanya semula.“Aku keluar kejap Ifti. Aku balik rumah dan pergi mandi dulu. Dah tiga hari aku tak mandi lagi. Mesti kau tak nak bangun sebab aku busuk kan? “
Seketika kemudian Rifqi melepaskan keluhan kecil saja. Sampai bila Ifti macam tu. Dia berharap sangat Ifti akan sedar tidak lama lagi. Dia rindu hilaian tawa kecil Ifti. Apatah lagi wajah Ifti yang marah apabila di usik.
Setelah mengambil masa yang lama Rifqi mula berdiri. Belum sempat kaki melangkah, tangannya di pegang. Rifqi terus menoleh.
Ifti memandangnya tanpa berkelip.
“Ifti! Kau dah sedar? Ya Allah.. kejap, aku.. aku panggil doktor..” tanpa menunggu lama Rifqi laju saja keluar. Air matanya yang jatuh dibiarkan. Lagipun air matanya itu adalah air mata gembira. Peduli apa orang kata kepadanya.
Pintu diketuk sebelum ada suara dalam menyuruhnya masuk.
“Ifti Aulia dah bangun uncle.. cepatlah..”kata Rifqi sebaik sahaja kakinya masuk ke dalam bilik doktor Zharif.
Doktor Zharif terpingga-pingga. Di ikuti sahaja rentak anak saudaranya yang sudah menarik tangannya menuju ke arah wad pesakit yang bernama Ifti Aulia itu.
Sebaik sahaja mereka masuk, kelibat Ifti tiada.
“Ifti? Mana dia uncle?” Rifqi panik.
Doktor Zharif menggaru rambutnya. “Mana uncle tau. Tadikan Naufal kata dia dah bangun.. dan sekarang pula mana kawan Naufal ni?”
Rifqi melepaskan keluhan berat. Di cari di dalam toilet, tiada kelibat Ifti. Bawah katil pun takde! Aduh, Ifti mana kau..
“Naufal.. pergi tanya nurse, orang-orang melintas kat kawasan ni. Mana tau mereka ada nampak Ifti.” suruh doktor Zharif. Rifqi akur dan segera mencari Ifti..
Rifqi mula bertanya kepada nurse-nurse yang bertugas. Tidak terkecuali dengan pesakit-pesakit lain yang berkeliaran di dalam hospital itu. Namun tiada seorang pun tahu mahupun ternampak kelibat Ifti.
Mana kau Ifti.. Rifqi masih setia meliarkan matanya memandang kawasan hospital tersebut. Sehinggalah di luar, mata Rifqi bulat memandang satu kelibat gadis yang dia kenal sedang berdiri sambil makan ice-cream bersama dua orang budak kecil di sebelahnya. Tanpa menunggu lama, Rifqi mendekatinya.
“Ugh!” Ifti menyentuh kepalanya yang berbalut.
“Kenapa kak?” si budak perempuan bertanya. Sedikit risau dengan keadaan gadis yang tidak dikenalinya itu.
“Ngilu..” jawap Ifti.
“Tu la… makan pelan-pelan.” sampuk si budak lelaki.
“Ifti!”
Mereka serentak menoleh ke belakang apabila suara garau menyeru nama Ifti.
“Siapa suruh kau keluar? Meh masuk. Kau tu perlu dijaga Ifti.” Rifqi bersuara sebaik sahaja dia dekat dengan Ifti. Dua orang budak tersebut terpingga-pingga.
Ifti mengangkat keningnya sebalah.
“Jom.” tangan Ifti diraih, namun ditepis Ifti.
Rifqi tercengang.
“Awak ni siapa? Kita tak kenal!” Ifti mula menjauhkan diri.
“A-apa kau mengarut ni Ifti? Ka-kau tak kenal aku?” soal Rifqi, minta kepastian.
“Tak” jawap Ifti laju.
Rifqi pandang wajah Ifti. Jelas ketara air muka gadis itu berubah. Adakah Ifti..
“Naufal!” doktor Zharif muncul.
“Uncle..” Rifqi masih terpegun.
Kening doktor Zhariff terangkat. “Kenapa ni?”
“Dia tak kenal saya uncle..” beritahu Rifqi, perlahan.
Sejurus kemudian, doktor Zharif pandang Ifti pula. Ifti yang seperti tidak faham dengan keadaan dirinya. Apa yang ada di dalam kotak minda doktor Zharif adalah gadis itu menghidap amnesia!
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
RomanceMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.