"IFTI, absent. Dalam surat Mc dia kena demam mengejut. Apa kata lepas ni kita pi lawat dia. Nak tak?" Ujar Medina tetiba.Mereka mengangguk serentak.
"Tapikan, semalam dia elok je. Asal hari ni dia tup,tup demam mengejut? " Hafiz hairan. Begitu juga dengan yang lain.
Mereka semua pandang Rifqi. Rifqi selamba badak makan lollipop sambil kedua kaki nya elok santai di atas meja.
"Sup geng?"
"Sapa geng kau?" Marah Hafiz.
Rifqi senyum sinis.
"Ni ha.. kita orang nak tanya ni. Kenapa Ifti demam hari ni? Kau ada apa-apa kan Ifti ke?" Soal Qayyum sarkastik.
Kalau bab Rifqi, memang dia dah anti sangat kat mamat tu. Rasa nak cekik-cekik je leher dia tu. Bagi mampos.
Rifqi jongket bahu. Tidak tahu!
"Takkan hang dak tau? Kan ke hang tu pak wa dia?" Soal Rayyan lagi.
"Kita orang dah break up. Dan aku memang betul-betul tak tahu kenapa dia demam mengejut. Kalau korang risau sangat kat budak tu, pi la lawat. Aku cao dulu. " Rifqi mula bingkas bangun.
Mereka hanya memandang pemergian Rifqi. Qayyum mula rasa bengang dengan sikap Rifqi.
"Calm down Qay. " bahu ditepuk Mike.
"Thanks Mike."
Dan pada petang lepas saja mereka pulang dari rumah, mereka serentak datang melawat Ifti. Rifqi hanya memandang depan rumah itu. Semua rakan Ifti membonceng motor.
Memang kelas la.
Rifqi asyik curi tengok je dibalik langsir memandang bilik Ifti. Selama sejam juga la dia berdiri di sebalik jendela itu. Sanggup! walhal, tak nampak apa-apa pun. Dengar suara nyaring Medina dan Ain sahaja.
。 。 。
IFTI menelan satu panadol ke dalam mulut, lalu dia pantas meneguk air mineral. Ergh, pahit! Wajahnya berubah. Sejak kecil lagi, gadis itu tidak suka makan ubat.
"Ifti, umi turun dulu. Kejap lagi , umi bawa makanan malam ye."
"Takpe umi. Rasa tak de selera nak makan. Asal makan je.. mesti lepas tu masuk toilet. Ifti tak nak makan."
Wajah Ifti tampak pucat tidak bermaya.
Datin Husna menyentuh dahi si anak. Hati tuanya risau. Kalau Ifti kena demam, memang susah nak cepat kebah.
"Baik lah. Kalau lapar, panggil adik di sebelah ye?"
Ifti mengangguk.
Selepas kelibat umi Ifti keluar, Ifti cuba menutup matanya.
Tapi tidak dapat.
"Tidur la Ifti. Semoga kau sihat besok.." Ifti berkata sendiri. Bagi semangat buat diri sendiri.
Tetiba handphone Ifti bergetar. Whatsapp masuk.
Dah kebah dah?-Rifqi.
Ifti pantas menaip. Lalu send.
"Dia risau aku ke?" Ifti senyum.
Tidak sampai seminit, text sampai.Dah makan ubat?-Rifqi.
Dah-Ifti.
Get well soon, babe. I miss you and im so sorry about yesterday (╥╯^╰╥) -Rifqi.
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
Lãng mạnMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.